tiertier fairy story!

My photo
Queen's Lake, Kuala Lumpur, Malaysia
Hye.. Assalammualaikum! First and foremost, THANK YOU SO MUCH for viewing my super CRAPILICIOUS blog!! I'm just a normal chick who loves talk too much. Dance and sings is my life as i loves entertain! Leave a positive comments could be a strength for me to keep writing! :) LOVES! Follow me on twitter : @ChocTierway

Thursday, August 13, 2009

Tanpa Kekasihku (Chapter 1)

Tanpa Kekasihku

I am in love with you
You set me free
I can't do this thing
Called life without you here with me
Cause I'm Dangerously In Love with you
I'll never leave
Just keep lovin' me
The way I love you loving me.....

Lagu mendayu-dayu terus bermain di radio milik aku dari satu lagu ke lagu seterusnya.

Sedang semua umat manusia enak dibuai mimpi indah, aku terperangkap diantara realiti dan mimpi. Entah kenapa aku tak bisa melanda lena. Basah bantal dibuatnya oleh peluh. Seakan-akan ada sesuatu yang tidak membenarkan aku berjaga dari katil tidur. Keluh kesah dibuatnya. Mata masih pejam kuat seakan-akan mahu saja diri ini menjerit, namun tiada seurat suara yang mampu lahir.

Aku dapat merasa cadar yang digenggam kuat, paksa dan aku paksa untuk membuka mata ini. Puas aku paksa, akhirnya, celik juga mata. Lega, sungguh lega. Rasa lega itu mati tatkala aku perhati tubuhku ini tersarungnya sepasang gaun putih yang cukup bersih. Aku bangkitkan tubuh, melihat sekeliling. Cukup pelik.

"Kat mana aku ni?"

Hanya suara hati sibuk menanya. Ku pantau sekeliling lagi.

Kosong!

Putih!

Aku beranikan diri ini cuba menuruni anak katil. Kain merah pekat, terbentang cukup luas dan panjang disisi katil hingga hujung nun disana, tidak aku pasti kemana arahnya.

Masih keliru, otak ini masih buntu. Bermacam persoalan bermain difikiran, terlalu penat untuk aku layan semua karenah.

"Mimpikah ini? Adakah aku sudah mati?"

Aku tekad untuk mencari jawapan untuk semua persoalan. Aku ikutkan saja permainan mimpi ini. Kaki pula pantas melangkah seakan tidak sabar. Aku seakan terlihat timbunan bunga mawar merah ditengah-tengah jalan. Masih kabur pandanganku lalu dilajukan langkahku. Semakin aku hampir, semakin jelas kelihatan sekeping sampul surat berwarna merah jambu diletakkan diatas timbunan bunga mawar tersebut. Tanpa melihat sekeliling, segera aku capai sampul surat itu lalu aku buka perlahan-lahan dan aku baca dengan penuh teliti isi kandungannya.


"Kepada Qiuna,

Jalan terus dan saya menanti awak dihujung jalan... 
I Love You...

Daripada, Cintamu!"

Semakin keruan hati ini. Tanda tanya semakin pelbagai. Bercampur baur perasaan, takut, gementar, semua bercampur aduk.

Kusut!

Peduli lansung tidak aku hirau. Entah dari mana semangat itu hadir, kaki terus melangkah setapak demi setapak. Agak jauh perjalanan telah aku lalu, langsung kaki tidak merasa penat. Pelik, nafsu mula memujuk langkahku bahawa perjalanan ini pasti tidak mendatangkan hasil, malah dipujuknya aku untuk berpatah balik. Destinasi yang ingin dituju masih tidak aku nampak. Alang-alang sudah jauh, aku teruskan saja.

Sukar sungguh halangan. Diwaktu beginilah kepalaku mula rasa pening, terasa seperti nak pitam. Aku picit sendiri kepala ini beberapa kali untuk menghilangkan rasa pening itu, sambil kaki terus melangkah. Aku paksakan tubuh ini. Makin aku gerak, makin sakit pula kepala ini.

Akhirnya, mengalah juga tubuh ini. Aku sedar aku tak mampu lagi meneruskan perjalanan walau selangkah. Keadaan sekeliling aku mula gelap, aku rebah.

“kedebuk..................”

Sungguh sakit kepala ini, aku jatuh dari katil, lagi. Kali ini kepala dulu yang jejak lantai. Baru tersedar dari mimpi mengarut. Lagu aku usap kepala yang terhantuk tadi, tatkala mata yang tiba-tiba teralih melihat jam didinding telah menunjukkan tepat pukul 8 pagi.

Aku tersengih. Ya, mimpi!

Disebalik sengihku, terlintas juga perasaan hati ini ingin tahu siapakah gerangan si pengirim surat yang berwarna merah jambu itu.

“Siapa dia..??”

"PINNNNNNNNN!!!!!"

Bunyi hon memeranjatkan dan mematahkan lamunan aku. Cukup kenal bunyi hon tu.

"Ya Allah!"

Aku intai melalui tingkap.Ya,tepat sekali! Nicky sudah menunggu aku diluar. Aku mulai kelam-kabut. Aku pula masih lagi terduduk disebelah katil.

Sorry!Sorry! Kejap! Tunggu kejap..” 

Nikki cukup jelas dengar suara aku menjerit dari tingkap bilik atas. Wajah Nicky cukup menggerunkan dengan gayanya yang menunjukkan tangan tanda aku hanya dibenarkan bersiap 5 minit saja. Ikutkan saja perintahnya dengan memberikan anggukan. Segera aku capai tuala yang tergantung diatas kerusi computer dan aku lari menuju kebilik air.

Ma…Orang pergi dulu. Bye!”
Teriakan aku dibalas oleh Mama dengan arahan “jaga diri”. Kasut yang siap diluar, terus aku pasang. Berlari-lari anak aku menuju ke kereta  Riaksi wajah Nicky cukup menggerunkan, namun Nicky cukup arif dengan perangai aku yang suka bangun lambat.

Babe,sorry!” Aku cuba meredakan keadaan.

“Minggu ni je dan 3 kali kau lambat. Kau tidur pukul berapa semalam?” Nampaknya Nicky benar-benar marah kali ini. Aku mulai resah.

Sorry la, Yang. Busy buat assignment la..” Aku menjelaskan lagi
.
“Akupun buat assignment jugak..” Nicky semakin 'berapi' seakan alasan aku tidak munasabah baginya.

“Alar, Baby. Janganlah marah-marah, Sayang. Eh, baju baru ke? Lawa. Comel kau pakai.” Aku cuba menukar topik.

“Kalau kau rasa dengan puji aku comel boleh buat aku bertenang, kau memang berjaya. Thank you! Ye,cantikkan? baju baru! Comel tak?” Nicky tersengih. Aku berjaya.

“Gila tak comel? Mestilah comel. Kau pakai apapun comel..” Aku cuba membodek lagi.

Thanks, Babe. Esokkan, kalau lambatkan, aku tinggal tau. Tau!” 

“Baik bos!”

Enjin dihidupkan, perjalanan diteruskan. Begitulah rutin aku setiap pagi untuk ke kolej. Nicky adalah satu-satunya kawan baik aku yang aku sayang dan percaya. Kami sudah kenal sejak kecil dan cukup rapat dan memahami.

”Chakkkkk... Sayang..”

Terjahan aku memeranjatkan lelaki bertubuh sasa yang dari tadi sibuk melayan twitter ditelefon bimbitnya.

“Sayang, baru sampai?" Seperti biasa Yusof sentiasa teruja setiap kali munculnya aku dihadapankan. Tangan aku dicapainya erat. Yusof adalah jejaka yang berjaya menambatkan hati aku sejak pertama kali kami bertemu.

"Baru je. Bie dah lama kat sini?"

"Baru 5 minit. Bie ingat nak pick up Sayang tadi." Yusof senyum.

“Alah, tak payah. Nicky kan ada." Lengan Yusof aku peluk.

“Awak kan buah hati saya, itu mestilah tugas saya." 

“Baik sayang.Lain kali awak ambil saya ya..”Aku tersengih.

“Kelas pukul berapa??” Yusof beralih topik.

“Pukul 9, Last class pukul 3. Bie?” 

”Pukul 11. Bie habis pukul 3 juga. Nanti balik Bie hantar ok??” Yusof senyum. Tak pernah sekalipun Yusof gagal mengambil hati aku. Segalanya seakan sungguh sempurna tanpa cacat cela, segalanya yang aku mahukan ada padanya. Selain cukup tampan, lagak percakapan turut sopan. Gentleman.

“Baik Bos.” Tangan kedahi seakan-akan mengajuk gaya askar.

I got to go. Ada discussion kat library. Apa-apa BBM tau. Love you, Sayang.” Dahi aku dikucupnya Yusof sebelum beredar. Aku pasti tersengih setiap kali Yusof melakukannya. Sungguh penyayang.

Love u too.” Jeritan aku memaksa Yusof yang sudah agak jauh melangkah meninggalkan cafeteria untuk menoleh kebelakang dan melemparkan senyuman. Tangannya melambai mesra sebelum tubuhnya hilang dari pandangan.

"Beep! Beep!"

Bunyi itu memaksa aku untuk menyelongkar beg dan mencari telefon bimbit yang aku campak kedalam beg semasa keadaan tergesa-gesa tadi.

Segera aku membuka satu mesej yang diterima.

"Eh, Yusof?"

#Sayang : Baby, Bie lupe tdi ade benda nk ckp. Balik karang la.. OK? Sorry.. Hee!

No comments:

Post a Comment

pleasure!