tiertier fairy story!

My photo
Queen's Lake, Kuala Lumpur, Malaysia
Hye.. Assalammualaikum! First and foremost, THANK YOU SO MUCH for viewing my super CRAPILICIOUS blog!! I'm just a normal chick who loves talk too much. Dance and sings is my life as i loves entertain! Leave a positive comments could be a strength for me to keep writing! :) LOVES! Follow me on twitter : @ChocTierway

Saturday, August 22, 2009

Tanpa Kekasihku (Chapter 8)

Malam itu sememangnya aku tak lena tidur.

Resah!

Gelisahh!

Beep!Beep!

Aku terjaga kerana terdengar bunyi deringan telefon bimbitku..Namun mataku seakan-akan tak mampu untuk mencelik..Aku cuba mencapai telefon bimbitku yang berada diatas meja..Jam didinding menunjukkan pukul 2.30pagi..Tapi aku masih bingung siapa yang menelefon aku pagi-pagi buta begini..Pabilaku tenung telefon bimbitku,nama “Jeff” yang tertera diskrin telefon bimbitku buat aku tak sedap hati..Aku bertambah bingung..

Asal mamat nie telepon plak nie..Mungkin Yusof takde credit pinjam telefon abang die kot…

Aku bertambah bingung dan mengambil keputusan untuk mengangkat panggilan itu pada deringan yang kesembilan…

“Hello..??Abang..??” Suara aku serak…
“hello Qiuna…Abg nie…”
“Yer abg Jeff..??kenapa..??” Aku cuba menahan diri sendiri dari mendengar sesuatu yang aku tak mahu dengar.”Qiuna tolong datang hospital sekarang…”

Suara Abg Jeff ketika itu cukup membuatkan jantungku berhenti sebentar..Entah kenapa ngantok kuterus hilang dan aku mula duduk disisi katil..Aku cuba untuk memahami keadaan..

Ya Allah…what happen..??

“Kenapa Bang..What happen??” Aku mula menyoal walaupun aku tau benda yang aku tak ingini telahpun berlaku..Airmataku mula mencurai setitik demi setitik….
“Yusof…Qiuna…Yusof…..” Suara Abg jeff tersedu-sedu..mula serak!

Aku mula nak panic.Aku cuba tahan airmataku…Seperti aku tak sanggup dengar ayat seterusnya…Aku cuba bertenang tapi airmataku terus mengalir…Punggungku tidak lagi mencecah katil..terus aku berdiri dan panic..Dahiku aku pegang!

“Yusof kenapa bang..??” Aku ingin memastikan…

Ya Allah..tolonglah…Ya Allah..tolonglah…

“Yusof……………….accident Qiuna….die tengah tenat kat sini….Ayah on the way dari Singapore…..”

Sekaligus aku terdengar berita itu,telefon bimbitku terlepas dari tanganku yg lemah dan jatuh menimpa lantai..Aku terduduk dikatil dan airmataku terus terjurai..Aku tak mampu berkata apa-apa..

Ya Allah tolonglah jadikan ini mimpi…………………………………….

Aku kejutkan mama dan papa da terus menuju ke hospital.Setibanya aku dihospital Yusof masih lagi didalam wad pembedahan..Abang jeff masih berada di wad menunggu. Airmataku masih terus menitis..Aku perasan mata Abang Jeff pun merah..Mama sibuk menenangkan aku dan terus memberikan aku harapan yang Yusof akan selamat..Aku cuma terus berdoa dengan harapan Yusof akan selamat kerana aku belum bersedia ditinggalkan oleh lelaki bernama Yusof ini..Tapi hatiku kuat mengatakan bahawa aku sedang memberi harapan palsu kepada diriku sendiri.Aku cuba memujuk hati sendiri.Aku sangat-sangat berhrap Yusof selamat kerana dialah nyawa aku ketika ini..Dialah segalanya!

“Baru tadi kami pergi dinner…..” Suara aku sebak..Sekali sekala ayat aku tak dapat dihabiskan kerana tersedu-sedu..
“Sabar sayang yer…Sabarlah nak..” Mama terus memujuk.Emosiku menyebabkan semua orang turut merasa perkara yang sama.Namun aku tak dpt mengawalnya.Hatiku sangat berat untuk menerima hakikat..

Aku memandang kearah abang Jeff yang dari tadi termenung…
“Ayah on the way??” Aku cuba berkomunikasi dengan Abang Jeff…Aku perasan dia cuba menyembunyikan emosinya didepan kami..tapi matanya sudah lebam kerana bnyak airmata terkeluar…
Dia cuma mengangguk saja jawapan aku itu..
“Abang dah takda tenaga nak nangis lagi Qiuna..” Jeff memandang tepat kearah anak mataku..
“Sabar Abang yer..insyaAllah Yusof selamat….” Aku cuba memberi Abg jeff harapan.Walaupun dalm hatiku sendiri aku memang tak dpt mgawal diri..

Sudah 4 Jam Yusof didalam..kami yang berada diluar menanti penuh debar..

Takut..

Papa sudah tertidur dikerusi.Aku menyuruh mereka pulang tapi mereka berkeras untuk berada disini bersamaku..
Dari jauh aku sudah perasan ayah Yusof telah tiba.Abg Jeff segera merapati ayah dan memeluknya.Ternyata ayah sangat-sangat sedih dengan berita ini..Kami masih menunggu doctor yang sedang membedah Yusof.Aku sangat takut.Tabiat mengigit kuku mula meracuni otakku.Airmataku masih lagi mencurah-curah..

Doktor keluar tepat jam 7 pagi..Subuh!..Kami segera merapati doctor itu dengan penuh harapan dan dari riak wajahnya saja sudah membuatkan aku cukup kecewa.Doktor mengesahkan Yusof meninggal dunia tepat 6.45 pagi tadi.Hatiku yang hancur ketika itu hanya tuhan yang tahu.Aku terduduk dan airmataku kembali berjurai selepas sejam berhenti tadi..Aku tak mampu berkata apa-apa..tapi yang pasti Abg Jeff memang tak dapat melawan emosinya dan mula meratapi pemergian Yusof..Aku menangis dan terus menangis..Ibuku terus memeluk dan memujukku…

“Qiuna sayang….Tak baik meratapi pemergian org sayang..tuhan lagi sayang dia…” Mama cuba sehabis baik memujuk aku namun lagi dipujuk lagi banyak pula airmataku jatuh kelantai..Keadaan aku pada ketika itu seakan-akan aku baru saja kehilangan nyawaku.Duniaku seakan-akan kosong dan tiada apa-apa.Seakan tiada makna lagi.Doktor juga turut cuba menenangkan kami.Emosi aku ketika itu memang lansung tidak terkawal.Aku seakan-akan dirasuk syaitan dan terus meraung memanggil nama Yusof..

Aku cuba untuk berdepan dengan reality bahawa Yusof telahpun pergi dari dunia ini selama-lamanya.Pabila aku bertenang sedikit baru la aku pergi melihat arwah Yusof yang masih lagi belum dipindahkan dari diwad pembedahan.Masih lagi tidak dipindahkan kebilik mayat..Walaupun hatiku berat untuk menatap wajah Yusof namun aku tetap memberanikan diri masuk kebilik itu bersama mama.Ternyata mayat Yusof sudah diselimuti dengan kain putih.Aku terus mendekati mayat Yusof dan aku cuba untuk membuka kain itu dan memberanikan diri untuk melihat Yusof pada kali yang terakhir.Tanganku mengeletar dan apabila aku alihkan kain itu dan melihat wajah Yusof, airmataku mengalir lagi.Kali ini lebih deras dan aku seperti nk pitam kerana tak mampu menangis lagi.Aku melihat wajah Yusof..Sangat putih dan pucat..hanya beberapa kesan lebam kelihatan didahi dan bibirnya.Aku cuba menahan diri untuk tidak meratapi pemergian Yusof seperti yang mama suruh.Namun aku lansung tidak berdaya dan terus menangis.Aku meminta izin untuk mengucup pipi Yusof pada kali terakhir dan mama membenarkan.Ketika aku mencium pipinya,pipinya sangat sejuk.Aku masih lagi tak dapat terima hakikat bahawa Yusof tak akan lagi bangun selepas ini,tak akan lagi menemani aku ke kolej..tak akan lagi memuji aku dan memanjakan aku..dan yang penting dia sudah tiada lagi disini untuk menyintai aku…

“Yusof,kalau awak dengar suara saya,saya nak awak tahu awaklah lelaki yang sangat saya cintai..tak mungkin saya mahu teruskan hidup saya bersama orang lain selain awak..Tolonglah jaga yusof..saya perlukan awak..macamane saya nk teruskan hidup ini tanpa awak..sampai hati awak tinggalkan saya…Yusof,saya sayang awak..sayang awak sangat-sangat…”

Innalillah……………………………………………………………………….

Bersambung..

No comments:

Post a Comment

pleasure!