tiertier fairy story!

My photo
Queen's Lake, Kuala Lumpur, Malaysia
Hye.. Assalammualaikum! First and foremost, THANK YOU SO MUCH for viewing my super CRAPILICIOUS blog!! I'm just a normal chick who loves talk too much. Dance and sings is my life as i loves entertain! Leave a positive comments could be a strength for me to keep writing! :) LOVES! Follow me on twitter : @ChocTierway

Thursday, August 13, 2009

Tanpa Kekasihku (Chapter 2)

Tanpa Kekasihku  - 2

Setibanya di Dewan Kuliah, segera kami capai tempat duduk kebiasaan. Posisi tempat duduk kami seperti biasa sedang dijaga oleh 3 orang teman rapat yang sudah bersama sejak semester pertama. Ketiga-tiga mereka adalah lelaki, namun tidak pernah aku hirau dengan kata orang yang sentiasa mempertikaikan sikap aku kerana tidak mahu berkawan dengan pelajar wanita. Mereka juga yang menghidupkan hari-hari aku setiap waktu.

Sungguh yang paling aku sayang, Nasrullah. Kami gelar dia, Nicky. Lelaki jantinanya tetapi gaya macam wanita melayu terakhir. Lembut lagi sifatnya dari aku yang bergelar perempuan ini. Sentiasa buat aku tersenyum, tak kira waktu. Empunya hati yang cukup baik, dan cukup bertanggungjawab.

Azuan ataupun Isaac, spesies yang sama seperti Nicky. Cuma kurang gediknya berbanding Nicky. Isaac lebih serius dengan semua perkara. Cukup berbeza dengan Adie, jejaka yang sangat menjadi penampilan. Teman wanita Adie, Tasha seorang yang kami gelar 'Queen Control'. Kenapa sebabnya, itu biarlah rahsia. Ketidaksamaan antara kamilah yang menjadi tiang untuk kami sentiasa bersama, suka dan duka. Tanpa mereka, tidak lengkap rutin seharian, merekalah warna, merekalah jalan cerita, merekalah pelengkap hidup aku.

"Apa khabar teman-teman?" Teguran aku sedikit mengganggu mereka yang sedang kusyuk berborak.

"Qiuna, I miss you." Isaac membalas beserta senyuman.

Babe, Bangkok was awesome. Aku ada beli hadiah untuk korang semua." Adie dengan terujanya.

“Wah, bestnye! Isaac?" Pandangan aku dialihkan.

"Kerja je, Nok. Kat kampung tu. Tolong business family." Isaac senyum.

"Korang?" Pertanyaan Adie tuju kepada aku dan Nicky.

"Makan, tidur, makan, tidur." Serentak kami jawab. Tergelak kami dengan tindakan spontan itu.

Babe,kau macam dah kurus sikit la.." Isaac memandang tepat kearah Nicky.

“Aku??Really??” Teruja sungguh Nicky, sambil tubuhnya ditatap-tatap.

“Mata aku bukan julingpun. Aku pandang kau kan..” Isaac perli. Anak matanya dipusingkan.

"Well, work hard tau. Cuti semester ni aku langsung tak sentuh nasi." Yakin sungguh dengan petuanya.

“Wow, meletop! Habis kau makan apa je?" Adie seakan berminat.

"Mostly aku banyak makan Mee."

"Serious? Wah!" Aku terkejut.

"Seriouslah. Nak cantik, Nok. Beauty is pain kan. Kenalah tahan sikit." Nicky sedikit bongkak.

"Adie, kau kena try. Perut kau pun aku tengok dan macam ade anak kucing menyorok dalam tu." Isaac mula mengusik.

"Hello, aku buncit pun ada orang sayanglah." Adie tidak mahu mengalah.

"Oh,sayang ke? Yang pergi toilet pun kene report tu eh?"

Riuh dewan itu dengan gelak ketawa kami , banyak sungguh untuk dibualkan setelah dua bulan tidak bertemu kerana cuti semester. Masing-masing melepaskan rindu.

Dewan yang tiba-tiba senyap seakan Malaikat melintas, memaksa mulut aku untuk turut senyap. Pandangan seisi dewan tertumpu kearah seorang wanita muda berpakaian sofistikated yang sedang melangkah masuk ke dewan kuliah. Cukup seksi dengan rambut ikat sanggul beserta skirt pendek paras lutut. Dewan masih senyap tatkala semua pelajar sedang enak menghayati ciptaan Tuhan. Tersengih aku tatkala melihat ada yang ternganga, ada juga yang terlopong menunggu lalat hinggap. Tinggi dan gaya jalannya cukup seperti model. kelihatan tangannya membimbit beberapa naskah buku. Tanpa berkata apa, dengan selamba wanita itu terus melabuhkan punggungnya diatas meja pensyarah, sambil kakinya disilangkan. Sungguh menggoda. Kelihatan pelajar lelaki masih terpegun menikmati tubuh lansing wanita itu. 5 minit yang pertama hanya bermula dengan semua pelajar memandang tepat kearahnya, manakala pandangan wanita itu seakan-akan harimau yang sedang memandang 100 anak kambung yang sedia untuk dibaham.

"Excuse me! Tempat duduk pelajar kat atas ye! Situ tempat duduk Lecturer." Suasana yang sunyi dipecahkan oleh suara Nicky yang dengan tiba-tiba bangun lalu melemparkan kata-kata itu kepada wanita tadi. Pandangan satu dewan beralih pula pada Nicky yang bercekak pinggang, yakin dengan wajah selambanya.
Wanita itu menanggalkan cermin mata dan diletakkan disebelahnya, lalu berdiri. Tangannya dilipat kedada, matanya memandang tepat kearah Nicky yang berada pada jarak 8 kerusi. Tegap diriannya!
Dewan masih senyap. Nicky masih berdiri menunggu kata-kata dari wanita itu.
Nicky mula melipat lengan dan membalas pandangan tajam itu.

"Hello,everybody. Let me introduce myself. My name is Fiona! Fiona Norish Syed Muzaffar or for you guys, you can call me Profesor Fiona. I also accept by calling me, Miss Fiona. I'm here to lecture you for the course Journalism. Since the previous lecturer who supposed to teach you this course were heading to Australia by now, so I'm going to replaced him for this whole semester. As long as all of you submit all your assignments, shouldn't be no problem for me, and cause no problem for you too. Lectures starts tomorrow since I'm not preparing anything, just drop by to say 'Hello'. Any problem regarding Journalism, you can see me. Love issue, find someone else who care, because I don't. Do I make myself clear?" Tiada sepatah haram suara yang keluar dari 100 mulut yang berada didalam dewan. Terkesima. Bagi Nicky, terduduk sambil malu sungguh dirinya ketika itu.

"So, diam tanda setuju. Today, I nak berkenalan dulu dengan semua orang. But I boleh berkenalan dengan certain orang saja, since I nak cepat. Banyak benda nak kena settle. Harap yang saya tak pilih tu jangan kecil hati. Don't worry, later I will know you!" Fiona mengukir senyuman. Senyuman yang cukup tajam.

Semua pelajar mahu lelaki, mahupun yang perempuan mula memberikan riak wajah yang penuh berharap agar mereka terpilih.

"Alright. I nak berkenalan dengan pelajar yang first sekali tegur I tadi." Tersentak Nicky tatkala mendengar arahan itu. Beberapa kali air liurnya ditelan. Wajahnya mula berubah kemerah-merahan. Dari riak wajah Nicky, ternyata dia masih malu dengan peristiwa tadi. Punggungnya diangkat perlahan-lahan, matanya seakan mencuri-curi untuk memandang wanita dihadapan.

"So, nama you?" Belum sempat Nicky berdiri sepenuhnya, laju Fiona bertanya.

"Err.. Err.. Nama?" Lidah Nicky mulai kaku. Takut, gementar, malu semua bercampur menjadi satu.

"Nama sendiri pun lupa? Tadi bukan main laju bercakap." Fiona mulai tegas. Sedikit garang. Nicky bertambah gementar.

"Err.. Miss, I'm sorry. Tak sengaja. Well, you look so young, you don't dress like usual lecturer and I never see you. So I ingat you student." Nicky mula explain. terketar-ketar juga suaranya.

"Awak tidak menjawab soalan." Wajah Fiona masih tegas. Kemudian senyuman mula terukir diwajahnya. Geli hati melihat gelagat Nicky barangkali.

"OH, ok! Hye, nama saya Mohd. Nasrullah. You can call me Nicky. Stay Damansara." Tatkala Nicky terlihat senyuman itu, terus dirinya mulai yakin. Senyuman Fiona tadi dilemparkan semula.

"Hye, Nicky. Thanks. You may take your seat. Sebelah Nicky yang gelak-gelak tu. Sila bangun." Fiona kembali tegas.

Terbeliak mata Isaac, kerana terkejut, laju punggungnya diangkat.

"Hye, Miss Fiona! Nama saya Azuan. Just called me Isaac."

"Hye Isaac. Nice to meet you. Banyak betul nama glamour dalam kelas ni ye. Well, don't worry, I jenis cepat tangkap. Make sure you guys friendly kalau nak I ingat you guys. Well, I ada meeting sekarang. That's all for today. So going to see you guys on the next class, is it OK?"

Semua pelajar seakan faham dengan arahannya. Pantas Fiona mengemas semua hartanya lalu melangkah meninggalkan dewan. Sebaik langkah terakhirnya meninggalkan dewan, kembali riuh dewan itu dengan suara mereka.

"Lah, macam taik! Introduce dua orang je? Aku dah berangan nak bagi nama glamour aku juga. Takkan dia tak perasan aku yang vogue lagi cantik ni?" Arina, seorang gadis yang terkenal dengan rambutnya berwarna kemerah-merahan mula meluahkan rasa tidak puas hati kerana tidak terpilih. Seorang yang gila glamor dan terkenal dengan sikapnya yang suka mengkritik dan biadap.

"Dia confirm bukan lesbian, kan?" Linda membalas luahan Arina.

"Eh, kau dah kenapa? Bodohnya." Jelingan tajam dilemparkan kemuka Linda.

Segala-gala tentang Fiona mula menjadi topik perbualan semua orang. Dari gaya rambut hingga ke kasutnya yang berjenama, semua diperkatakan. Khabar angain menyatakan, bukan saja dari kalangan pelajar tetapi dikalangan para pensyarah juga. Semester yang cukup menarik untuk dimulakan.

No comments:

Post a Comment

pleasure!