tiertier fairy story!

My photo
Queen's Lake, Kuala Lumpur, Malaysia
Hye.. Assalammualaikum! First and foremost, THANK YOU SO MUCH for viewing my super CRAPILICIOUS blog!! I'm just a normal chick who loves talk too much. Dance and sings is my life as i loves entertain! Leave a positive comments could be a strength for me to keep writing! :) LOVES! Follow me on twitter : @ChocTierway

Saturday, August 22, 2009

Tanpa Kekasihku (Chapter 11)

“Hey,kau da siapkan lirik lagu tuh..??”
“Not yet..tinggal ending je..”


Pertandingan menulis liriklagu itu sudah tersebar keseluruh universiti..semua sedang sibuk mencipta karya masing-masing.Ada yang menggelar diri sendiri composer terkenal.Ada yang sudah menyiapkan karya dan mula menayangkan kepada rakan-rakan.Berbagai-bagai jenis lirik sudah aku dengar.Ada yang mencipta rock dan ada juga cuba untuk menjadi kretif dengan mencipta lagu dangdut.Tapi sudah semestinya aku meletakkan harapan tinggi kepada karya aku sendiri untuk menang.Karya yang aku cipta adalah berdasarkan kepada memori aku dengan Yusof.Sungguh aku serius dengan penulisan ini.

“You pergi mana semalam..??” Kyra menanya dengan suara perlahan.Cuba untuk menyorokkan perbualan agar lecturer tak perasan..
“No where..hangout dengan kawan-kawan lelaki i..” Andy cuba berdalih..Jawab dengan tenang..
“You boleh tipu orang but not me,Andy” Muka Kyra sudah naik benganag..
“Hey…chill..I cakap betul.I keluar dengan kawan…” Ternyata Andy memang tak pandai untuk menipu.
“Dear,I trust u..But,If I found out You keluar dengan perempuan lain,You know what I’m gonna do..??I’ll get her..” Kyra cuba untuk mengugut Andy.Andy hanya memandang saja wajah Kyra yang dari tadi mengganggunya untuk focus dengan kuliah..
“Shut up..I try to be focus here ok..??”
“You keluar dengan Qiuna kan..??” Kyra berusaha lagi untuk mengorek..masih tidak puas hati..
“ Mana ade..who told u that..??”
“Well,I call your mum yesterday.You told your mum,youu keluar dengan I kan.Well,siapa lagi yang I syak akan keluar dengan you kan..??” Muka Kyra sememangnya tengah bengang..
“I said it’s nobody okeh..i tak cakap pun dengan my mum yang nak keluar dengan you..She’s making up stories ok..?”
“Hey,relax la..kan I dah cakap I percaya kat you..Bukannye I nak serang Qiunapun…”
“I’m telling the truth..shut up and be focus…”
“Okeh…fine…”

Andy sudah mula tak senang duduk.Dia tahu Kyra jenis perempuan yang sanggup buat apa saja untuk mendapatkan something.Andy sayangkan Kyra.Tapi pada masa yang sama Andy tidak tahan apabila bersama Kyra.Bagi Andy,Kyra adalah seorang yang attractive,cantik dan intelligent tapi Andy tidak cintakan Kyra.Cuma sayangkan dia.

Sayang tak semestinya perlu bercinta.

Itulah prinsip Andy.Mereka telah dijodohkan bersama sejak disekolah rendah lagi.Andy tidak pernah cintakan Kyra.Andy hanya turutkan saja kerana ianya dalah pilihan keluarga.

Tak lama selepas Sir Samuel keluar,Miss Fiona pula masuk..Keadaan dikelas agak pelik ketika itu kerana hari ini tiada kuliah bersama Miss Fiona.Semua orang bingung ketika Miss Fiona masuk kedewan kuliah..

“Hye everybody..ok I bukan salah kelas and I know I tak ada kelas dengan you all today..I tak lama pun,just take a while..Just nak inform semua esok I nak bawak kelas nie pergi Muzium Negara.Ada event kat sana yang I nak you all semua pergi as a penonton.Don’t worry,I dah sediakan pengangkutan.No registration fee.Just berkumpul pukul 8 kat lobi ok..??kalau ada apa-apa soalan jumpa I personally.I nak cepat nie so jumpe I kat lecturers room ok..??”

Terus saja Miss Fiona beredar meninggalkan kelas.Ada beberapa pelajar yang mengekorinya keluar dari belakang.

“Hish..letihnya.Esok kena pergi Muzium pulak dah..”
“Biasalah tu..”

Satu kelas terkejut dengan berita itu.Ada yang excited dan ada juga yang mencebik muka.Mungkin mereka harus membatalkan temujanji masing-masing.Semua penuntut terus berasak-asak keluar dari dewan kuliah.Begitu juga aku dengan kawan-kawanku.

“You pergi kereta dulu..nanti I datang..nak pergi toilet kejap..tunggu I kat kereta ok?” Kyra menyerahkan bukunya kepada Andy..
“Ok..” Andy turutkan saja permintaan Kyra itu.Tak mahu lanjutkan pergaduhan lagi.

Dari jauh aku sudah perasan namaku dipanggil-panggil.Apabila aku toleh kebelakang,wanita itu menuju kearahku dengan muka yang marah bercampur geram bercampur meluat.Aku sudah dapat agak apa yang akan berlaku.Aku sememangnya tahu apa yang aku bakal dapat.Aku hanya diamkan diri saja sehingga Kyra berdiri betul-betul dihadapan aku..Tegak macam tiang bendera sambil tangan kirinya mencekak pinggang..

“Hye Qiuna..boleh I jumpe you sekejap..??sekejap jer…” Kyra memulakan pertanyaan.Walaupun suaranya perlahan tapi aku dapat rasakan kemeluatan didalam nadanya.
“Ha…kenapa yer..??” Aku cuba untuk menenangkan keadaan..
“Sekejap jer…kat tepi sana..” Senyuman palsu itu aku cukup faham maksudnya..
“Kejap ek…arr,Nikki,Isaac,korang tunggu aku kat kafe la…ok..??” Aku bukan cuba untuk menghalau tapi takut keadaan jadik lebih keruh jika ada orang lain masuk campur. Better kalau kami saja menyelesaikan salah faham berdua..
Nikki dan Isaac tidak banyak bertanya.Mereka ikutkan saja dan terus beredar.Sekali sekali Nikki ternampak Kyra menjeling kearahnya,Nikki pula membalas jelingannya itu dengan muka yang penuh meluat..

“Yes..??” aku harap sangat perbincangan ini cepat berakhir..
“well I nak tanya siket kat you..you jawab jujur la yeh..??”
“Hah..??ok..tanye ape..??” Walaupun badan Kyra tidaklah sebesar bonzer KL atau ahli gusti tapi pertanyaan kyra itu cukup buat perut aku rasa tak sedap.Seperti ada letusan gunung berapi berada didalam perutku dan sedang bergerak kearah kepalaku..
“Actually,Andy dah bagitahu I segalanya..”
“What..?” Aku bingung..terkejut!
“About you guys keluar bersama malam tadi…” Nada Kyra naik sedikit..
“Sorry??” Aku buat seperti tiada apa berlaku.Cuba berlagak tenang.Aku cuba sehabis baik untuk cover perjumpaan kami malam tadi..
“hah…..get over yourself..Tak payah la coverline cemerlang dengan I..I dah tahu…”
“Tahu apa..??” Aku dah mula cuak.Tuhan jer yang tahu perasaan aku ketika itu..
“Look..I serius nie..you actually ada hati dengan Andy kan..??” Nada itu walaupun kelihatan jelik tapi ada sesuatu yang jujur tentangnya..
“Apa you cakap nie..??” Aku cuba untuk memastikan maksud Kyra itu..
“Macam ni lah Qiuna,Tak payah nak meleretkan cerita..I sayangkan Andy ok..??” Ayat Kyra itu aku dengar dengan jelas.Mungkin aku yang patut dipersalahkan dalam hal ini.
“I faham..Kyra,sorry kalau I ada sakitkan hati you..”
“I tak habis lagi….” Kyra sambung..
“Hah..?” Aku bingung….
“I memang sayang Andy..Even I sanggup buat apa saja untuk pastikan I sentiasa ada tempat dihati Andy..Lihat Andy gembira,cukup buat I gembira..tiada apa lagi yang I mahu lihat didunia jika saya lihat senyuman Andy..He is my everything..”

Ayat Kyra terhenti disitu.Aku perasan airmata sudah bergenang di matanya.Aku cuba untuk tidak berkata apa.Takut akan mengeruhkan keadaan.Aku cuba memegang bahunya dan tenung wajahnya yang dari tadi cuba mengelak dariku.Cuba untuk menyembunyikan sedihnya mungkin.

“Kyra,you ok..??” Aku tak tahu apa lagi untuk aku lakukan..
“Qiuna,you dengar sini..Jika you la orangnya yang buat Andy happy,tersengih sorang-sorang dan yang paling penting,orang yang dia sayang,I rela lepaskan Andy.Tak guna I bertepuk sebelah tangan..Satu-satunya yang akan membahagiakan hidup I adalah melihat Andy bahagia dengan teman hidup dia..” Tanganku yang digenggam Kyra dari tadi dilepaskan perlahan-lahan.
“Kyra…” Aku tergamam.Aku betul-betul tak tahu apa yang perlu aku lakukan.
“I want you to know that Andy betul-betul sayang kat you..I tak pernah tengok dia se’happy’ sekarang seumur hidup I..”

Beep!Beep!
Telefon bimbit Kyra berbunyi.Aku cuba mengintai.Aku perasan mesej itu adalah dari Andy.Aku diamkan saja.Tidak mahu menanya.

“I pergi dulu..” Terus saja Kyra pergi.Sesekali Kyra menoleh kebelakang dengan pandangan yang bercampur baur.Aku hanya diam saja.Sehingga Kyra hilang dari pandangan.

Aku betul-betul buntu dengan apa yang terjadi.Apa yang ada didalam hatiku..? AKu sendiri tak dapat jelaskan.

“You pergi mana..??Lama betul…” Pertanyaan Andy itu lansung tidak dijawab oleh Kyra.Kyra cuba untuk mengelak dari menangis dihadapan Andy.Kyra mencuba sehabis baik agar Andy tidak perasan yang dia sedang menyembunyikan perasaannya.Wajahnya disembunyikan disebalik rambutnya yang panjang itu.

Andy lansung tidak perasan.Dipandu saja kereta itu menuju kerumah Kyra.

“You lapar..??nak makan dulu..??” Andy cuba bertanya dengan nada yang baik.
“It’s okeh..I nak terus balik..” Jawapan itu jarang didengar oleh Andy. Selalunya Kyra yang paling rajin merayap.Tetapi hari ini perangainya lain.Andy perasan perangai Kyra berubah selepas soalan yang ditanya kepada Andy siang tadi di dewan kuliah.Andy ikutkan saja kemahuan sepupunya itu.
“You ok..?? nak pergi klinik?? Macam tak sehat je..” Andy cuba mengambil hati Kyra..
“I said I’m fine..I nak balik…” nada Kyra mula naik..
“hey babe..Jangan macam nie..what’s up?” Andy mula mengorek.Ternyata Andy sememangnya perasan dengan airmata Kyra yang sedang mengalir walaupun Kyra sudah menutupinya dengan rambut..
“Ok…This is totally not ok….kenapa ni nangis-nangis ni..??” Andy memujuk dengan mengusap rambut Kyra yang sudah basah lencun dengan airmata.Kyra masih terdiam.
Andy menghentikan kereta ditepi jalan dan mula memujuk Kyra.
“Please babe..tell me what’s wrong..??”Andy cuba sehabis baik mula memujuk Kyra..
“Nothin…just drive ok..??I da penat duduk dalam kereta ni..” Kyra sudah mula naik darah.
“Not until you tell me what happen…” Andy mendesak..
“Fine…you want to know why..?? It’s because of you……Loving you hurts me a lot! I tak tahu kenapa I sayang u sangat-sangat even though I sendiri tahu yang you tak ada perasaan sayang lansung kat I..I feel like an idiot..berharap kat cinta yang sememangnya tak akan datang kat I..I try so hard to make u love me but every single thing I do seems like not enough for u..What else am I supposed to do..?? kill myself to get your attention..??”
Kyra pandang tepat kearah anak mata Andy..Ternyata Andy buntu dan terdiam.Andy tidak pernah menyangka Kyra akan sungguh dalam mencintainya..
“Kyra,I….”Andy terdiam..
“What..??” Kyra mendesak..
“I…”
“what..??Qiuna is it..??”
“No..Kyra, I love you….let’s get engaged!”
Jawapan itu buat Kyra terdiam.Terkejut benar dengan jawapan itu.Kyra tidak menyangka Andy akan berbuat demikian.Saat itu adalah saat yang paling menggembirakan didalam hidup Kyra.Terasa seperti segala impiannya telah dicapai..Segera dipeluk Andy erat-erat dan mengucup pipinya.Kali ini airmatanya mengalir lebih ikhlas.Terasa dirinya benar-benar dicintai.

Manakala bagi Andy,walaupun perit untuk mengucapkannya,mungkin ini adalah jalan yang terbaik untuk Andy tidak melukakan hati Kyra.Walaupun hatinya kuat menyintai Qiuna,namun Andy membiarkan saja dirinya dicintai oleh wanita lain.Andy cintakan Qiuna dan pilihannya untuk memilih Kyra adalah lansung tidak diduga..

Sesudah tiba dipintu hadapan,dengan pantas Kyra keluar dari pintu kereta dan menuju masuk kerumah.Ucapan selamat tinggal Andy dijawabnya dengan manja..Andy sudah mula tak boleh duduk diam dikerusi.Didalam pikirannya bercampur baur...

Betulkah apa yang aku lakukan ini..??Apalah silap aku..

Bersambung..

No comments:

Post a Comment

pleasure!