tiertier fairy story!

My photo
Queen's Lake, Kuala Lumpur, Malaysia
Hye.. Assalammualaikum! First and foremost, THANK YOU SO MUCH for viewing my super CRAPILICIOUS blog!! I'm just a normal chick who loves talk too much. Dance and sings is my life as i loves entertain! Leave a positive comments could be a strength for me to keep writing! :) LOVES! Follow me on twitter : @ChocTierway

Saturday, August 22, 2009

Tanpa Kekasihku (Chapter 10)

“Qiuna,mama nak keluar dengan papa keh..kalau lapar makanan ada kat dapur..” Laungan mama dari luar pintu bilikku itu cukup jelas dan aku faham..
“Ok..don’t naughty-naughty keh..” Aku membalas dari dalam.Sekali sekala aku terdengar papa ketawa kecil.Mungkin kerana terdengar lawak aku tadi.Aku terus saja menelaah buku yang dari tadi aku sedang baca.Ternyata malam ini memang sangat membosankan, lebih-lebih lagi mama dan papa nak keluar dan meninggalkan aku seorang dirumah Bertambah bosan lagi bila aku sorang jer anak kat rumah nie..Segera aku tenung telefon bimbit yang dari tadi berada didepanku dan tidak berbunyi itu dan aku mula taip perlahan-lahan..

Qiuna [Babe,uols kat mana..??]

Aku menghantar mesej itu kepada Nikki dan Isaac.Tak sampai 40 saat,Isaac pun balas..

Isaac [Babe,wat’s up?? Aku tgh date nie..haha..]

Aku malas untuk mengganggu Isaac.Jadi aku biarkan saja mesej itu tidak berbalas.Aku tunggu saja Nikki pula untuk membalas.Tapi 20 minit penungguan itu cukup mengecewakan kerana Nikki malas untuk keluar.Aku maintain saja diatas kerusi..

Ah…tidurlah!!

Terus saja aku melompat keatas katilku yang empuk dan aku mula menggodeh telefon. Dengan harapan sesiapa akan berchatting dengan aku malam nie.Tiba-tiba mataku seperti didodoi.Aku mula ngantok dan mangambil keputusan untuk tidur walaupun jam di dinding baru menunjukkan pukul 8.30.Teddy bear yang berada ditepi bantal aku peluk kuat-kuat.Telefon bimbit aku letak diatas meja.

Beep!Beep!

Aku terkejut

Sape call nie..??

Segera aku capai telefon bimbitku diatas meja dan aku teliti nama yang berada diskrin.Pada mulanya aku agak was-was dengan nama itu.Namun pada deringan yang kelima aku angkat juga panggilan itu..

“Hello..??” Aku menjawab manja..
“Hello…awak kat mane..??”

Suara itu memang benar suara dia.Cukup gentleman.Hilang terus ngantok aku.Aku cuba untuk menjual mahal..

“Siapa nie..??kat rumah..” Sedangkan aku tahu memang dia yang telefon kerana kami bertukar nombor pagi atas sebab assignment..

“Andy la wak..” Dia menjelaskan..
“Hah…yer Andy?? Kenapa..?” Aku buat suara seakan-akan mengantuk dan membuat dia rasa bersalah kerana mengganggu aku tidur..
“Alar..Awak dah tidur ker..?? Saya….”
“Saya??saya apa..??”
“Saya laparlah…”
“Lapar..??” aku bingung sekejap..
“Aah..lapar…jom??Teman saya makan..??” Ajakan dia itu pada mulanya aku menganggap gurauan.
“Gila ker..??”
“Apanya..?cepat siap…saya kat luar rumah awak nie..”
“Hah…???” terkejut beruk aku dibuatnya..Segera aku mengjenguk keluar tingkap dan apa yang dikatakan Andy memang benar belaka.Kereta sports putihnya parking diluar rumahku.Dia memang sedang menunggu aku diluar rumah.Andy sedang berdiri ditepi keretanya.Lalu dilambainya tangan kearahku.Akupun membalas lambaiannya..

Dia ni memang gila…

Aku pada mulanya ingin menolak,tetapi rasa kasihan pun ada..
“Kenapa tak tanya awal-awal..??da sampai baru tanya..”
“nanti awak tolak..so saya ambik keputusan untuk datang dulu then baru tanya..” Ketawa kecil Andy memang comel.Tidak disangkal lagi..
“Kejap..20 minit…” Aku meletak telefon dan mula menyarung baju yang ada dan memakai makeup ala kadar.Memang aku lansung tak sangka yang aku akan keluar dengan Andy malam ini.Kalaulah aku keluar dengan Nikki tadi,mahu dia tunggu seorang kat luar rumah tuh…

Andy menjemput aku masuk kedalam keretanya.Aku cuba berlagak biasa.Maintain cun.

“Cantiknya…” Suara Andy yang seakan-akan berbisik itu mampu aku dengar.Namun aku saja berpura-pura seperti tidak dengar..
“Hah..??apa??” Aku berpura-pura tanya lagi..
“Haa..?takdela…takde ape-ape..” Terus saja Andy menghidupkan enjin dan memulakan perjalanan kami.

“Awak suka hadiah birthday yang saya bagi??”
“Yang mana ek? Awak bagi ker..?takda nama awak pun..”
“Teddy Bear warna coklat..”
“Owh..awak ker si penghantarnya?Comel..suka sangat…” Aku tersengih..
Andy pun tersengih!
“Kita nak makan kat mane..??” Aku cuba untuk memulakan perbualan..
“Hurm..stik bleh..??Saya tau ada satu tempat nie stik dia sedap..So harap awak suke..”
“Fine by me..”

Aku agak mengantuk didalam kereta.Tapi aku kuatkan semangat untuk tidak tertidur.Perjalan 20 minit itu agak mendebarkan.Kami sampai direstoran stik itu.
Aku extremely terkejut dengan restoran itu.Ia adalah restoran kegemaran aku dan kali terakhir aku berdating dengan Yusof.Ianya restoran yang selalu aku pergi dengan Yusof.Peliknya,bagaimana Andy tahu tentang restoran ini..??

“Saya lupa nak tanya..macamana awak taw rumah saya..??” Aku terlupa pula untuk bertanya didalam kereta tadi.Andy masih diam dan kami terus mengambil tempat duduk.Juga dimeja terakhir aku dengan Yusof duduk.
“Qiuna,you are the most popular girl kat kolej..tak mungkin orang tak tau rumah awak..”
“Pandai-pandai jer awak nie..ok,Saya serius..how u know this is my favourite place??”
“I don’t know..this is the second time I come here..”Wajah Andy sangat menyakinkan.

Aku diamkan saja dan mula membuat tempahan makanan.Samada ia sememangnya kebetulan ataupun Andy adalah kembar Yusof,dia order makanan yang sama Yusof order.Aku dapt merasakan kejadian itu berulang kembali.Seperti dejavu.Cuma orangnya saja yang berbeza.Dari makanan ke air,cara pegangan sudu dan garfu juga menyerupai Yusof.Samada aku sudah gila atau kebetulan yang sangat kebetulan.Aku cuba bertenang. Nikmati makanan itu.Sekali sekala wajahku terus memerhatikan Andy.Kadang kala renungan aku berjaya ditangkap Andy dan dia hanya membalas senyuman nakal kepada aku.

“Why u doing all this..?” Aku cuba memulakan perbualan yang dari tadi senyap seribu bahasa..
“Mak saya cakap,tengah makan jangan bercakap..” Andy tergelak kecil..tapi aku pula yang nak start naik angin..
“Please Andy..Saya serious..”
Andy terus memandang tepat keanak mataku.Sudu dan garfunya diletakkan kebawah diatas pinggan.Aku tergamam.Warna matanya memang lain dari biasa.Seakan-akan coklat keemas-emasan.Aku masih menanti jawapan.Andy hanya diam..

Akhirnya Andy bersuara..

“Fine,actually saya memang nak ajak awak keluar makan since the first time saya jumpe awak lagi.Pada saya awak sememangnya seorang yang sangat istimewa.Awak berbeza dari gadis-gadis lain yang pernah saya kenal..”

Aku hanya tergamam dengan jawapan itu.

Speechless..

Aku hanya memandang tepat kearah Andy.Aku terus saja mendengar.Andy menyambung ayatnya..

“Saya sudah lama memerhatikan awak.Setiap kali mendengar suara awak,seakan-akan memberi nafas kepada saya untuk terus hidup..Wajah awak,pembawakan awak dan semua cara awak buat saya gila.Awaklah wanita yang buat saya tak boleh duduk diam.Awak punca jantung saya terus berdegup..awaklah nadi sya.Qiuna,I love u…”

Aku tergamam lagi.kali ini beserta airmata.Aku hanya mampu memandang Andy.Terdiam.

“Andy,sorry..…I can’t do this..” Aku cuba untuk berganjak sikit dari situasi itu..
“Saya tahu apa yang awak tengah hadapi sekarang.. biarkan saya dakap tangan awak.. hadapi saat-saat sukar bersama awak..”
“Awak tak faham apa yang saya lalui..”
“Please..letakkan saya disudut hati awak…walaupun dihujung-hujung..’
“Jika ada tempat untuk awak,saya pasti bari awak peluang..tapi,tiada! Hati saya hanya untuk Yusof..” Aku cuba tegaskan.Ini bukan masanya lagi untuk aku bercinta lagi..cukup sengsara aku dengan cinta..
“Yusof?dia sudah tiada Qiuna..awak kena terima hakikat..”
“Dia mungkin tiada didunia,tapi dia sentiasa ada dihati saya..”
“Tapi sampai bila..?sampai bila baru awak boleh terima saya..??”
“Sehingga tiba waktunya..” Andy memandang tepat kearah anak mataku.

Kecewa!

Frustrated mungkin..

Perbualan tergantung..Kami masing-masing terdiam dan nikmati saja makanan tadi.Kami tidak bercakap sehingga Andy hantar aku balik.Walaupun sampai dihadapan rumahku,ternyata Andy terus saja menyepikan diri.Aku cuba untuk bercakap tapi takut mengeruhkan keadaan.Jadi aku pun ikutkan saja caranya.Senyap.Andy terus membukakan pintu keretaku dan apabila aku keluar dari kereta,laju saja Andy menuju semula kedalam kereta dan terus beredar pergi.Buntu aku dibuatnya.Tanpa ucapan selamat tinggal.Mungkinkah dia marah dengan aku?Tapi soal hati tidak boleh dipaksa-paksa,Mungkin aku terlalu kasar..??Diakan lelaki,mesti dia boleh terima punya.

Segera aku keluarkan telefon bimbit dan aku taip mesej menyatakan terima kasih kepada Andy.

Qiuna [Thanx Andy for the dinner..gud nite..]

Aku tak mengharapkan Andy untuk membalas mesej itu.Mungkin dia sedang marah.Jadi aku biarkan saja kemarahannya reda dahulu.

Beep!Beep!

Andy [Gudnite..jgn tido lambat2..]

Aku tersengih melihat mesej itu..Terus saja aku tuju kebilik.Mama dan papa masih lagi belum pulang.Aku salin baju dan menjatuhkan tubuh kecilku kekatil.Letih.Bila sudah kenyang mesti ngantuk.Sebelum aku tidur,teringat pula tentang pertandingan liriklagu itu.Next week dan kena hantar.Kebetulan kertas yang aku tulis pagi semalam masih berada diatas meja.Segera aku capai dan sambung menulis.


Bersambung..

No comments:

Post a Comment

pleasure!