tiertier fairy story!

My photo
Queen's Lake, Kuala Lumpur, Malaysia
Hye.. Assalammualaikum! First and foremost, THANK YOU SO MUCH for viewing my super CRAPILICIOUS blog!! I'm just a normal chick who loves talk too much. Dance and sings is my life as i loves entertain! Leave a positive comments could be a strength for me to keep writing! :) LOVES! Follow me on twitter : @ChocTierway

Sunday, August 30, 2009

Merdeka!



hurm..merdeka for me is something that is so surreal. Can u imagine how we can be so independant for almost 52 years without any PENJAJAH..?

sometimes kitew lupe nak appreciate org yang selamatkan negara kita.Yang kite tahu celebrate je tiap2 tahun..Sy xcakap yang sy nie baek sgt..tapi cube kiter pikir ape yang kiter penah sumbang kat malaysia..

p/s : sebenarnye tgh bosan nie..saje tambah post!

Saturday, August 22, 2009

Puisi : The Undone!

We've started this relationships so strong..
You've made everything goes no wrong..
The romance you brought we both feel..
The same romance you brought you'd killed..

It's hard to know you changed your direction..
It's even hard to beg for your attention..
You start not to answer my message and call..
I can even stand makes me wanna fall..

Please let me know if you're done with me..
You hanged me without a rope that's what I feel..
I tried to consider that we're over...
I know it's ain't easy just to delete your number..

Loving you is the last thing I will regret..
Trust the love I produced isn't fake..
Baby, I'm begging you please be awake..
From the dream where you leave me and we're break..

Tanpa Kekasihku (Chapter 14)

“Mummy..papa tak nak bagi aiskrim…”
“Papa,janganlah buli anak kita…”
“Alololorh….chumelnye anak papa…macam mama dia jugak…”
“Ada-ada je abang ni….”
“Jom..?”
“Mane??”
“Makan steak..favourite awak…”
Keputusan aku untuk menghabiskan seluruh hidup aku bersama Andy sememangnya tepat.Rumahtangga kami cukup sempurna.Ahmad Danish adalah kurniaan tuhan kepada aku dan Andy.Kehidupan dikolej cukup mengajar aku banyak perkara.Andy menjadi suami yang sangat bertanggungjawab.Nikki sudah berjaya dalam penulisan novel,Isaac dengan kerjaya modelnya.Kyra sudah berkahwin dan berhijrah ke Amerika dengan suaminya. Kehidupan banyak berubah,tapi stau perkara yang tak akan berubah adalh memori. Pahit dan manis yang aku hadapi sememangnya tak mampu aku lupa.Especially memori aku dengan Yusof.Jejaka pertama yang berjaya buat aku menangis bagai nak gila.Tapi kini,Andy berjaya memilik hatiku dan aku cukup bahagia disisinya.Kedua-dua jejaka ini akan sentiasa didalam ingtanku dan akan terkubur bersama-sama denganku apabila nyawaku sudah tiba ke penghujung..



~The End~

Tanpa Kekasihku (Chapter 13)

Banyak penyertaan telah dihantar kepada Kelab Remaja.Penyertaannya cukup menggalakkan.Hampir 1000 karya akan dinilai oleh juri Profesional.Karya yang terpilih akan dibaca dihadapan semua penonton pada hari Majlis Graduasi Pelajar Senior.Semua orang agak yakin dengan karya masing-masing.Ada juga yang terlalu yakin dengan karyanya.

Dewan Besar pada ketika ini sedang dipenuhi dengan semua pelajar.Aku pula sedang menanti Nikki yang dari tadi masih didalam tandas.

“Woi..lame betul kau..”
“Sakit perut la..huhu..”
“Asal..??nervous?”
“Yela..aku harap sgt karya aku menang,Qiuna..”
“Semoga berjaya..”

Perjalanan menuju kedewan besar itu membuatkan aku terserempak dengan Kyra dan Andy yang sedang juga menuju kearah Dewan Besar.Aku cuba berlagak normal seakan tiada apa yang berlaku..

“Hye Kyra..Andy..” Aku cuba menjadi baik..
Kyra telah saja melalui aku dan tidak menghiraukan teguran aku itu.Aku mula tersentap dengan tindakan Kyra itu..
“Hye Qiuna..” teguran Andy itu aku hadapi dengan cemerlang sekali..
“Qiuna,aku cari seat untuk kita dulu keh..?” Nikki mencari alasan meninggalkan kami..
“Hye Andy..” Aku berlagak normal..
“Awak sehat..?”
“Sihat je..”
“Good luck yer..dengan karya awak…”
“You too..”
“Karya yang I cipta is for you..”
Aku terkejut dengan ayat itu.Mata Andy aku pandang dalam-dalam.Aku cuba untuk menenangkan diriku.
“Kenapa?” Aku ingin mendapatkan kepastian.
“I love you Qiuna..I love you so much..”
“Andy,jom la ambil seat..dah nak start ni..” Aku mematikan perbualan itu secara tergantung.Kedudukan tempat duduk kami agak jauh daripada tempat duduk Kyra dan Andy.Aku teruskan saja percubaan untuk focus dimajlis itu.Sekali sekali aku terpadang Andy yang masih giat menenung wajahku.

Majlis telahpun dimulakan dengan beberapa persembahan dan beberapa anugerah yang lain-lain sudahpun disampaikan.Aku perasan Miss Fiona dijemput naik keatas pentas untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan Penulisan Liriklagu itu.Aku menghala pendengaran tepat kearah Miss Fiona.Suaranya cukup jelas dan kelihatan semua pelajar mendengar dengan teliti dengan harapan nama mereka akan disebut sebagai pemenang.Tapi bagi aku,menang bukan segalanya tetapi isi hati yang aku sampaikan menerusi karya aku itu.

“Hye everybody.Selama 2 bulan program ini berjalan,pelbagai karya telah saya terima.Saya terkejut dengan galakan dan supports yang pelajar berikan didalam pertandingan ini.Saya tidak menyangka ramai penulis berbakat didalam Dewan Besar ini.Pelbagai karya telah saya baca dan nilai bersama pensyarah-pensyarah yang lain.”

Semua pelajar sudah tidak sabar menanti keputusannya..
“Pemenang tempat ketiga bagi pertandingan ini adalah,dijemput Nur Nasrullah B.Hasyim naik keatas pentas….”

“Oh my god..babe,aku menang……..YA ALLAH…”keputusan itu cukup buat Nikki terkejut dan terasa seperti nak pengsan.Nikki menaiki pentas dengan pantas dan bertenaga. Bibirnya tak mampu berhenti tersenyum..

“Pemenang tempat kedua adalah,dijemput Andrian Farhan B. Khaeril..” Keputusan itu buat ramai terdiam.Aku turut terkejut dengan keputusan itu.Tidak aku sangka keputusan itu. Andy naik keatas pentas dengan cukup macho.Semua gadis tak henti-henti menjerit dan melaung nama Andy.Tak cukup dengan gadis-gadis,pelajar-pelajar semester satu turut menjerit-jerit nama Andy.Aku masih lagi menunggu untuk nama pemenang dimahkotakan.

“Ok..pemenang bagi pertandingan Penulisan Liriklagu dimenangi oleh,tak lain tak bukan, saya yang memilih karyanya,lansung tiada unsur-unsur kasihan ataupun sebarang rasuah,saya memilih karya ini sebagai pemenang.Pemenangnya adalah Ishaqiuna Bt. Haqiem.”

Terkejutnya aku ketika itu hanya tuhan saja yang tahu.Aku lansung tidak mengagak dengan keputusan itu.Aku bangun dengan perlahan.Aku lansung tak dapt mendengar apa-apa melainkan bunyi tepuk tangan dan jeritan-jeritan orang melaungkan namaku berulang kali.Aku naiki tangga,masih lagi tidak percaya dengan keputusan itu,dan menerima trofi pemberian Miss Fiona.Tepukan itu masih lagi tidak berhenti sehinggala aku mencapai mikrofon dan diminta memberi ucapan.Aku masih lagi tidak percaya dengan keputusan itu. Aku perasan Nikki turut teruja dan tidak berhenti senyum sehingga nampak seluruh giginya. Sesekali aku terlihat Andy turut tersenyum sambil memberikan tepukan kearahku. Aku balas saja senyuman itu.Entah apa lagi patut aku buat.

“Selamat petang semua..tiada apa saya nak ckp melainkan terima kasih dengan hadiah ini. Saya tahu ramai yang menginginkan kedudukan dimna saya bewrdiri sekarang.Sebenarnya, karya terbaik adalah daripada emosi dan perasaan yang anda semua letak didalam pembikinan karya ini.Anda semua adalah yang terbaik apabila anda berjaya mencipta satu karya.Pengalaman banyak membantu mencipta karya ini..”

Pagi begitu gelap..
Hujan tak juga reda..
Ku harus menyaksikan cintaku terenggut tak terselamatkan..

Inginku ulang hari
Inginku perbaiki..
Kau sangat kurindukan..
Beraninya kau pergi dan tak kembali..

Dimana letak syurga itu..
Biarku gantikan tempatmu denganku..
Adakah tanda syurga itu..
Biarku temukan untuk bersamamu..

Kubiarkan senyumku menari diudara..
Biar semua tahu..
Kematian tak mengakhiri…
Cinta..

Emosi aku cukup tidak stabil.Aku terus saja meninggalkan pentas menuju ketandas.Aku tak dapat menahan emosiku dan airmataku terus mengalir.Aku cuba bertenang dan mengesat airmataku.Aku keluar dari tandas dengan harapan semua orang tidak akan perasan dengan tangisan aku.Malangnya,tangisan aku menarik perhatian semua orang.Andy masih menunggu aku diluar toilet.Aku cuba untuk mengelak Andy namun dia tetap perasan aku keluar dari toilet itu..

“Qiuna..you ok..??” Andy memberikan aku tisu..
“Ok..sudahlah Andy..kita tak patut ada apa-apa..”
“Qiuna,I nak you pegang puisi I ni,baca…” Andy menyerahkan aku seakan-akan sepucuk surat dan meminta kau membacanya.Pada mulanya aku menolak,namun aku kuatkan semangat untuk membacanya..

Saatku lihat matamu..
Aku nampak sebabnya kenapa..
Nyawaku bernilai ribuan langit..

Kaulah cinta paling mudah aku kenali..
Dan juga yang paling suci..
Aku janji untuk tidak biar kau keseorangan..

Qiuna,
Punca aku mampu terbang..
Dan kerana kaulah..
Aku tak perlu bimbang..
Qiuna,
Punca nadiku berdegup..
Punca aku terus hidup..
Punca aku teruskan setiap nafas..

Airmataku lahir lagi dari anak mataku.Entah kenapa aku rasa terharu dengan puisi itu.Aku tak mampu memandang wajah Andy.Aku hanya mampu pandang kebumi dan menjatuhkan setiap airmtaku.
Andy tiba-tiba melutut dihadapanku dan mula memegang tanganku.

“Qiuna please..saya tak sanggup meneruskan hari-hari saya tanpa awak…” Andy seakan-akan memujuk..
“Andy,jangan buat saya macam ini..saya sayangkan awak..tapi sekadar sayang…tak lebih dari itu..”
“Izinkan saya mencintai awak…” Airmata Andy mula menitik.Itu kali pertama aku melihat Andy menangis.Sayu hatiku melihat wajahnya.Tapi aku tak mampu menintai dia.
“Tidak Andy..Maaf..cinta saya belum bersedia untuk awak..”
“Saya takkan henti mencintai awak sehingga awak terima saya dalam hidup awak..”
“Andy,awak baik..tak silap saya menyayangi awak..Awak perkara baik berlaku kepada saya..Saya sayang awak..Sayang sangat…tapi,sekadar sayang..saya tak mampu menerima cinta awak..”
“Saya tahu suatu hari nanti akan terbuka juga hati awak untuk menerima saya..”
“Apabila hari itu menjelma,saya akan pastikan awaklah lelaki yang akan menghabiskan setiap saat didalam hidup saya berbaloi..”
“Menghampakan awak adalah sama seperti menghampakan diri saya sendiri…”
“Saya sayang awak…”
“Saya cinta awak…”

Tanpa Kekasihku (Chapter 12)

“Qiuna,Nikki dgn Isaac kat bawah nie ha..” Pekikan mama itu aku dengar dengan jelas. Lalu aku nyahut dengan manja..
“Kejap!Kejap!..”

“Nikki dengan Isaac duduk dulu keh..?? Makcik buatkan air..Berdua jer ke..??” Puan Aminah menjemput kedua-dua kawan baik Qiuna itu untuk duduk.
“Berdua jer cik..Tak yah susah-susah la Mak Cik…fresh oren jer..” Nikki tersengih..
“Takya layan dia nie makcik..bg fresh epal jer…” Tergelak kedua-dua manusia itu.Puan Aminah pun turut tergelak dengan gelagat Nikki dan Isaac itu.
“Kamu sarapan sini jer yer..Mak Cik da masakkan Mee Goreng..Dah tau kamu semua nak datang..” Puan Aminah menambah offer.
“Okeh jer…” Nikki ketawa..

“Hoi..korang buli mak aku ye…” Qiuna yang menuruni anak tangga menegur gelagat teman-temannya itu..segera dia menuju kedapur dan membantu ibunya yang sedang menyediakan sarapan..
“kita nak bergerak pukul berapa ni..?” Isaac menyampuk..
“Kejap lah..lepas sarapan terus gerak…”Nikki menjawab..
“Guys…makan..” Qiuna ajak..
“Nanti kat Muzium kena bahagi kumpulan ker..?” Isaac tanya lagi..
“Kau ingat aku ni kaunter pertanyaan ke..??Jom makan…”

Perbualan itu terhenti disitu.Mereka menikmati makanan yang dimasak oleh Mama. Ternyata mereka memang sukakan masakan ibu kerana dua kali mereka menambah. Sesudah selesai kamipun gerak menuju ke Universiti.Perjalanan itu cukup menghiburkan kerana kami bertiga sangat happening.Aku cukup gembira.Kadang kala aku teringatkan kata-kata Kyra semalam.

Ketika kami sampai,bas kami sudahpun tiba tetapi semua pelajar masih lagi belum sampai.Ada yang masih lagi sedang menikmati sarapan mereka.Kami duduk dibangku dan masih menunggu waktu untuk menolak.Dari sini aku perasan Andy sedang duduk dibangku bersama Kyra.Andy cukup kacak hari ini dengan cermin mata hitamnya. Aku yang dari tadi perhatikan dia berjaya ditangkap oleh Nikki..

“Kau usha mamat tuh ekk..??” Nikki memberikan senyuman menyampahnya.
“Excuse me?Motif nak pandang dia.? Taklah..!”
“Nok aku tahu la..kau boleh tipu orang tapi aku da jadik kawan baik kau bertahun ok..”
“Fine..ok..so what aku pandang dia..”
“Qiuna,tak payah sembunyikan perasaan kau.Life must go on.If you think Andy is for you,go get him…Kau suka Andy?” Nikki mula serius..
Aku hanya diam..Tak pandangpun wajah Nikki.Aku lansung tidak menjawab pertanyaan itu.Dari sini aku perasan semua pelajar sudah mula masuk kedalam bas.Aku cuba mengelak pertanyaan Nikki itu dan mengajak mereka masuk kedalam bas.kadang-kadang aku teringat ayat Nikki tadi.

“Ok semua..tolong masuk cepat..we’re about to move now!..” Kasihan pula aku melihat Miss Fiona handle pelajar-pelajar semua seorang diri.Miss Fiona sememangnya seorang yang tekun.
“Qiuna,can you help me to call the rest..??” Aku yang baru sahaja mahu menjejakkan kaki memasuki bas terus diminta pertolongan dari Miss Fiona.Akupun tanpa memikir panjang terus mematikan langkahku dan terus menuju ke kafe.Aku perasan Andy dan Kyra masih lagi duduk disana.Entah apa yang ditunggu mereka.Aku terus saja menyuruh pelajar-pelajar lain yang masih menikmati breakfast untuk menyudahkan makanan mereka dengan cepat.Aku tanpa segan silu terus menuju kearah Andy dan Kyra.Menggeletar juga kaki aku ketika menuju kearah mereka.

“Hurm..guys,we’re about to go now..” Aku memberanikan diri menyuarakan pesanan Miss Fiona tadi.
Segera kedua-dua makhluk tuhan itu bangun didepan aku sambil memegang erat tangan masing-masing.Lalu ketika melalui aku, ”we’re getting engaged!” Ayat yang termuntah dari mulut Kyra itu buat aku tersentap dan terdiam.

“hope to see you on our engagement day..” Ayat itu ditambah lagi oleh Kyra.Hatiku seakan-akan ditoreh dengan pisau dan ditabur garam dan cili padi.Sesungguhnya aku memang kecil hati dengan situasi itu.

“Congratulations…” Itu sahaja perkataan yang mampu terkeluar dari mulutku.

Kenapa aku ni?Kenapa aku macam ni?

Fikiran aku bercelaru.Cemburupun ada.Adakah aku menyesal kerana menolak cinta Andy?
Andy yang dari tadi masih terdiam disebelah kyra terus saja mendiamkan diri.Aku tenung saja wajah Andy dalam-dalam.Walaupun Andy bercermin mata,tapi aku perasan matanya memandang tepat kearah anak mataku dengan pandangan yang kecewa bercampur sedih.Aku masih lagi tidak dapat menerima hakikat bahawa Andy akan selama-lamanya menjadi milik Kyra.

Kenapa aku nak sedih sedang aku sendiri yang menolak cinta Andy? Aku bodoh atau aku ego? Perasaan siapa yang aku cuba tipu ni?Perasaan aku sendiri?

Lalu mereka pun menuju ke bas.sememangnya petemuan kami bertiga seakan-akan dirancang.Seperti mereka sengaja menunggu aku untuk memberitahu tentang perkara itu.Tak semena-mena airmataku jatuh kepipi.

Tangisan apakah ini? Kecewa atau sedih? Kau ni bodoh la Qiuna..Andy milik orang.

Sememangnya lawatan ke Muzium itu cukup tidak menggembirakan aku dan buat aku hilang mood.Fikiran aku bercelaru dan tidak focus.Lawatan ini sepatutnya menjadi sesuatu yang seronok sebab banyak activiti kegemaran aku,tapi ianya tidak menjadi seperti yang aku harapkan.Walaupun aku melakukan semuanya dan kadang-kala aku tersenyum,tapi didalam hatiku,sememangnya sedang bercelaru.Aku lansung tidak menghayati keseronokan itu.Buat masa ini aku hanya mahu terperuk dibilik sambil dengar radio dan layan diri sendiri.Dari tadi aku sememangnya tak senang duduk lebih-lebih lagi apabila asyik terlihat Kyra dan Andy.Aku masih lagi duduk diam dibangku.Tunggu mereka menghabiskan aktiviti yang dari tadi sedang berlansung.Aku cuba menyorokkan perasaan kecewa aku agar tidak Nikki dan Isaac perasan.

“Qiuna,napa duduk sorang-sorang kat sini? Tak enjoy?” tiba-tiba Miss Fiona menegur aku dari belakang.Ternyata memang aku terkejut dengan teguran aku.
“Eh..takda la..” Aku jawab selamba.
“I know..muka you menunjukkan kan memang you ada kat sini,tapi fikiran you kat tempat lain.”
“I just don’t want to talk about it..” Aku cuba mengelak..
“Ok..hurm,so you miss him?” Pertanyaan Miss Fiona cukup buat aku tersentap.Siapa yang dimaksudkan oleh Miss Fionapun aku tak tahu.Takut nanti salah jawab malu pula.
“Siapa?” Aku mendapatkan kepastian.
“Who else?Yusof la..or you already got someone else?” Pertanyaan itu buat aku bertambah tak selesa.Perbincangan ini tak seharusnya ada diantara seorang pelajar dan pensyarahnya.Tapi aku rasa Miss Fiona agak baik orangnya.Jadi tak salah untuk aku berkongsi.Mungkin Miss Fiona seorang yang boleh diajak berbual..
“Nak kata rindu,Miss..Mestila..I keep thinking about him every single second.Miss tahu tak,the day dia meninggal dunia tu,kitorang baru saja habis kitorang punya romantic dinner..” Airmataku bergenang lagi apabila berborak tentang Yusof.Buat aku teringat detik-detik lalu..
“You have to be strong Qiuna.You are intelligent,smart and attractive girl.Masa depan you jauh lagi.Tuhan sayangkan dia.You kena redha dan terima semua ini..” Miss Fiona sememangnya seorang yang pakar apabila tiba hal-hal seperti ini.Aku cukup selesa berborak dengan Miss Fiona.
“You know what? Actually,ketiadaan Yusof buat I sunyi..You know the feeling right?”
“Ya..” Jawapan Miss Fiona itu walaupun singkat tapi cukup bermakna..rambut aku diusap manja oleh Miss Fiona.
“Kehilangan Yusof buat I jadi bodoh..I meletakkan perasaan saya pada seseorang yang bukan hak saya.”
“Tak salah untuk awak bercinta Qiuna.Sampai bila you have to be alone?”
“But,I masih cintakan Yusof..”
“It shows that you belum ready untuk membiarkan seseorang mencintai you..”
“Saya sudah mula sayangkan dia..”
“Sayang dan Cinta berbeza Qiuna..Awak kena faham.Sayang tak semestinya perlu bercinta.Kan?Maybe terlalu awal untuk awak ubah perasaan sayang itu kepada cinta”
“Kenapa awal sangat Yusof tinggalkan saya Miss?Tak kesian ker tuhan dengan saya?”
“You sedih buat Yusof sengsara lagi tau tak? You sedekahkan banyak-banyak Al-Fatihah kat dia.Moga-moga roh dia ditempatkan dengan orang-orang yang beriman..”
“Thanks Miss..” Badan Miss Fiona yang kurus itu aku peluk perlahan-lahan.Perbincangan ini cukup buat aku kurang rasa tertekan.Miss Fiona sememangnya seorang yang sangat membantu.Aku cukup suka dengan caranya memberikan nasihat.Sangat professional dan berpengalaman.

“Anyway,next week last submission untuk Lyrics Contest tuh tau..You dah hantar karya you,Qiuna?” Miss ingatkan aku kembali.Airmata kami yang dari tadi sudah setitik mengalir kami sapu habis dari pipi.
“Dah..this Thursday I send kat table you keh..?”
“Ok..tak sabar nak tengok lirik you.Mesti emotional kan?” Miss Fiona ketawa kecil.

Semua orang masih seronok meneruskan aktiviti.Mood aku sudah kembali selepas berborak bersama Miss Fiona.Tiada gunanya aku memikirkan tentang lelaki lain selain Yusof.Aku nekad,Yusof la lelaki terakhir yang akan membahagiakan aku dan mencintai aku.Betul kata Miss Fiona,terlalu awal untuk aku menempatkan seseorang lelaki sama taraf dengan Yusof.Kedudukan Yusof terlalu tinggi untuk orang lain capai.Aku cintakan Yusof,dan selamanya mencintaimu.

Bersambung..

Tanpa Kekasihku (Chapter 11)

“Hey,kau da siapkan lirik lagu tuh..??”
“Not yet..tinggal ending je..”


Pertandingan menulis liriklagu itu sudah tersebar keseluruh universiti..semua sedang sibuk mencipta karya masing-masing.Ada yang menggelar diri sendiri composer terkenal.Ada yang sudah menyiapkan karya dan mula menayangkan kepada rakan-rakan.Berbagai-bagai jenis lirik sudah aku dengar.Ada yang mencipta rock dan ada juga cuba untuk menjadi kretif dengan mencipta lagu dangdut.Tapi sudah semestinya aku meletakkan harapan tinggi kepada karya aku sendiri untuk menang.Karya yang aku cipta adalah berdasarkan kepada memori aku dengan Yusof.Sungguh aku serius dengan penulisan ini.

“You pergi mana semalam..??” Kyra menanya dengan suara perlahan.Cuba untuk menyorokkan perbualan agar lecturer tak perasan..
“No where..hangout dengan kawan-kawan lelaki i..” Andy cuba berdalih..Jawab dengan tenang..
“You boleh tipu orang but not me,Andy” Muka Kyra sudah naik benganag..
“Hey…chill..I cakap betul.I keluar dengan kawan…” Ternyata Andy memang tak pandai untuk menipu.
“Dear,I trust u..But,If I found out You keluar dengan perempuan lain,You know what I’m gonna do..??I’ll get her..” Kyra cuba untuk mengugut Andy.Andy hanya memandang saja wajah Kyra yang dari tadi mengganggunya untuk focus dengan kuliah..
“Shut up..I try to be focus here ok..??”
“You keluar dengan Qiuna kan..??” Kyra berusaha lagi untuk mengorek..masih tidak puas hati..
“ Mana ade..who told u that..??”
“Well,I call your mum yesterday.You told your mum,youu keluar dengan I kan.Well,siapa lagi yang I syak akan keluar dengan you kan..??” Muka Kyra sememangnya tengah bengang..
“I said it’s nobody okeh..i tak cakap pun dengan my mum yang nak keluar dengan you..She’s making up stories ok..?”
“Hey,relax la..kan I dah cakap I percaya kat you..Bukannye I nak serang Qiunapun…”
“I’m telling the truth..shut up and be focus…”
“Okeh…fine…”

Andy sudah mula tak senang duduk.Dia tahu Kyra jenis perempuan yang sanggup buat apa saja untuk mendapatkan something.Andy sayangkan Kyra.Tapi pada masa yang sama Andy tidak tahan apabila bersama Kyra.Bagi Andy,Kyra adalah seorang yang attractive,cantik dan intelligent tapi Andy tidak cintakan Kyra.Cuma sayangkan dia.

Sayang tak semestinya perlu bercinta.

Itulah prinsip Andy.Mereka telah dijodohkan bersama sejak disekolah rendah lagi.Andy tidak pernah cintakan Kyra.Andy hanya turutkan saja kerana ianya dalah pilihan keluarga.

Tak lama selepas Sir Samuel keluar,Miss Fiona pula masuk..Keadaan dikelas agak pelik ketika itu kerana hari ini tiada kuliah bersama Miss Fiona.Semua orang bingung ketika Miss Fiona masuk kedewan kuliah..

“Hye everybody..ok I bukan salah kelas and I know I tak ada kelas dengan you all today..I tak lama pun,just take a while..Just nak inform semua esok I nak bawak kelas nie pergi Muzium Negara.Ada event kat sana yang I nak you all semua pergi as a penonton.Don’t worry,I dah sediakan pengangkutan.No registration fee.Just berkumpul pukul 8 kat lobi ok..??kalau ada apa-apa soalan jumpa I personally.I nak cepat nie so jumpe I kat lecturers room ok..??”

Terus saja Miss Fiona beredar meninggalkan kelas.Ada beberapa pelajar yang mengekorinya keluar dari belakang.

“Hish..letihnya.Esok kena pergi Muzium pulak dah..”
“Biasalah tu..”

Satu kelas terkejut dengan berita itu.Ada yang excited dan ada juga yang mencebik muka.Mungkin mereka harus membatalkan temujanji masing-masing.Semua penuntut terus berasak-asak keluar dari dewan kuliah.Begitu juga aku dengan kawan-kawanku.

“You pergi kereta dulu..nanti I datang..nak pergi toilet kejap..tunggu I kat kereta ok?” Kyra menyerahkan bukunya kepada Andy..
“Ok..” Andy turutkan saja permintaan Kyra itu.Tak mahu lanjutkan pergaduhan lagi.

Dari jauh aku sudah perasan namaku dipanggil-panggil.Apabila aku toleh kebelakang,wanita itu menuju kearahku dengan muka yang marah bercampur geram bercampur meluat.Aku sudah dapat agak apa yang akan berlaku.Aku sememangnya tahu apa yang aku bakal dapat.Aku hanya diamkan diri saja sehingga Kyra berdiri betul-betul dihadapan aku..Tegak macam tiang bendera sambil tangan kirinya mencekak pinggang..

“Hye Qiuna..boleh I jumpe you sekejap..??sekejap jer…” Kyra memulakan pertanyaan.Walaupun suaranya perlahan tapi aku dapat rasakan kemeluatan didalam nadanya.
“Ha…kenapa yer..??” Aku cuba untuk menenangkan keadaan..
“Sekejap jer…kat tepi sana..” Senyuman palsu itu aku cukup faham maksudnya..
“Kejap ek…arr,Nikki,Isaac,korang tunggu aku kat kafe la…ok..??” Aku bukan cuba untuk menghalau tapi takut keadaan jadik lebih keruh jika ada orang lain masuk campur. Better kalau kami saja menyelesaikan salah faham berdua..
Nikki dan Isaac tidak banyak bertanya.Mereka ikutkan saja dan terus beredar.Sekali sekali Nikki ternampak Kyra menjeling kearahnya,Nikki pula membalas jelingannya itu dengan muka yang penuh meluat..

“Yes..??” aku harap sangat perbincangan ini cepat berakhir..
“well I nak tanya siket kat you..you jawab jujur la yeh..??”
“Hah..??ok..tanye ape..??” Walaupun badan Kyra tidaklah sebesar bonzer KL atau ahli gusti tapi pertanyaan kyra itu cukup buat perut aku rasa tak sedap.Seperti ada letusan gunung berapi berada didalam perutku dan sedang bergerak kearah kepalaku..
“Actually,Andy dah bagitahu I segalanya..”
“What..?” Aku bingung..terkejut!
“About you guys keluar bersama malam tadi…” Nada Kyra naik sedikit..
“Sorry??” Aku buat seperti tiada apa berlaku.Cuba berlagak tenang.Aku cuba sehabis baik untuk cover perjumpaan kami malam tadi..
“hah…..get over yourself..Tak payah la coverline cemerlang dengan I..I dah tahu…”
“Tahu apa..??” Aku dah mula cuak.Tuhan jer yang tahu perasaan aku ketika itu..
“Look..I serius nie..you actually ada hati dengan Andy kan..??” Nada itu walaupun kelihatan jelik tapi ada sesuatu yang jujur tentangnya..
“Apa you cakap nie..??” Aku cuba untuk memastikan maksud Kyra itu..
“Macam ni lah Qiuna,Tak payah nak meleretkan cerita..I sayangkan Andy ok..??” Ayat Kyra itu aku dengar dengan jelas.Mungkin aku yang patut dipersalahkan dalam hal ini.
“I faham..Kyra,sorry kalau I ada sakitkan hati you..”
“I tak habis lagi….” Kyra sambung..
“Hah..?” Aku bingung….
“I memang sayang Andy..Even I sanggup buat apa saja untuk pastikan I sentiasa ada tempat dihati Andy..Lihat Andy gembira,cukup buat I gembira..tiada apa lagi yang I mahu lihat didunia jika saya lihat senyuman Andy..He is my everything..”

Ayat Kyra terhenti disitu.Aku perasan airmata sudah bergenang di matanya.Aku cuba untuk tidak berkata apa.Takut akan mengeruhkan keadaan.Aku cuba memegang bahunya dan tenung wajahnya yang dari tadi cuba mengelak dariku.Cuba untuk menyembunyikan sedihnya mungkin.

“Kyra,you ok..??” Aku tak tahu apa lagi untuk aku lakukan..
“Qiuna,you dengar sini..Jika you la orangnya yang buat Andy happy,tersengih sorang-sorang dan yang paling penting,orang yang dia sayang,I rela lepaskan Andy.Tak guna I bertepuk sebelah tangan..Satu-satunya yang akan membahagiakan hidup I adalah melihat Andy bahagia dengan teman hidup dia..” Tanganku yang digenggam Kyra dari tadi dilepaskan perlahan-lahan.
“Kyra…” Aku tergamam.Aku betul-betul tak tahu apa yang perlu aku lakukan.
“I want you to know that Andy betul-betul sayang kat you..I tak pernah tengok dia se’happy’ sekarang seumur hidup I..”

Beep!Beep!
Telefon bimbit Kyra berbunyi.Aku cuba mengintai.Aku perasan mesej itu adalah dari Andy.Aku diamkan saja.Tidak mahu menanya.

“I pergi dulu..” Terus saja Kyra pergi.Sesekali Kyra menoleh kebelakang dengan pandangan yang bercampur baur.Aku hanya diam saja.Sehingga Kyra hilang dari pandangan.

Aku betul-betul buntu dengan apa yang terjadi.Apa yang ada didalam hatiku..? AKu sendiri tak dapat jelaskan.

“You pergi mana..??Lama betul…” Pertanyaan Andy itu lansung tidak dijawab oleh Kyra.Kyra cuba untuk mengelak dari menangis dihadapan Andy.Kyra mencuba sehabis baik agar Andy tidak perasan yang dia sedang menyembunyikan perasaannya.Wajahnya disembunyikan disebalik rambutnya yang panjang itu.

Andy lansung tidak perasan.Dipandu saja kereta itu menuju kerumah Kyra.

“You lapar..??nak makan dulu..??” Andy cuba bertanya dengan nada yang baik.
“It’s okeh..I nak terus balik..” Jawapan itu jarang didengar oleh Andy. Selalunya Kyra yang paling rajin merayap.Tetapi hari ini perangainya lain.Andy perasan perangai Kyra berubah selepas soalan yang ditanya kepada Andy siang tadi di dewan kuliah.Andy ikutkan saja kemahuan sepupunya itu.
“You ok..?? nak pergi klinik?? Macam tak sehat je..” Andy cuba mengambil hati Kyra..
“I said I’m fine..I nak balik…” nada Kyra mula naik..
“hey babe..Jangan macam nie..what’s up?” Andy mula mengorek.Ternyata Andy sememangnya perasan dengan airmata Kyra yang sedang mengalir walaupun Kyra sudah menutupinya dengan rambut..
“Ok…This is totally not ok….kenapa ni nangis-nangis ni..??” Andy memujuk dengan mengusap rambut Kyra yang sudah basah lencun dengan airmata.Kyra masih terdiam.
Andy menghentikan kereta ditepi jalan dan mula memujuk Kyra.
“Please babe..tell me what’s wrong..??”Andy cuba sehabis baik mula memujuk Kyra..
“Nothin…just drive ok..??I da penat duduk dalam kereta ni..” Kyra sudah mula naik darah.
“Not until you tell me what happen…” Andy mendesak..
“Fine…you want to know why..?? It’s because of you……Loving you hurts me a lot! I tak tahu kenapa I sayang u sangat-sangat even though I sendiri tahu yang you tak ada perasaan sayang lansung kat I..I feel like an idiot..berharap kat cinta yang sememangnya tak akan datang kat I..I try so hard to make u love me but every single thing I do seems like not enough for u..What else am I supposed to do..?? kill myself to get your attention..??”
Kyra pandang tepat kearah anak mata Andy..Ternyata Andy buntu dan terdiam.Andy tidak pernah menyangka Kyra akan sungguh dalam mencintainya..
“Kyra,I….”Andy terdiam..
“What..??” Kyra mendesak..
“I…”
“what..??Qiuna is it..??”
“No..Kyra, I love you….let’s get engaged!”
Jawapan itu buat Kyra terdiam.Terkejut benar dengan jawapan itu.Kyra tidak menyangka Andy akan berbuat demikian.Saat itu adalah saat yang paling menggembirakan didalam hidup Kyra.Terasa seperti segala impiannya telah dicapai..Segera dipeluk Andy erat-erat dan mengucup pipinya.Kali ini airmatanya mengalir lebih ikhlas.Terasa dirinya benar-benar dicintai.

Manakala bagi Andy,walaupun perit untuk mengucapkannya,mungkin ini adalah jalan yang terbaik untuk Andy tidak melukakan hati Kyra.Walaupun hatinya kuat menyintai Qiuna,namun Andy membiarkan saja dirinya dicintai oleh wanita lain.Andy cintakan Qiuna dan pilihannya untuk memilih Kyra adalah lansung tidak diduga..

Sesudah tiba dipintu hadapan,dengan pantas Kyra keluar dari pintu kereta dan menuju masuk kerumah.Ucapan selamat tinggal Andy dijawabnya dengan manja..Andy sudah mula tak boleh duduk diam dikerusi.Didalam pikirannya bercampur baur...

Betulkah apa yang aku lakukan ini..??Apalah silap aku..

Bersambung..

Tanpa Kekasihku (Chapter 10)

“Qiuna,mama nak keluar dengan papa keh..kalau lapar makanan ada kat dapur..” Laungan mama dari luar pintu bilikku itu cukup jelas dan aku faham..
“Ok..don’t naughty-naughty keh..” Aku membalas dari dalam.Sekali sekala aku terdengar papa ketawa kecil.Mungkin kerana terdengar lawak aku tadi.Aku terus saja menelaah buku yang dari tadi aku sedang baca.Ternyata malam ini memang sangat membosankan, lebih-lebih lagi mama dan papa nak keluar dan meninggalkan aku seorang dirumah Bertambah bosan lagi bila aku sorang jer anak kat rumah nie..Segera aku tenung telefon bimbit yang dari tadi berada didepanku dan tidak berbunyi itu dan aku mula taip perlahan-lahan..

Qiuna [Babe,uols kat mana..??]

Aku menghantar mesej itu kepada Nikki dan Isaac.Tak sampai 40 saat,Isaac pun balas..

Isaac [Babe,wat’s up?? Aku tgh date nie..haha..]

Aku malas untuk mengganggu Isaac.Jadi aku biarkan saja mesej itu tidak berbalas.Aku tunggu saja Nikki pula untuk membalas.Tapi 20 minit penungguan itu cukup mengecewakan kerana Nikki malas untuk keluar.Aku maintain saja diatas kerusi..

Ah…tidurlah!!

Terus saja aku melompat keatas katilku yang empuk dan aku mula menggodeh telefon. Dengan harapan sesiapa akan berchatting dengan aku malam nie.Tiba-tiba mataku seperti didodoi.Aku mula ngantok dan mangambil keputusan untuk tidur walaupun jam di dinding baru menunjukkan pukul 8.30.Teddy bear yang berada ditepi bantal aku peluk kuat-kuat.Telefon bimbit aku letak diatas meja.

Beep!Beep!

Aku terkejut

Sape call nie..??

Segera aku capai telefon bimbitku diatas meja dan aku teliti nama yang berada diskrin.Pada mulanya aku agak was-was dengan nama itu.Namun pada deringan yang kelima aku angkat juga panggilan itu..

“Hello..??” Aku menjawab manja..
“Hello…awak kat mane..??”

Suara itu memang benar suara dia.Cukup gentleman.Hilang terus ngantok aku.Aku cuba untuk menjual mahal..

“Siapa nie..??kat rumah..” Sedangkan aku tahu memang dia yang telefon kerana kami bertukar nombor pagi atas sebab assignment..

“Andy la wak..” Dia menjelaskan..
“Hah…yer Andy?? Kenapa..?” Aku buat suara seakan-akan mengantuk dan membuat dia rasa bersalah kerana mengganggu aku tidur..
“Alar..Awak dah tidur ker..?? Saya….”
“Saya??saya apa..??”
“Saya laparlah…”
“Lapar..??” aku bingung sekejap..
“Aah..lapar…jom??Teman saya makan..??” Ajakan dia itu pada mulanya aku menganggap gurauan.
“Gila ker..??”
“Apanya..?cepat siap…saya kat luar rumah awak nie..”
“Hah…???” terkejut beruk aku dibuatnya..Segera aku mengjenguk keluar tingkap dan apa yang dikatakan Andy memang benar belaka.Kereta sports putihnya parking diluar rumahku.Dia memang sedang menunggu aku diluar rumah.Andy sedang berdiri ditepi keretanya.Lalu dilambainya tangan kearahku.Akupun membalas lambaiannya..

Dia ni memang gila…

Aku pada mulanya ingin menolak,tetapi rasa kasihan pun ada..
“Kenapa tak tanya awal-awal..??da sampai baru tanya..”
“nanti awak tolak..so saya ambik keputusan untuk datang dulu then baru tanya..” Ketawa kecil Andy memang comel.Tidak disangkal lagi..
“Kejap..20 minit…” Aku meletak telefon dan mula menyarung baju yang ada dan memakai makeup ala kadar.Memang aku lansung tak sangka yang aku akan keluar dengan Andy malam ini.Kalaulah aku keluar dengan Nikki tadi,mahu dia tunggu seorang kat luar rumah tuh…

Andy menjemput aku masuk kedalam keretanya.Aku cuba berlagak biasa.Maintain cun.

“Cantiknya…” Suara Andy yang seakan-akan berbisik itu mampu aku dengar.Namun aku saja berpura-pura seperti tidak dengar..
“Hah..??apa??” Aku berpura-pura tanya lagi..
“Haa..?takdela…takde ape-ape..” Terus saja Andy menghidupkan enjin dan memulakan perjalanan kami.

“Awak suka hadiah birthday yang saya bagi??”
“Yang mana ek? Awak bagi ker..?takda nama awak pun..”
“Teddy Bear warna coklat..”
“Owh..awak ker si penghantarnya?Comel..suka sangat…” Aku tersengih..
Andy pun tersengih!
“Kita nak makan kat mane..??” Aku cuba untuk memulakan perbualan..
“Hurm..stik bleh..??Saya tau ada satu tempat nie stik dia sedap..So harap awak suke..”
“Fine by me..”

Aku agak mengantuk didalam kereta.Tapi aku kuatkan semangat untuk tidak tertidur.Perjalan 20 minit itu agak mendebarkan.Kami sampai direstoran stik itu.
Aku extremely terkejut dengan restoran itu.Ia adalah restoran kegemaran aku dan kali terakhir aku berdating dengan Yusof.Ianya restoran yang selalu aku pergi dengan Yusof.Peliknya,bagaimana Andy tahu tentang restoran ini..??

“Saya lupa nak tanya..macamana awak taw rumah saya..??” Aku terlupa pula untuk bertanya didalam kereta tadi.Andy masih diam dan kami terus mengambil tempat duduk.Juga dimeja terakhir aku dengan Yusof duduk.
“Qiuna,you are the most popular girl kat kolej..tak mungkin orang tak tau rumah awak..”
“Pandai-pandai jer awak nie..ok,Saya serius..how u know this is my favourite place??”
“I don’t know..this is the second time I come here..”Wajah Andy sangat menyakinkan.

Aku diamkan saja dan mula membuat tempahan makanan.Samada ia sememangnya kebetulan ataupun Andy adalah kembar Yusof,dia order makanan yang sama Yusof order.Aku dapt merasakan kejadian itu berulang kembali.Seperti dejavu.Cuma orangnya saja yang berbeza.Dari makanan ke air,cara pegangan sudu dan garfu juga menyerupai Yusof.Samada aku sudah gila atau kebetulan yang sangat kebetulan.Aku cuba bertenang. Nikmati makanan itu.Sekali sekala wajahku terus memerhatikan Andy.Kadang kala renungan aku berjaya ditangkap Andy dan dia hanya membalas senyuman nakal kepada aku.

“Why u doing all this..?” Aku cuba memulakan perbualan yang dari tadi senyap seribu bahasa..
“Mak saya cakap,tengah makan jangan bercakap..” Andy tergelak kecil..tapi aku pula yang nak start naik angin..
“Please Andy..Saya serious..”
Andy terus memandang tepat keanak mataku.Sudu dan garfunya diletakkan kebawah diatas pinggan.Aku tergamam.Warna matanya memang lain dari biasa.Seakan-akan coklat keemas-emasan.Aku masih menanti jawapan.Andy hanya diam..

Akhirnya Andy bersuara..

“Fine,actually saya memang nak ajak awak keluar makan since the first time saya jumpe awak lagi.Pada saya awak sememangnya seorang yang sangat istimewa.Awak berbeza dari gadis-gadis lain yang pernah saya kenal..”

Aku hanya tergamam dengan jawapan itu.

Speechless..

Aku hanya memandang tepat kearah Andy.Aku terus saja mendengar.Andy menyambung ayatnya..

“Saya sudah lama memerhatikan awak.Setiap kali mendengar suara awak,seakan-akan memberi nafas kepada saya untuk terus hidup..Wajah awak,pembawakan awak dan semua cara awak buat saya gila.Awaklah wanita yang buat saya tak boleh duduk diam.Awak punca jantung saya terus berdegup..awaklah nadi sya.Qiuna,I love u…”

Aku tergamam lagi.kali ini beserta airmata.Aku hanya mampu memandang Andy.Terdiam.

“Andy,sorry..…I can’t do this..” Aku cuba untuk berganjak sikit dari situasi itu..
“Saya tahu apa yang awak tengah hadapi sekarang.. biarkan saya dakap tangan awak.. hadapi saat-saat sukar bersama awak..”
“Awak tak faham apa yang saya lalui..”
“Please..letakkan saya disudut hati awak…walaupun dihujung-hujung..’
“Jika ada tempat untuk awak,saya pasti bari awak peluang..tapi,tiada! Hati saya hanya untuk Yusof..” Aku cuba tegaskan.Ini bukan masanya lagi untuk aku bercinta lagi..cukup sengsara aku dengan cinta..
“Yusof?dia sudah tiada Qiuna..awak kena terima hakikat..”
“Dia mungkin tiada didunia,tapi dia sentiasa ada dihati saya..”
“Tapi sampai bila..?sampai bila baru awak boleh terima saya..??”
“Sehingga tiba waktunya..” Andy memandang tepat kearah anak mataku.

Kecewa!

Frustrated mungkin..

Perbualan tergantung..Kami masing-masing terdiam dan nikmati saja makanan tadi.Kami tidak bercakap sehingga Andy hantar aku balik.Walaupun sampai dihadapan rumahku,ternyata Andy terus saja menyepikan diri.Aku cuba untuk bercakap tapi takut mengeruhkan keadaan.Jadi aku pun ikutkan saja caranya.Senyap.Andy terus membukakan pintu keretaku dan apabila aku keluar dari kereta,laju saja Andy menuju semula kedalam kereta dan terus beredar pergi.Buntu aku dibuatnya.Tanpa ucapan selamat tinggal.Mungkinkah dia marah dengan aku?Tapi soal hati tidak boleh dipaksa-paksa,Mungkin aku terlalu kasar..??Diakan lelaki,mesti dia boleh terima punya.

Segera aku keluarkan telefon bimbit dan aku taip mesej menyatakan terima kasih kepada Andy.

Qiuna [Thanx Andy for the dinner..gud nite..]

Aku tak mengharapkan Andy untuk membalas mesej itu.Mungkin dia sedang marah.Jadi aku biarkan saja kemarahannya reda dahulu.

Beep!Beep!

Andy [Gudnite..jgn tido lambat2..]

Aku tersengih melihat mesej itu..Terus saja aku tuju kebilik.Mama dan papa masih lagi belum pulang.Aku salin baju dan menjatuhkan tubuh kecilku kekatil.Letih.Bila sudah kenyang mesti ngantuk.Sebelum aku tidur,teringat pula tentang pertandingan liriklagu itu.Next week dan kena hantar.Kebetulan kertas yang aku tulis pagi semalam masih berada diatas meja.Segera aku capai dan sambung menulis.


Bersambung..

Tanpa Kekasihku (Chapter 9)

Aku rasa sudah seminggu aku tak kekolej..Mataku masih lebam..kadang-kadang aku menangis sendiri kat bilik..lagi memedihkan bila aku terjaga dan aku melihat ditelefon bimbit tiadapun nama Yusof yang menghantar mesej atau telefon..Lagi bertambah pedih bila aku menaip mesej dan cuba untuk menghantar kepada Yusof.Aku seakan-akan melawan takdir tuhan.Aku masih lagi tak dpt menerima hakikat bahawa Yusof selama-lamanya telah meninggalkan aku..

“Qiuna,Nikki dgn Isaac datang tu….turun sayang..!!” Tiba-tiba suara mama kedengaran dari luar pintu bilikku yang berkunci.Ketika ini aku memang tak mahu diganggu.Tapi sampai bila?Sampai bila aku nk tangisi pemergian orang??
Mungkin betul kata mama,tuhan lebih sayangkan Yusof.Tangisan aku akan buatkan Yusof lebih terseksa lagi..

“Nok..keluarlah…kesian kitorang kat luar nie…..” Kedengaran suara Nikki pula diluar bilik..

“Takyah sedih-sedih la…jom keluar..??” Suara Isaac seakan-akan cuba memujuk aku yang dari tadi degil untuk membuka pintu..Ketika inilah aku tau yang aku betul-betul memerlukan mereka untuk menghilangkan segala kesedihan.Akupun membuka pintu dengan perlahan dan Nikki dan Isaac sedang tercegat didepan pintu bilikku.Sebaik aku melihat aku cuba untuk menahan airmataku dari mengalir lagi.Setakat setitik dua airmata yang mengalir membasahi pipi.Nikki pula tak semena-mena turut mengalirkan airmata.

“Kau OK ker nok..??Jangan la sedih-sedih…Sedih aku tengok kau ni……” Nikki cuba memujuk aku…

Kami berborak diruang tamu dan tangisan pun sudah reda.Aku cuba untuk tidak memikirkan kesedihan ini.Isaac dan nikki sememangnya pendengar yang setia.Nasib baik aku ada kawan seperti mereka.

“So how’s college..??” Aku cuba membuka topic..

“well…berita Yusof meninggal dunia memang dah sah-sah tersebar…”

“Ye..??” Qiuna tak terkejut kerana dia tahu jika di kolej,berita sentiasa cepat tersebar..

“Hurm….lain-lain tu fahamlah kenapa kau tak dtg kelas….”

“Lecturer..??”Aku cuba menanya..

“Aku da settle…” Nikki tambah..

“Thanx guys….thank you…aku betul-betul tak boleh focus sekarang nie..masih terngiang-ngiang nama dia dalam kepala otak aku nie..”

“takpe..kitaorang paham..”

“Rasa macam baru semalam kitorng pergi dinner…..He’s so romantic..”Suara aku mula sebak…
“Sudah!sudah! Jangan nangis lagi la…You look messed! Jom keluar..” Nikki cuba menceriakan keadaan…”
“No mood la babe..” Aku cuba menolak…
“Sampai bila takda mood..??You need to have some fun…aku rasa kalau Yusof boleh dengar nie,die pun harap ko teruskan hidup ko” Isaac pula cuba memujuk…

Aku tau walaupun masa-masa begini tidak sesuai untuk aku bergembira,namun aku perlu untuk aku tidak bersedih dan meratapi pemergian Yusof.
“Ok…aku bersiap kejap…”
“Macam tuh la….””Eh…kejap-kejap…yang discussion last week tuh.??”Aku cuba bertanya..
“Owh..tu kerja group…”Nikki menjawab..
“Group..??’Aku cuba memastikan..
“Yes…2 orang satu group…tapi Prof yang pilih..”Isaac menjelaskan lebih lanjut…
“So aku dengan…???” Aku lagi rasa penuh ingin tahu…..
“Hurm….” Nikki dan Isaac memandang antara satu sama lain….
“Siapa??” Aku lagi meluak-luak untuk tahu..
“Andy……”
Aku tak berkata apa.Terus saja aku naik keatas dan menukar baju dan bersiap-siap.Aku tak dapat berpikir panjang ketika ini.Buat masa ini aku hanya memerlukan 2 orang bestfriends aku ni je..

Kami bertolak ke Sungai Wang.Nikki mahu main kasut roda.Tapi ternyata walaupun aku cuba untuk berseronok tapi hati aku seakan tidak membenarkan.Aku cuba sehabis baik untuk melupakan Yusof dan membuat muka riang dan membiarkan cinta kami sekadar memori bahagia.Sedang aku melayari detik-detik bersama Yusof,tiba-tiba aku teringat kepada Andy.

Kau nie bodoh la Qiuna..

Yusof baru je meninggal dunia..

Aku memang tak berperikemanusiaa…

Tapi takkan aku nak meratapi pemergiannya Yusof selama-lamnya..??Lifes must go on..

Yusof cintakan kau,Qiuna..

Macam-macam bermain didalam fikiran aku ketika ini.Penuh! Macam nak meletop..Aku tak tau apa yang aku harus lakukan seterusnya.Maksud aku selepas ini.Ktiadaan Yusof akan buatkan hari-hari aku akan menjadi janggal dikolej.Yusof adalah rutin harianku.

“hey,betul tak nak join..??Jom la…best!” Nikki cuba mengajak..
“Taknak la..tak pandai main…”Aku cuba mengelak…
“Ala…boleh ajar…jum la..”Isaac memujuk..
“Later keh..Later…”Aku cuba mengelak lagi…
“Fine….tapi mesti main tau…menyesal tak main…membazir RM16..”

Aku masih lagi terfikir-fikir tentang kisah cinta aku nie..Yang aku tak faham sekarang,kenapa tuhan tarik nyawa Yusof pada ketika kami betul-betul sedang dilamun cinta.Tuhan benar-benar mencabar diriku.Kadang-kadang aku terfikir kenapa tuhan tak menarik nyawa aku saja dan bukan nyawa Yusof.Tuhan suka buat aku menderita!Melampaukah aku menuduh tuhan sebegini rupa.Aku rasa lagi banyak aku fikir lagi gila jadinya.Jadi buat masanya ni better aku main rollerblade dengan 2 ekor tu..

Pagi isnin itu aku bangun awal dari biasa.Malah 3 jam lebih awal.Aku sudah bersedia untuk kekelas dan mulakan Qiuna yang baru.Pagi itu aku mandi awal dan bersiap awal. Even breakfast pun aku yang sediakan.Rasa “baru” la pula.Macam baru menang Akademi Fantasia.

“Good Morning Mama..” Aku menyapa mama yang baru terjaga dan sedang menuruni anak tangga.
“Good Morning sayang…….waa…sedapnye bau…” Mama memuji masakanku..
“Hehe…makan jom..Papa mana..??”Aku bertanya..
“Tidur lagi..Dia cuti hari ini..”
“Owh…ok….so kita breakfast 2 orang jer la ok..” Aku senyum..
“Ok…Qiuna sayang,kamu ok ke nie..?” Mama bertanya dengan penuh kasih sayang..
“Yes,I’m feeling great..Life must go on..” Aku senyum dan memeluk mama.

Pagi itu berjalan agak lancar.Yang penting no “morning tears”.Nikki pun ambil aku awal hari ni,seakan-akan tahu jer yang aku awal hari.Kami bergerak ke kolej dan ternyata kami antara orang yang terawal sekali datang.Kami terus saja kedewan kuliah dan didalamnya sudah terisi beberapa student.Kami terus saja mengambil tempat duduk.Ternyata aku memang rindu kat kelas nie.

Ternyata semua yang masuk kedewan kuliah seakan-akan terkejut melihat wajahku.Aku cuba maintain cun dan berlakon seperti tiada apa-apa yang berlaku.walaupun aku tak nampak tapi aku pasti semua student sibuk memerhatikan aku.Tapi aku cukup yakin pagi ni sebab aku pakai make-up estee lauder.Confident tinggi bak kata orang.

“Apa pandang-pandang ni.??” Terkejut aku dengan tindakan Nikki sound student didalam dewan kuliah itu.Aku hanya tersengih.

Walaupun aku meluat melihat segelintir student didalam dewan itu namun jauh disudut hati aku,aku rindukan suasana didewan kuliah.

Bertenang Qiuna,u can do this.

Dari tempat duduk aku perasan Andy dan Kyra masuk..Dari riak muka Andy ketika terpandang aku didewan kuliah ternyata dia seakan-akan terkejut.dia terus memandang aku dan aku juga memandang dia sehingga dia mencapai tempat duduknya yang paling atas..

Profesor Ramli masuk agak awal hari ini.Mungkin moodnya baik.

“Halu everybody..ramai student pagi ni..Selalu kelas I hari isnin banyak yang ponteng..bagus-bagus semua..Ok today I have an announcement to make tapi at the end of the class I bagitaw ok??..now we start our klas ya…..eh,wait a minute,I can see Miss Qiuna over there…..halo..???”

“Halo..!!” Aku tersengih dan membalas lambaian Prof itu..Prof Ramli memang baik dengan aku.Ini kerana papaku dan Prof Ramli dahulu rakan sekolah..So dia agak baik dengan aku dan family aku..

Kelas berjalan seperti biasa.Ternyata agak banyak pelajaran yang aku ketinggalan.Namun aku cuba untuk bertanya kepada Isaac dan Nikki.Terrnyata mereka faham dan cuba membantu aku.

Masa seakan-akan cepat berlalu..Aku cepat tangkap dengan apa yang Prof ajar..sekali-sekala dia cuba bertanya kepada aku supaya aku faham dengan segala yang diajarnya

“Alright class,so I ada ckp tadi nak buat announcement kan..??hurm,actually Kelab Remaja ada anjurkan pertandingan menulis lirik lagu bagi projek baru mereka.So I harap kamu semua dapat join ek..I taw budak-budak kelas nie semuanya bagus..Boleh??

“Macamana tu sir..??” Nikki sibuk bertanya..Seakan-akan berminat..
“Ok..well,lirik lagu punya tema bebas..love,indipendant or whatever,can be any language except Chinese,tamil or arab..But no discrimination or lucah-lucah please.. ade 3 winners jer..Next two weeks dia punya last day..So semua karya send kat table I or u can send to Prof Fiona ok..??”

Ternyata semua kelas seakan-akan faham dengan penerangan Sir itu.Aku berminat dengan pertandingan itu.Idea sudah mencurah-curah masuk kedalam kepala aku.Terrnyata ini masa yang sangat sesuai untuk aku meluahkan isi hatiku yang sedang sengsara ini..

Sekejap lagi Prof Azim pula masuk..Sementara menunggu Prof masuk aku segera mengeluarkan kertas dan tuliskan segala yang bermain diminda aku sebelum aku terlupa dan kehilangan semua idea itu..

“Qiuna,aku nak tulis lirik lagu macam lagu Britney Spears,If You Seek Amy tu boleh tak..??” Nikki tergelak sedikit..walaupun aku cuba tahan gelak tapi cubaan aku tak berjaya.Aku tersengih jugak akhirnya..
“Tak boleh lucah ok..??remember..??”
“Kau tulis apa tuh..??”Nikki cuba mengintai lirik aku..
“Hepp…..rahsia!”
“Alorh..ngadew!” Nikki mula mengada nak merajuk…

Prof Azim masuk kedewan kuliah.Entah kenapa semua lecturer masuk awal hari ini..
“Ok guys,saya taknak buang masa…get into your pairs now..”

Aku agak terkejut dengan arahan itu.Aku buat-buat tak faham tapi aku tahu pasangan aku untuk projek ini..

Andy memandang aku dan menunjukkan signal untuk mengambil tempat duduk dibelakang.Aku ikutkan saja kerana ini perbincangan pertama kami..Aku cuba berlagak normal dan bergerak menaiki anak tangga ketempat duduk atas.Aku terus saja duduk disebelah Andy.Dia memberikan senyuman nakal kepada aku..Aku cuba tenangkan kepala otak aku.Sekali sekala aku terpandang Nikki yang digandingkan dengan Kyra.Aku memberikan muka terkejut kepada Nikki dengan mata terbeliak.Nikki yang memandang aku memberikan muka menyampahnya yang sangat lucu dan memuatkan aku tergelak sedikit..

“Kenapa..??”
Tiba-tiba Andy bersuara dan bertanya kepada aku.tetapi matanya masih memandang buku nota didepannya..lansung tidak memandang wajah aku.Terus saja aku mebalas..

“hah..??kenapa..??apa yang kenapa..?”Aku cuba pastikan..
“Kenapa tergelak..?” Kali ini dia cuba menghalakan pndangan tepat kearah anak mataku..
“Owh…takda…Nikki…takda apa-apa la..”
Aku cukup rasa janggal dengan Andy..kerana tiada topic untuk dibualkan lansung..Pasangan lain semua sudahpun memulakan perbincangan.Hanya kami saja yang masih terus terdiam.Aku cuba berharap agar cepat kelas ini tamat kerana aku sudah rasa cukup kekok.

“Hurm..u ok..??” Andy bertanya lagi..kali ini dengan nada yang cukup serius..
“Hah..??ok je…kenapa pula?…”Aku cuba bertanya kembali..
“I know what happen to you..If anything I can do to help you,I will do!” Ayat Andy itu cukup ikhlas..Entah dari mana datangnya perasaan ini namun diceruk hati aku ada tempat untuk membiarkan Andy membantu aku.
“Well,u can actually…”
“how..??”
“Tolong I siapkan assignment nie…hahahahahahah….” Aku tergelak sedikit..terasa seperti mempergunakan Andy pun ada..Andy tersengih sendiri sambil terus memerhatikan wajah aku.
“U senyum manis…”
Aku cuba mengalihkan pandangan dari wajah Andy..walaupun wajahku berhenti senyum,namun hatiku terus tersengih.Aku hanya mengarahkan Andy untuk menerangkan projek ini.Penerangan Andy sangat bagus dan aku terus faham akan discussion ini.Segala teks telahpun disediakan oleh Andy.Kami sekan-akan sudah selesa dengan diri masing-masing.Andy adalah seorang yang bagus dan sangat ‘terperinci’.Namun ada sesuatu tentang Andy yang buat aku merasa sangat curious,tapi tak tahu apa yang aku sendiri ingin tahu.Macam pelik kan??Mungkin kami masih tidak mengenal hati budi masing-masing.Ternyata cara percakapan Andy sangat ‘cool’ dan berbudi.Kami menjadi mesra walaupun baru satu jam kami berbincang. Andy telah pun membahagikan bahagian-bahagian aku yang telah disiapkan.Aku hanya tinggal untuk menghafal dan bersedia untuk presentation next week.

Ketika kelas tamat,kami bertukar-tukar nombor bagi memastikan jika ada apa-apa pertanyaan kami akan berhubung sesama sendiri..Aku telah ingatkan Andy awal-awal lagi.No personal..Ternyata Andy seakan-akan tidak mahu mendengar arahan aku yang itu.Dia hanya memberikan aku pandangan nakal dan terus beredar bersama Kyra.Aku hanya mampu memndang mereka dengan terpinga-pinga.

“Wah…bukan main mesra lagi tadi..” Kyra seakan memerli Andy sebelum masuk kedalam kereta..
“Kyra,it’s just a discussion..chill out…”
“We’re fiancĂ© ok..! I deserve to get jelous”
“well..we’re not officially engage yet ok..??”
“What are you trying to say Andy..??”
“Hey..I dengan you atas permintaan family ok..I always anggap you as my cousin je..”
“You know what..??fine…”

Kedua-dua mereka masuk kedalam kereta itu dan menghempas pintu kereta.Ketika didalam kereta dua-dua makhluk tuhan itu diam seribu bahasa.Mungkin masih lagi belum hilang rasa geram..

“Thanks for the ride anyway…esok I pergi sendiri…” Kyra menghempas pintu kereta dan terus masuk kedalam rumahnya…
“Kyra………..???Kyra….??” Andy cuba memanggil Kyra yang ternyata sudahpun masuk kerumah.Wajah kecewa dan menyesal jelas terpampang diwajah Andy.Dia hanya diam dan terus memandu sehingga kerumah……

“Ambooi…….borak sakan diew..” Nikki cuba mengusik..
“Ey…nothing personal…”Aku menjawab..
“Nampak macam personal jer…hhaha..”
“So,ko macamana dgn Kyra..??ok..??”
“Well,basically kalau buang dia punya sombong campur biadab campur mengada,she will be fine..”
“Yakah??..Takkan la teruk macam tu…”
“Dia tak teruk nok,dia ok actually,sometimes she’s getting into my nerves…”
“Hoho..so presentation korang..??”
“Siap dah…aku just tinggal nak touch up slide kitorang and we will be fine..”
“kesian kau..kitorang punye semua Andy yang buat…wawawawa..”
“Best tuh…haha…”
“Haruslah…”
Kami terus sahaja menuju kekafe.Walaupun aku tahu kini tiada siapa yang akan menanti aku dikafe.Kadang kala walaupun aku cuba untuk berpura-pura untuk tidak berasa kehilangan tetapi jelas tergambar riak sedih diwajah aku.Puas aku sorok tapi riak itu tak mampu aku sorok.Aku perhatikan saja dari jauh tempat duduk dimana aku dan Yusof sering dating selepas habis klas…aku teringat lagi kata-kata manis Yusof..

Sayang..i miss u…

“Qiuna..??” Teguran Isaac itu mematahkan menungan aku yang dari tadi sibuk mengenang detik-detik indah bersama yusof..
“Yer..?” aku menjawab dengan penuh sayu..tak mampu aku sorok perasaan itu dari Isaac.Bagi aku,tiada apa lagi untuk aku sorokkan dari Nikki dan Isaac.
“Jom balik..??” Isaac mengajak..
“Jom..” aku ikutkan saja.Sekali sekala mataku asyik berpaling dan tertumpu kearah meja itu.

Bersambung..

Tanpa Kekasihku (Chapter 8)

Malam itu sememangnya aku tak lena tidur.

Resah!

Gelisahh!

Beep!Beep!

Aku terjaga kerana terdengar bunyi deringan telefon bimbitku..Namun mataku seakan-akan tak mampu untuk mencelik..Aku cuba mencapai telefon bimbitku yang berada diatas meja..Jam didinding menunjukkan pukul 2.30pagi..Tapi aku masih bingung siapa yang menelefon aku pagi-pagi buta begini..Pabilaku tenung telefon bimbitku,nama “Jeff” yang tertera diskrin telefon bimbitku buat aku tak sedap hati..Aku bertambah bingung..

Asal mamat nie telepon plak nie..Mungkin Yusof takde credit pinjam telefon abang die kot…

Aku bertambah bingung dan mengambil keputusan untuk mengangkat panggilan itu pada deringan yang kesembilan…

“Hello..??Abang..??” Suara aku serak…
“hello Qiuna…Abg nie…”
“Yer abg Jeff..??kenapa..??” Aku cuba menahan diri sendiri dari mendengar sesuatu yang aku tak mahu dengar.”Qiuna tolong datang hospital sekarang…”

Suara Abg Jeff ketika itu cukup membuatkan jantungku berhenti sebentar..Entah kenapa ngantok kuterus hilang dan aku mula duduk disisi katil..Aku cuba untuk memahami keadaan..

Ya Allah…what happen..??

“Kenapa Bang..What happen??” Aku mula menyoal walaupun aku tau benda yang aku tak ingini telahpun berlaku..Airmataku mula mencurai setitik demi setitik….
“Yusof…Qiuna…Yusof…..” Suara Abg jeff tersedu-sedu..mula serak!

Aku mula nak panic.Aku cuba tahan airmataku…Seperti aku tak sanggup dengar ayat seterusnya…Aku cuba bertenang tapi airmataku terus mengalir…Punggungku tidak lagi mencecah katil..terus aku berdiri dan panic..Dahiku aku pegang!

“Yusof kenapa bang..??” Aku ingin memastikan…

Ya Allah..tolonglah…Ya Allah..tolonglah…

“Yusof……………….accident Qiuna….die tengah tenat kat sini….Ayah on the way dari Singapore…..”

Sekaligus aku terdengar berita itu,telefon bimbitku terlepas dari tanganku yg lemah dan jatuh menimpa lantai..Aku terduduk dikatil dan airmataku terus terjurai..Aku tak mampu berkata apa-apa..

Ya Allah tolonglah jadikan ini mimpi…………………………………….

Aku kejutkan mama dan papa da terus menuju ke hospital.Setibanya aku dihospital Yusof masih lagi didalam wad pembedahan..Abang jeff masih berada di wad menunggu. Airmataku masih terus menitis..Aku perasan mata Abang Jeff pun merah..Mama sibuk menenangkan aku dan terus memberikan aku harapan yang Yusof akan selamat..Aku cuma terus berdoa dengan harapan Yusof akan selamat kerana aku belum bersedia ditinggalkan oleh lelaki bernama Yusof ini..Tapi hatiku kuat mengatakan bahawa aku sedang memberi harapan palsu kepada diriku sendiri.Aku cuba memujuk hati sendiri.Aku sangat-sangat berhrap Yusof selamat kerana dialah nyawa aku ketika ini..Dialah segalanya!

“Baru tadi kami pergi dinner…..” Suara aku sebak..Sekali sekala ayat aku tak dapat dihabiskan kerana tersedu-sedu..
“Sabar sayang yer…Sabarlah nak..” Mama terus memujuk.Emosiku menyebabkan semua orang turut merasa perkara yang sama.Namun aku tak dpt mengawalnya.Hatiku sangat berat untuk menerima hakikat..

Aku memandang kearah abang Jeff yang dari tadi termenung…
“Ayah on the way??” Aku cuba berkomunikasi dengan Abang Jeff…Aku perasan dia cuba menyembunyikan emosinya didepan kami..tapi matanya sudah lebam kerana bnyak airmata terkeluar…
Dia cuma mengangguk saja jawapan aku itu..
“Abang dah takda tenaga nak nangis lagi Qiuna..” Jeff memandang tepat kearah anak mataku..
“Sabar Abang yer..insyaAllah Yusof selamat….” Aku cuba memberi Abg jeff harapan.Walaupun dalm hatiku sendiri aku memang tak dpt mgawal diri..

Sudah 4 Jam Yusof didalam..kami yang berada diluar menanti penuh debar..

Takut..

Papa sudah tertidur dikerusi.Aku menyuruh mereka pulang tapi mereka berkeras untuk berada disini bersamaku..
Dari jauh aku sudah perasan ayah Yusof telah tiba.Abg Jeff segera merapati ayah dan memeluknya.Ternyata ayah sangat-sangat sedih dengan berita ini..Kami masih menunggu doctor yang sedang membedah Yusof.Aku sangat takut.Tabiat mengigit kuku mula meracuni otakku.Airmataku masih lagi mencurah-curah..

Doktor keluar tepat jam 7 pagi..Subuh!..Kami segera merapati doctor itu dengan penuh harapan dan dari riak wajahnya saja sudah membuatkan aku cukup kecewa.Doktor mengesahkan Yusof meninggal dunia tepat 6.45 pagi tadi.Hatiku yang hancur ketika itu hanya tuhan yang tahu.Aku terduduk dan airmataku kembali berjurai selepas sejam berhenti tadi..Aku tak mampu berkata apa-apa..tapi yang pasti Abg Jeff memang tak dapat melawan emosinya dan mula meratapi pemergian Yusof..Aku menangis dan terus menangis..Ibuku terus memeluk dan memujukku…

“Qiuna sayang….Tak baik meratapi pemergian org sayang..tuhan lagi sayang dia…” Mama cuba sehabis baik memujuk aku namun lagi dipujuk lagi banyak pula airmataku jatuh kelantai..Keadaan aku pada ketika itu seakan-akan aku baru saja kehilangan nyawaku.Duniaku seakan-akan kosong dan tiada apa-apa.Seakan tiada makna lagi.Doktor juga turut cuba menenangkan kami.Emosi aku ketika itu memang lansung tidak terkawal.Aku seakan-akan dirasuk syaitan dan terus meraung memanggil nama Yusof..

Aku cuba untuk berdepan dengan reality bahawa Yusof telahpun pergi dari dunia ini selama-lamanya.Pabila aku bertenang sedikit baru la aku pergi melihat arwah Yusof yang masih lagi belum dipindahkan dari diwad pembedahan.Masih lagi tidak dipindahkan kebilik mayat..Walaupun hatiku berat untuk menatap wajah Yusof namun aku tetap memberanikan diri masuk kebilik itu bersama mama.Ternyata mayat Yusof sudah diselimuti dengan kain putih.Aku terus mendekati mayat Yusof dan aku cuba untuk membuka kain itu dan memberanikan diri untuk melihat Yusof pada kali yang terakhir.Tanganku mengeletar dan apabila aku alihkan kain itu dan melihat wajah Yusof, airmataku mengalir lagi.Kali ini lebih deras dan aku seperti nk pitam kerana tak mampu menangis lagi.Aku melihat wajah Yusof..Sangat putih dan pucat..hanya beberapa kesan lebam kelihatan didahi dan bibirnya.Aku cuba menahan diri untuk tidak meratapi pemergian Yusof seperti yang mama suruh.Namun aku lansung tidak berdaya dan terus menangis.Aku meminta izin untuk mengucup pipi Yusof pada kali terakhir dan mama membenarkan.Ketika aku mencium pipinya,pipinya sangat sejuk.Aku masih lagi tak dapat terima hakikat bahawa Yusof tak akan lagi bangun selepas ini,tak akan lagi menemani aku ke kolej..tak akan lagi memuji aku dan memanjakan aku..dan yang penting dia sudah tiada lagi disini untuk menyintai aku…

“Yusof,kalau awak dengar suara saya,saya nak awak tahu awaklah lelaki yang sangat saya cintai..tak mungkin saya mahu teruskan hidup saya bersama orang lain selain awak..Tolonglah jaga yusof..saya perlukan awak..macamane saya nk teruskan hidup ini tanpa awak..sampai hati awak tinggalkan saya…Yusof,saya sayang awak..sayang awak sangat-sangat…”

Innalillah……………………………………………………………………….

Bersambung..

Tanpa Kekasihku (Chapter 7)

Seperti yang aku jangkakan..

Memang tidak mengecewakan..

Tepat pukul 8 tepat kereta Yusof menanti aku diluar.Namun aku pula yang masih terus menyapu blusher yang dari tadi ditanganku.. Aku memberi isyarat menunggu kepada Yusof melalui tingkap dibilikku..Ternyata Yusof nampak sangat-sangat segak malam ni..Tak seperti biasa..
Aku menjadi tidak sabar untuk keluar..Sesudah itu aku letakkan sedikit lip gloss kebibirku menampakkan ia lebih merah dan menawan.Aku turun tangga dengan lajunya..

“Mama,Qiuna pegi dulu..” Sempat aku jerit-jerit anak kepada mamaku yang sibuk berada didapur..
“Papa….” Pipi ayahku kucium dibelah kanan..
“Jangan balik lambat…awak tu anak dara…”
“ok bos..” Aku memberi tabik ala-ala askar kearah ayahku dan segera aku menyarung kasut tumit tinggi 3 inci berwarna biru muda kekakiku..

Segera aku mendekati Yusof yang dari tadi bersandar ditepi keretanya..Entah kenapa tiba-tiba aku berasa sangat segan..Aku tersengih sendiri..Yusof memang kacak malam itu..

“Hye…” Aku cuba untuk tdak berasa kekok didepan Yusof..Entah apa yang aku segankan sedangkan bukannya sehari dua mengenali Yusof..
“You look so pretty..”Yusof melemparkan pujian beserta senyuman yang sangat manis..
“Thanx..” Aku bertambah segan..merepek betul…

Segera Yusof buka pintu kereta dan melamar aku memasuki keretanya..Aku ikutkan saja permintaannya dan memasuki kereta itu..
“Kita nak makan kat mana..??”Aku cuba bertanya..
“Hurm…your favourite place…??” Yusof senyum..
“Great…Rindu nak makan steak…” Aku excited…seakan-akan aku tahu bahawaYusof mahu memberikan kejutan kepadaku..
“Sayang nampak nice pakai dress nie…cantik sgt…”Yusof terus memuji..walaupun matanya kadang-kadang meliar memandang seluruh tubuhku.Entah mengapa aku asyik terus tersengih.

Yusof memang sweet…

Jantungku terus berdegup kencang…Aku tahu yang Yusof memang ada kejutan untukku..Aku sangat excited ketika ini..Ikutkan hati mahu saja aku bertanya terus kepada Yusof tujuannya membawaku keluar..Namun pada masa yang sama hatiku terasa seperti tak sedap…Mungkin aku terlalu memikirkan..Wajah Yusof yang sedang kusyuk membawa kereta memang menawan..sangat gagah..Tapi Yusof terus membisu didalam kereta..mungkin dia memikirkan tentang kejutan untuk aku…Hatiku terus bergoncang..Rasanya restoran itu sudah hampir..Aku diam kan dan turutkan saja apa yang berlaku tapi yang penting aku memang tak sabar-sabar.

Teknik Yusof membawa kereta memang cekap..Yusof ‘parking’ kereta dengan baik sekali..Yusof keluar dari kereta dan mengarahkan aku untuk tidak bergerak kerana dia yang kan membuka pintu kereta untukku..Aku tidak biasa dengan semua ini kerana selalunya aku yang akan membuka pintu kereta sendiri tapi malam itu Yusof tersangat-sangat romantik..Aku ikutkan saja kemahuannya..Sesudah pintu kereta dibuka,aku pun dengan elegannya keluar dari kereta dan Yusof menghulurkan tangannya untuk mencapaiku..Sakit kakiku pagi tadi sudah suram kerana mama urut dengan baik sekali..Kami pun terus menuju ke restaurant yang menjadi kebiasaan kami untuk berdating..Ternyata Yusof telah menempah tempat duduk kami awal-awal lagi..Kami ditempatkan ditempat duduk betul-betul bersebelahan dengan kolam ikan..Suasana ketika itu sangat romantic dengan lilin yang ternyala dimeja kami..

Seorang pelayan datang ke meja kami dan kami terus membuat tempahan..Kami order makanan favourite kami seperti biasa..Yusof terus menatap mataku dan memandang wajahku.Aku cuba untuk berlagak normal tapi tak mampu..

“You look so beautiful sayang….”Yusof terus memuji aku..
“Really..??”aku tersipu-sipu malu..
“Betuah lelaki yang akan memperisterikan you suatu hari nanti….” Yusof terus memberikan pendapat yang aku rasa cukup manis dengan senyumannya..
“Well….I hope the lucky guy is you….” Aku pula tersengih.Seperti tidak percaya aku yang menyatakannya…
“I love you sayang…” Yusof terus memegang tanganku dan senyum..Tapi seperti ada yang tak kena disebalik ucapan cinta Yusof itu..Mungkin aku yang keterlaluan berfikir.
“I love you too,Bie…”aku membalas kembali kata cinta Yusof itu..

Tak sampai 10 minit,waiter pun datang membawa makanan kami dan kami menikmati makanan itu.Aku terus menikmati hidangan itu kerana aku memang lapar.Kami sering memandang antara satu sama lain..

Diam tak diam makanan kami pun telah habis kami telan..Satu persatu disuap kemulut.. Kemudian kami dihidangkan pula dengan dessert ice cream..Ice cream itu pula yang kami nikmati..setiap sudu aku nikmati dengan penuh nikmat..Kami jugak berborak tentang kelas, dan macam-macam lagi.Seakan-akan tiada lagi esok untuk kami.Kami nikmati malam itu dengan sepenuhnya..Malam itu cukup indah dan membahagiakan..Setiap saat bersama Yusof aku nikmati dengan penuh teliti..Untuk make sure yang aku tak mahu terlepas walaupun sedetik waktu dengan Yusof..Bagiku,memori bersama Yusof akan sentiasa dihatiku..Ikhlas dari hati,aku memang mahu Muhd Yusof B. Haji Talib menjadi lelaki yang akan menghabiskan seluruh hidupnya bersama aku..I love you Yusof..I do..

Qiuna sayang…Bie memang sayangkan Qiuna..Adanya Qiuna didalam hidup Bie seakan-akan membakar setiap memori pahit dan hitam dalam dunia Bie..Qiuna la satu-satunya wanita yang Bie cinta,sayang dan kasihkan. Qiuna,you’re my everything.. Kadang-kadang Bie rasa seperti Bie tak layak mendapatkan cinta Qiuna..Qiuna terlalu sempurna untuk Bie..

Sesudah kami menghabiskan makan malam,Yusof menyelesaikan bil dan seperti yang dijanjikan Yusof akan terus menghantar aku pulang..Aku seperti tak sanggup pula menuju ke kereta kerana tidak mahu malam yang indah ini berakhir.Aku dihantar terus oleh Yusof sehingga kedepan pintu rumah..Sempat Yusof mengucup dahiku..

Yusof sememangnya seorang yg bertanggungjawab..Dia pastikan aku selamat masuk kerumah sebelum dia mula bergerak pulang..Aku teruskan saja melangkah kebilik.Ternyata mama dan papa sudah enak dibuai mimpi masing-masing..Aku cuba menaiki anak tangga dengan perlahan agar tidak mengejutkan dua orang tua aku itu..Sesudah sampai kebilik,aku berada diawangan sebentar.Mungkin masih ternyiang-ngiang lagi ditelinga tentang pujian Yusof berulangkali kepada aku semasa makan malam tadi..

Aku pun terus mencapai telefon bimbitku dan mula menaip..

Aku [Thanx for tonight hubby……I love you]

Yusof tidak reply..Mungkin masih memandu..aku duduk diatas katil sebentar..Aku tunggu lagi..Kali ini sudah 10 minit aku menunggu..Aku masuk saja kebilik air dahulu kerana tak tahan nak buang air dari tadi dan terus menukar pakaian.Setelah aku keluar,mesej yang aku hantar tadi masih lagi tidak berbalas..Aku andaikan Yusof masih sedang memandu..Tapi dah dekat 20 minit..Tak mungkin Yusof tak sampai rumah lagi. atau mesej aku tadi mungkin tak penting sangat untuk dibalas..

Tak mungkin.

Selalunya walaupun mesej “Good Night” pun akan dibalas Yusof tak sampai seminit..Aku cuba mendail telefonnya..kali ini telefonnya off..

Habis bateri kot hp dia….

Aku rasa bateri phone die habis la..That’s why dia tak send mesej….jam pun sudah menunjukkan pukul 11 malam..aku pun sudah kepenatan..rasanya dah 4 kali aku menguap nie…esok pula ada discussion..Baik tidur…

Good Nite Yusof…….i love you….

Mataku terus terlelap…

Bersambung..

Tanpa Kekasihku (Chapter 6)

“Ok class…Don’t forget tomorrow’s discussion keh….2 petang kat sini..” Prof Azim remind kembali perjanjiannya dengan semua student tentang perbincangan yang akan diadakannya esok..semua pelajar diwajibkan hadir..Aku pula dah janji nak pergi tengok wayang dengan Yusof.Rindu seminggu tak jumpa.

Semua org sudah mula mengemaskan barang masing-masing..Begitu juga aku..Aku mula memasukkan buku kedalam beg sandangku itu dan mula memasukkan benda-benda yang lain..Aku masih terfikir lagi bagaimana nak menerangkan kepada Yusof tentang pembatalan janji kami esok.Aku mengeluarkan telefon bimbit dan bangkit dari tempat duduk namun masih tak bergerak kerana tak mahu berasak-asak keluar..

Qiuna [hubby kat mane..??]

Mesej itu dihantar tepat kepada teman lelakinya itu..tak smpai 2 minit,mesej aku itupun dibalas..

Yusof [Kat kafe arr…tggu sayang…Rindu gila!]

Senyuman aku terukir dengan sendirinya..Seperti biasa,mesej-mesej Yusof tidak pernah mengecewakan.Seperti setiap ayat disusun dengan rapi tanpa ada mahu walau sebutir kesalahan..

Aku terus menuruni anak tangga..Heels yang aku pakai hari ni cukup menyeksakan kerana agak tinggi dan aku tak biasa sebab ianya masih baru…Aku terus menuruni tangga dengan berhati-hati…Ada 8 lagi anak tangga..Aku teruskan saja satu-satu anak tangga itu dengan harapan tak tersadung dan memalukan diri sendiri..inilah masalahnya kalau selalu ambil tempat duduk yang belakang-belakang..

Tiba-tiba perkara yang aku benar-benar tak nak berlaku,berlaku juga..Aku tewas dengan high heels 4 inci ini pada anak tangga yang ke 3..Kakiku tak mampu mengawal diri sendiri dan aku tersadung..

Tiba-tiba belum sempat 30 darjah aku terjatuh,seseorang yang kuat lengannya menarik lenganku dan aku tertarik terus kedakapannya..Aku agak malu namun aku tak sempat memerhatikan siapakah yang berjaya menyelamatkan aku itu..Buku-buku yang aku dakap didada dari tadi terus bersepah ke lantai..

Aku masih lagi dalam dakapannya.

Trauma!

Malu!

Lengannya masih dibahu dan dipinggangku..Yang kelakarnya kami masih berkongsi anak tangga keempat..Muat pula tu..Lenganku pula seakan-akan memeluk pinggangnya tapi aku taknak mengaku…Mungkin hanya memegang saja tanpa ada perasaan..Dengan beraninya aku mendongakkan kepala dan alangkah terkejutnya aku..

“thanx…”segera aku berterima kasih..dan aku tolak badannya yang sasa itu ketepi sedikit..
“it’s ok…are you ok..??” Andy tersenyum..tangannya msih memegang bahuku.
“I’m ok…thank you….”
“Let’s go Andy…it’s quite late…I’m starving..” suara Kyra itu mematahkan keadaan roamntik yang baru nak berapi..Segera ditariknya lengan lelaki itu oleh Kyra..sempat pula Kyra menjeling aku..Buku-buku yang bertaburan dilantai telah pun siap dikutip Nikki yang dari tadi memerhatikan saja drama..
Aku perasan Andy melemparkan senyumannya itu pada aku..

“Wah….meletop Qiuna” Isaac ingin mengusik…
“Kau jangan cerita bukan-bukan dengan Yusof tau..Mampus aku nanti…” Aku terpaksa menjelaskan keadaan..
“ok…aku memang la tak!takot diorang yang lain-lain tu yang sibuk….”
“Sakit siot kaki aku….” Aku mula merasakan sakit pada sendi kaki ku..terpelecok mungkin..
“Motif nak pakai heels…?? Gatal betul….”
“Ala…akupun nak feeling women juga..saje jer nak try…..”
“Sakit ker..??Kau boleh jalan tak ni?? Mesej Yusof suruh datang sini.Aku tak larat nak dukung kau…”
“Tak payah lah…Aku mampu berjalan lagi la…..” Aku cuba menerangkan situasi kepada kawan-kawan ku itu..Aku tau mereka memang ambil berat tentang diriku..

Kami meneruskan perjalanan menuju ke kafe..Yusof masih menanti aku disana..Aku cuba untuk berjalan dengan elok untuk memastikan Yusof tak perasan dengan apa yang terjadi dikelas tadi..Aku teruskan saja walaupun pada zahirnya aku tau yang aku jalan berjengket sedikit..Tak seperti biasa..

Dari hujung aku memang dah nampak Yusof sedang bermain dengan telefon bimbitnya.. Game lagi la tuh…Nikki yang dari tadi memapah aku,aku suruh lepaskan tanganku..Aku tarik nafas seminit dan terus berjalan kearah Yusof.

Confident!

Tapi seperti biasa,I’m such a bad actress…

“Sayang,apasal nie..??jatuh kat mana…???” Yusof terus memegang tanganku dan membiarkan aku duduk…
“Kenapa ni..?? Isaac??Nikki..??” Yusof teruskan pertanyaan..Bertubi-tubi.Seperti tidak sabar..

“Hurm…Bie…tadi nak cepat jumpe Bi,orang lari la…tiba-tiba orang tak perasan ada kulit pisang kat tangga pastu orang tepijak…jatuh la!” Aku sememangnya tak pandai menipu..
“kulit pisang..??” Yusof pandang aku dengan penuh sinis…
“ye weh…kepala sampai dulu plak tuh….”Nikki menambah..Namun kalau nk diikutkan hati,mahu saja mereka ketawa terbahak-bahak dengan gelagat Nikki..
“Kepala otak kau…”Aku tergelak…..
”hurm…terpelecok siket je…” Aku explain lagik jauh..
“Ok tak nie..??nak bie picit..??” Yusof cuba mengoffer…aku tahu dia memang tak sanggup walaupun lihat aku digigit semut..
“ok…takpe!takpe! orang ok….sakit siket je..” Aku menerangkan keadaanku..

Aku pun mulalah mencari poin untuk cancelkan date kitorang esok sebab discussion tu..

“Hurm..Bie,esok tak boleh tengok wayang larr…..kelas kitorang ada discussion pukul 3…so….”
Aku cuba terangkan dengan harapan Yusof akan faham…

“Yeke..??takpe la..Bie paham….Tapi malam ni punya dinner jadi kan..??” Yusof ingatkan kembali perjanjian kami yang lagi satu..
“Ok ok..tapi bie kena angkat org jela..kaki sakit ni..”Aku memberikan senyuman memikat..
“For you dear,I’m willing to do anything…..” Yusof pula memberi senyuman yang sentiasa buat aku cair…

Aku ketawa anak kecil..aku perasan Nikki dan Isaac seakan-akan mahu termuntah kerana melihat kami yang sedang bermesra…

“Eh…Abang Isaac…Abang willing to do anything untuk adik Nikki…??” Nikki cuba untuk bahan kami berdua…Nikki mengajuk Yusof..kami hanya mampu tersengih…
“Mesti la sayang…”Isaac pula ikutkan saja kepala Nikki..

Mereka sempat ketawakan kami..Penuh dengan suara kami berempat saja didalam kafe itu..bergema suara Nikki yang nyaring tuh..Aku pula dipapah Yusof untuk menuju ke kereta..sempat aku melambaikan tangan tanda “selamat tinggal dan jumpe esok” kepada Nikki yang keretanya tidak jauh dari kereta milik Yusof…

Sementara didalam kereta..

“Sayang da makan..??” Yusof menanya kepada aku dengan nada seorang suami yang begitu kasihkan isterinya..
“Sudah hubbyku….Bie..??” giliran aku pula bertanya kepada yusof dengan nada seorang isteri yang begitu kasihkan suaminya..
Berada dengan Yusof adalah saat-saat yang sangat membahagiakan..
“Lupa tadi nak suruh makan kat kafe…”
“Takpa…orang nak balik terus..Kaki berdenyut nie….Malam nanti nak ambil orang pukul berapa..??”
“Bie ambil sayang pukul 8 okeh?”

Aku tak membalas dan hanya memberikan senyuman menawan kepada Yusof…Sempat dia mengusap kepalaku dengan belaian kasih sayang.Cukup romantic.

Kereta pun sampai dihadapan rumahku…Dikucupnya dahiku oleh Yusof dan aku tak perlukan seorang untuk bukakan pintu kereta untukku seakan-akan seorang puteri…Aku keluar dari kereta dan menghadiahkan Yusof dengan seukir senyuman..

“Jumpa malam nanti ye sayang…” Yusof sempat mengingatkan aku…Sempat pula aku melambaikan tangan dan flying kiss kearahnya…


Bersambung..

Tanpa Kekasihku (Chapter 5)

“Qiuna,Qiuna,diorang panggil you pergi dewan kuliah 5 sekejap..” Seorang gadis memanggil aku dari belakang.Aku ikutkan saja arahan itu tanpa banyak bersuara.Aku masuk kedalam dewan kuliah dengan rasa ragu-ragu.Entah kenapa agaknya.Aku teruskan saja langkah dengan buku-buku didakap kedada.Sejurus aku tolak saja pintu, riuh satu dewan bersuara.

Happy birthday to you..
Happy birthday to you..
Happy birthday to Qiuna..
Happy birthday to you…

Ditiupnya oleh aku lilin yang dicucuh diatas kek coklat itu.

Satu dewan bertepuk tangan.Semua orang sibuk memeluk dan ‘wish’ kepada aku.Aku sendiri terlupa dengan birthday aku sendiri.Agak banyak hadiah yang aku terima.Sungguh aku rasa terharu dengan surprise party ini. Yusof muncul dihadapan aku dan memberikan aku satu kotak berwarna merah.Sebesar tapak tangan.

Aku buka dengan perlahan dan seutas gelang tangan menanti untuk dipasang ketangan ku.Sungguh airmata aku bergenang.Segera Yusof ambil gelang tangan itu dan pasang ke pergelangan tanganku.Satu dewan bertepuk tangan.Aku hanya mampu tersengih.Segera aku potong sedikit dari kek itu dan aku suap kemulut Yusof.

“Happy birthday sayang.Semoga panjang umur..” Yusof masih memegang pinggangku.
“Thank you sayang for the party.Orang betul-betul lupa birthday orang..”
“Anything for you dear.I love you..” Andy memberikan kucupan tepat kedahi.Aku senyum saja.
“Love you too sayang.”
“Sayang,today last day Bie kat KL.Esok Bie dgn Abang Jeff nak pergi Singapore.Daddy nak jumpa.”
“Alar..nak ikut..” Aku memujuk.
“Kelas?” Yusof bertanya.
“Ada…” Aku tersengih.
“Takya mengada.Bie pergi seminggu je.Nanti Bie mesej dia keh..”
“Ok sayang.I’m gonna miss you..”
“Balik nanti Bie bawak pergi dinner keh..”
“Ok..I love you…”

Malam itu aku masih teringat-ingat parti tadi.Aku belek-belek gelang tangan yang Yusof hadiahkan.Kadang-kadang tersengih-sengih aku sendiri.Hadiah-hadiah yang aku dapat cukup banyak dan aku cuba buka satu persatu.Masih ada 2 hadiah aku belum buka.Aku buka dulu hadiah yang berbungkuskan plastic merah jambu.Aku baca kad yang terlekat diluar kotak.Oh,dari Isaac dengan nota bertulis “Nok,happy Birthday.Euu..da tua!”
Aku tergelak sendiri.
Segera aku buka,bingkai gambar rupanya.Segera aku capai gamba aku dan Yusof yang berada didalam laci dan segera aku pasang ke bingkai itu.Comel hasilnya.

Aku capai hadiah yang terakhir.Besar tapi agak ringan.Tiada nota ataupun nama si penghantar.Aku buka dan ‘Bear’ yang sangat comel berwarna coklat.Aku peluk bear itu. Comel!

Siapa penghantarnya agaknya..

Aku seperti ditiup angin mengantok.Segera aku tolak semua kotak-kotak hadiah kekaki katil dan sampah sarap aku biarkan saja ketepi.Cuma bear itu saja yang aku tinggalkan diatas katil.Segera aku tutp lampu meja dan aku peluk bear itu sehingga aku terlelap.

Nikki [Qiuna,aku tak boleh ambil kau la pagi ni.Kereta aku masuk workshop]

Mesej yang aku terima selepas aku bersiap nak ke kuliah itu buat aku kecewa sedikit.

Aku [Ok2..c u kat sane]

Macamana ni?nak ponteng kelas ke naik bas?Call Yusof la..

Beep!Beep!

“Hello sayang” Yusof jawab..
“Bie kat mana? Nikki tak dapat hantar la.”
“Sayang,Bi on the way pegi Singapore ni.Nak pergi jumpe Papa.Da cakap semalam kan?” Yusof menerangkan.Aku saja yang terlupa.Yusof balik Singapore seminggu.
“Owh ye..Ok la..Pandu baik-baik ok dear?”
“Habis tu pergi macamana ni? Suruh Papa hantar..”
“Naik cab kot.Papa dah pergi keje pagi-pagi lagi..”
“Alar..Bie risau la.Bie patah balik hantar sayang la..”
“Eh..tak payah-tak payah.Takpe-takpe..orang naik cab..”
“Betul ni??jalan baik-baik.Da sampai mesej Bi.”
“ok..”

Telefon dimatikan.


Nampaknya pagi ini aku betul-betul berjalan kaki ke bas stop.Puas aku tahan taxi tapi satu pun tak berhenti.Aku teruskan saja menahan dengan harapan ada yang kasihankan aku pagi ni.Kelas lagi sepuluh minit ni.Alamak!

Pinn!Pinn!

Bunyi hon kereta itu memeranjatkan aku yang sibuk mengelamun.Aku tolehkan saja muka dan cuba mengenal pasti pemilik kereta sports putih itu.Aku perhatikan dalam-dalam.

Yer.Betul.Mamat ni..

“Hey...Jom..” Andy memberikan senyuman..
“Takpa..Saya tahan taxi..”Aku cuba menolak.
“ Takyah la sombong-sombong.Saya takkan nak buat apa-apa kat awak punya.Janji sampai depan kelas saya hantar awak.”
“Memang la.Dah kelas kita sama.” Aku tersengih.Harus ke aku ikut dia?
“Come on.” Andy memujuk lagi.
“It’s ok..” Aku tegas menolak lagi.
“Hurm..ok…” Segera ditutup pintu kereta dan Andy menuju kearah aku. Aku terkejut pada mulanya.Apa yang dilakukan lelaki ini.
“Awak buat apa ni? Pergi la…kelas lagi 10 minit tau tak..”
“Nak tunggu awak.Saya tunggu sampai awak dapat taxi.” Andy memberikan senyuman nakal.
“Ya rabbi.” Aku mula nak mengalah.
“Tahan la..mana ada taxi..” Andy memerli aku pula.
“Fine! Fine! Jom…let’s go..” Aku kalah dengan pujukan itu.Ternyata Andy sememangnya gembira dengan kekalahan aku.Aku ikutkan saja naik kedalam kereta.
“Kan senang kalau dari tadi awak setuju..” Andy memulakan perbualan.
“Tak biasa naik kereta orang yang saya tak kenal..”
“Apa lak tak kenal.Saya tau nama awak.Awak tau nama saya..” Andy bergurau.
“Awak memang macam ni ek..?bawak masuk gadis-gadis yang awak tak kenal masuk dalam kereta,tumpangkan diorang..” Aku pula memerli.
“Not all actually.Yang saya interested je..” Andy tenung muka aku.
“No offense.Saya dah ada teman lelaki.I love him” Aku berterus teras.
“I don’t care.Kalau saya nak,saya nak la..” Andy mula tegas dengan pendiriannya.Aku diamkan saja.
“Memang selalu naik taxi ker?” Andy menanya lagi.
“Awak ni memang banyak tanya kan..” Aku tersengih.
“Tak nak jawab takpe..” Andy pula tersengih.
“La..merajuk pula dah..takdalah,selalunya pergi dengan Nikki.Yang semalam ber’I You I You’ dengan awak tu..”
“Owh..then hari ni?”
“Kereta dia masuk workshop.So,I have to go by myself.”
“Boyfriend you..?”
“Banyak tanya ek………Girlfriend you mana?” Aku pula bertanya.
“Eh,orang tanya dia,dia tanya kita balik pula.Girlfriend saya yang mana satu?” Andy tergelak.Aku pula yang tersengih.
“Kyra” Aku terangkan.
“Owh..MC hari ni.tak sihat katanya!” Andy explain.Aku malas nak bertanya lebih banyak. Kami terus saja menuju ke Kolej.

Perjalanan itu sangat kekok bagi aku.Aku terus saja memandang keluar tingkap.Perjalanan itu seakan lama pula apabila menaiki kereta ini.Mungkin tak biasa.

“Thanks for the ride.” Aku melemparkan senyuman.
“eyh..pegi dengan saya sekali lah.”
“Hurm..ok!”

Walaupun agak kekok aku teruskan saja menuju kekelas dengan Andy.

Ternyata apabila masuk kedewan kuliah,semua mata terus memerhatikan aku yang masuk sekali dengan Andy.Jelas kelihatan kuliah sudahpun bermula.Kami yang terlambat. Kami mengambil tempat duduk kebiasaan.
“Balik saya hantar.I don’t care..” Bisikan Andy itu cukup buat aku terdiam sebentar.

Bersambung..

Tanpa Kekasihku (Chapter 4)

Pagi itu berjalan seperti biase..Tiada yang berbeza..Semua org sudah mengambil kedudukan masing-masing didalam dewan kuliah..Pagi tu Miss Fiona mengenakan baju putih dan seluar putih ketat.Cukup seksi dan menggoda.Kadang-kadang ternmpak garisan seluar dalam milik Miss Fiona itu.Semua org senyap dan terpaku.Ada juga yang ternganga menunggu lalat masuk.

"Good morning class...How's your day..??" Pertanyaan itu disambut hangat oleh semua pelajar..Mereka seakan-akan diberi nafas baru untuk belajar..Entah mengapa mereka sangat bersemangat ketika dikelas Miss Fiona..

"Today I'm not alone..Actually I brought a company with me..Kita ada pelajar baru untuk semester ini.Mereka adalah murid transfer dari Singapore.By the way,they still a malay, just mereka menetap kat sane for almost the rest of their life...hopefully you guys boleh cooperate dengan mereka okeh.??Guys.......come in!!!"

Masuk seorang lelaki berbadan sasa,berkulit putih.Sangat sesuai untuk menjadi kulit majalah GLAM for Man,memakai sluar jeans Zara,baju French Connection yang cukup sesuai dengan bentuk badannya yang ala-ala model Janice Dickinson Modeling Agency,memakai shade berwarna hitam kebiru-biruan dan gaya jalan yang memang tak mahu mengalah..Cukup handsome,bak kata orang,Macho habis!..Mampu memikat hati bukan saja setiap gadis yang memandang,malah lelaki jua mampu tergugat kejantanannya..

"Hye semua....My name is Andrian Farhan..Just call me Andy..Nice to meet you guys.." Sekilas Andy bersuara,tergamam seisi manusia didalam dewan itu..Suara yang cukup jantan dan macho..

"Ok everyone,Andy is my nephew..Another student is my niece which is Andy's cousin..Kyra...come in dear"

Seorang lagi makhluk tuhan masuk kedalam bilik kuliah itu.Seorang wanita berambut perang muda,kulit sawo matang,potongan badan yang sangat menggiurkan seperti model Sports Illustrated Magazinec,berseluar jeans pendek paras lutut berjenama Levis,berbaju biru berjenama Guess dan menyandang beg berjenama Louis Vuitton..Semestinya wanita idaman setiap lelaki dan jenis wanita yang sering dicemburui wanita-wanita lain kerana teringin menjadi sepertinya.Gaya jalan yang cukup sombong dan lansung tidak memandang ke arah penuntut-penuntut lain...Wanita itu berjalan terus dan berhenti tepat disebelah Andy.

"Hye you alls.....My name is Kyrina Halim...Just call me Kyra...Please speak with me in English ok...??thanks..."

"Ok semua,Andy and Kyra is Cousin ok..??Please take a good care with them ya...??"Miss Fiona menunjukkan tempat untuk anak buahnya itu untuk duduk.Segera dituju kearah kerusi yang kosong yang terletak di kawasan atas.Semua mata memerhati mereka dengan penuh perasaan yang bercampur baur. Sungguh mereka mewarisi kulit yang licin dari Miss Fiona.

"Speak with me in English..??Eu.......mnyampahnya aku.....hish..menyampahnya…."Nikki menunjukkan kebengangan wajahnya dengan jelas sekali...

"Kyra tu comel..tapi perlu ker belagak nak mampus.." Isaac pula memberikan pendapat...
"Tapi comel la..lain daripada yang lain..."Aku pula sibuk bersuara..Kyra memang comel.Jelous pula aku.Andy tu boleh tahan.Handsome..Tapi tak berani cakap kat diorang..Nanti diorang bagitahu kat Yusof plak..
"Comel kepala hotak ko...." Nikki memberikan muke meluatnya sambil dicebik bibir kekiri....
“annoying gila…” Isaac menambah lagi rasa ketidak puas hatiannya itu…
"tengok dua ekor tu...Hish...nak cari tempat duduk pun lembab....."
"Andy tuh serius comel weh....." Qiuna menambah..
"La...aku ingat kau cakap Kyra tuh.....Andy tuh mmg comel pown....hehe...." Nicky tersengih...
"Hish.....Kyra tu lagi comel aku tengok....." Isaac memberikan pandangan...
"GUYS!!! shut up..kenapa kita cakap pasal diorang ni?Kita lagi comel ok.." Aku cuba menghentikan pergaduhan itu...Sudah muak pula bertekak..

Pelajaran diadakan seperti biasa..Namun entah mengapa aku rasa tidak sedap hati sejak kedatangan Andy dan Kyra.Ada seketika aku terjeling kearah dua manusia itu yang duduk dibelakangku itu.Ternyata walaupun hari pertama mereka,namun mereka tetap fokus dengan apa yang Miss Fiona sedang ajar..Namun segala yang diajar Miss Fiona masih lagi aku tidak dapat tangkap walaupun sudah tiga kali Miss Fiona mengulanginya. Seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri..Selalunya aku tak lembab macam ni.Apsal pula ni.

What’s happening to me..???

Kelas lagi 20 minit untuk berakhir tetapi Miss Fiona sudah mula mengemas peralatannya.Ternyata beliau ingin mnamatkan kelas awal hari ini..Segera diberi tugasan untuk disiapkan dan sempat Miss Fiona memberikan tarikh untuk menghantar assignment tersebut.. Tepat Miss Fiona keluar dari bilik itu,keadaan riuh seperti biasa..Semua seakan gembira kelas tamat diawalkan..

Namun masih ada kelas kedua sedang menanti..Didewan kuliah yang sama.Kami terus duduk ditempat yang sama…

Sedang aku sibuk berborak dengan teman-teman baikku, tiba-tiba satu suara seperti menegurku dari belakang..Pada mulanya aku kurang mendengar suara itu namun panggilan kali kedua dengan nada lebih kuat itu terpaksa membuat kepalaku menoleh kebelakang.

"Hye...."
Suara itu memang sah milik lelaki tersebut.Yes.Confirm.Nak pandang ker tak?nanti pandang salah orang malu plak…hurm….Namun aku tetap ingin meng"confirm"kan semula,benarkah lelaki itu yang memanggil..lalu aku pusingkan kepalaku 45 darjah dan aku tenung wajah lelaki itu dalam-dalam..

Ya..

Betul...

memang sah "dia" yang panggil...

Aku mengerutkat wajahku..Selamba..

"Awak,nama siapa??" Wajah lelaki itu cukup comel dengan caranya menanyakan soalan berani itu kepada Qiuna.Pada ketika itu,semua isi didalam dewan kuliah itu mula memandang tepat kearah dua manusia itu..

Senyap..

Aku hanya terus diam.Namun mataku masih memandang tepat wajah lelaki itu..entah mengapa hati aku berdegup kencang macam ribut taufan Katrina bercampur Tsunami…

Nak jawab ker tidak???

“Awak,mata saya tak juling.Awak,saya pandang awak ni kan..??” Lelaki itu terus memandang aku tepat kearah anak mataku..

“Kenapa nak tau..??”Aku memberanikan diri bertanya soalan itu..namun aku tak boleh tipu diri sendiri..Wajah dia memang handsome dan pandangan mata dia mampu buat jantung aku bergolak.

Minat je kot! Tak lebih..

“Saje..I tengok you macam comel je…” Memang comel wajahnya menyebut perkataan “comel” itu..Kalau tak difikirkan Yusof ,memang aku layan jejaka ni..

“Ishaqiuna…..panggil Qiuna je..” Aku memberikan nama..memang jelas kelihatan ramai yang memerhatikan perbualan mereka,seperti telenovela Sepanyol..Memang ramai gadis makan hati dengan aku ketika itu..Nak buat macamana,dah cantik….

Aku tak terasa bangga sikit pun ketika itu,namun pada masa yang sama aku ingin kenal jejaka itu lebih dalam lagik…tapi aku cuba tak memikirkan dia..

“Qiuna..??nice nama tuh…macam org dia jugak…” Senyuman yang dilemparkan oleh Andy buat aku jadik gila sebentar…lesum pipit dia sangat sangat menggiurkan…tambahan pula dengan rambut pacaknya itu,sebiji macam pelakon korea..aku cuba kawal diri aku.

“well..thanks….bukan awak je cakap macam tu…ramai dah!”

Tiba-tiba Andy menghulurkan tangannya,tanda ingin berjabat tangan denganku…
“Nice to meet me..??”

Aku keruan..

Tolonglah jangan senyum Andy….please la..

Aku cuba berlagak sedikit…
“Nice to meet me too…”

Segera aku berpaling dan menghadap kedepan..Tangannya yang dari tadi tunggu untuk menyalam aku segera ditarik semula…Namun aku perasan wajahnya langsung tidak menunjukkan kekecewaan tapi menunjukkan wajah yang dia akan terus berusaha untuk berkenalan dengan aku..itu yang pasti…

“This is only the beginning…” Andy bersuara didalam hati…

“Hurm….I Nikki……hye….” Tiba-tiba Nikki menyampuk dan terus menghulurkan tangannya…aku cukup terkejut..pada masa yang sama seperti nak tergelak pun ada….

“Haha…I Andy…nice to meet u Nikki…..”
“Hui….cair I dengan lesum pipit u…” Nikki selamba..
“hehe…Nanti I belikan lesum pipit satu untuk you keh….?” Senyuman itu lagi…..makin berkencang jantung aku…
“Huhu…you nie sweet la….”
“Nasib baik you lelaki,kalau tak mesti I ngorat you…” Nikki bertambah gedik lagi.Aku pula nak meluat.

Tiba-tiba Lecturer masuk…Semua kembali ketempat masing-masing..Entah mengapa tiba-tiba kepalaku terpusing sendiri kearah Andy…Yang pasti diew masih sedang tenung aku dari belakang….Tiba-tiba tergerak pula bibirku ini melemparkan senyuman.Apa yang berlaku kat aku ni..??Qiuna..???jangan main gila eh….! Ternyata wajah Andy cukup gembira mendapat senyumanku itu…aku pun seperti Bidadari yang bertemu bidadaranya…..!OH MY GOD! Aku buat perangai……

Bersambung..

Thursday, August 13, 2009

Tanpa Kekasihku (Chapter 3)

Tanpa Kekasihku - 3

Typing...
Bie katne?

Beep! Beep!
#Sayang : Bie dalam kelas lagi sayang. Sayang katne?

Typing...
Kat cafe. Hantar balik kan?

Beep! Beep!
#Sayang : Ya rabbi. Baby i'm so sorry. Bie ade discussion lepas nie. Lewat balik.

Typing...
Then?

Beep! Beep!
#Sayang : Nak tunggu Bie? Maghrib baru dapat balik.

Typing...
Sayang balik dulu? Can ah?

Beep! Beep!
OK2.. Sorry syg.

Typing...
Its okay. Love you!

Beep! Beep!
Love you too sayang. Muah!

Typing...
:)

"Nok,aku balik dengan kau la!" Suara aku perlahan.

"La,asal pulak??" Nicky memberikan pandangan terkejut..

"La, kenapa? Kau dah tak boleh hantar aku dah??" Qiuna memberikan muka sinis..

"Bukan tak boleh. Laki kau mana??" Nicky ingin mendapatkan kepastian.

"Dia ada discussion. Balik lambat. Malas la nak tunggu..." 

Laju tangan Nicky ditarik Qiuna. Malas pula mahu menjawab pertanyaan lain. Nicky seakan faham raut wajah Qiuna yang sedang merajuk.

“Weh,nak terus balik ker??Aku lapar la nok...." Nikki memberikan cadangan..
"Nak lepak mana??" Aku menanyakan soalan..
"Jom...??Mc Donald Times Square..??"
"OK.Ajak Isaac!"Aku memberikan cadangan....
"Ok gak tuh.Dah sampai sana baru kita mesej dia OK..."
Segera ditekan minyak dengan pantas.Kereta bergerak dengan laju sekali.Sekali sekala kereta dinaiki mereka di"drift" oleh Nikki.Aku agak tenang kerana sudah biasa dengan gaya pembawaan kereta yang gila-gila itu.

Nikki [Nok...kitorg kat Mc Donald tiMes sQuare nie.......dtg la! Aku dgn Qiuna...]

Isaac [baek..............................................!!!!!!!!!!!!!!!!!]

"Nok,kau nk makan apa?"
"Hurm,nk orderkan Isaac sekali ker?"

Isaac [Orderkan aku Ayam Goreng Mcd spicy...!!]

"Huish,panjang umur dia....!"
"Hahahah......Kak,Ayam Goreng Mcd satu,spicy eh!!"Aku memberi butiran..
"Hurm,bagi saya Chicken Mc Nugget................"Nikki mengorder..

Aku tersentap seketika apabila Nikki membuat order untuk Chicken Mc Nugget itu.Aku memandang tepat ke arah muka Nikki seperti org dirasuk hantu.Aku cuba ingatkan kembali.Terasa seperti dejavu melanda kepala otakku.Aku masih lagi terfikir dimana pernah aku dengar pesanan yang sama seperti Nikki buat tadi.

Oh ya!

"Oi,kau kenapa ni...???" Nikki terkejut dan bingung.
"Kau memang selalu order Chicken Mc Nugget ker??"Aku bertanya dengan rasa ingin tahu...
"A'ah,why?pelik ke??" Nikki lagi rasa ingin tahu.Wajah Qiuna berubah dengan mendadaknya. Tiba-tiba tak semena-menanya air mataku mengalir. Setitik demi setitik gugur kepipiku.

"EEEYYYYYY...........kau kenapa ni nok??"Nikki mula panik.Tak tahu apa yang sedang berlaku kepada Qiuna..
"Weh,Chicken McNugget tuh favourite.......favourite......Yzouan........!! Aku tiba-tiba teringat kat dia.Kalau dia still ade sekarang ni,confirm dia akan order benda yang sama."
Aku tiba-tiba meluahkan rasa rinduku terhadap Yzouan,teman baikku yang sudah meninggal dunia setahun yang lalu.Seorang yang pernah menjadi temanku yang paling baik.Yzouan telah meninggal dunia kerana penyakit barah.Detik itu adalah detik yang paling sedih dalam diri aku..Yzouan la tempat untuk aku mengadu segala keresahan dan Yzouan sangat menyayangi aku seperti adiknya sendiri.Yzouan telah berkawan lama dengan aku sejak dari sekolah rendah lagi.Kelakuannya sebiji seperti Nikki,tak ubah sikitpun.Kadang kala aku tersenyum sendiri apabila terkenang lawak yang sering dicipta Yzouan setiap pagi apabila menuju ke kolej. Syukurlah tuhan menghantar Nikki untuk menggantikan tempat Yzouan dan sering memujuk hatiku dan menjadi teman yang mengisi kekosongan dihati aku.

"Nok,kau jangan la nangis kat sini,aku takut!Aduh...!!" Nikki panik.Ramai orang disekeliling sedang memerhatikan.Wajah Nikki mula naik segan.
"Kalau dia ada sekarang ni kan best...dia yang selalu belanja aku!"Airmata aku mengalir lebih deras lagi.Aku sememangnya seorang yang kuat nangis.Walaupun perkara kecil.Sukar untuk aku mengaku tapi kadangkala jika aku melihat pengemis tepi jalan pun aku akan menangis.Mungkin agak over,tapi itulah aku! Seorang gadis yang kuat nangis bak kata mama.
"Aduh.takpa!takpa!Hurm,Akak,bagi set Chicken McNugget tu dengan 2 Set Ayam Goreng Mcd spicy yer.Air semua pepsi."Nikki terus mengorder untuk Qiuna.

"Adik,kawan adik tu kenapa??" Wanita yang bekerja dikaunter itu mula mengorek rahsia.
"Alar akak ni sibuk bebenor yer...cepat siket order tu..Dah lapar ni."Nikki menjeling...
Setelah mereka menerima makanan yang mereka telah order sebentar tadi,dengan segera mereka mengambil sit dibelakang sekali..

"Nikki,tadi tu berapa??"Aku menyoal Nikki..
"Alar...takpa,mak belanja kau nok...Ok??"Nikki melemparkan senyuman..
"Serious..??thanx.." Fikiran aku mula tenang.
"No hal.." Nikki memberi senyuman.

"Hye y'all........"Isaac datang menyapa.Terus duduk ala-ala supermodel.
"Hye babe...ni ayam goreng Mcd."Nikki menghulurkan Ayam Gorengnya..
"Berapa nok??"Isaac mengeluarkan dompet.
"Takyah,aku belanja."Nikki melemparkan senyuman sumbingnya.Comel kononnya.
"Aduih.Dapat laki baru ker belanja-belanja orang ni??Isaac menyindir dengan nada yang sungguh sopan..
"Ewah,Ok la! RM20 jer.." Nikki menghulurkan tangannya...
"Eh,choi.!..belanja minta balik.Buruk siku sangat.Pandai adik-adik sekarang ya!..Nak melawan kakak-kakak sekarang.."
"Hahaha! Celaka kau!...Takda,aku dapat extra income bulan nie.Sebab tu la..."
"Owh...So bulan ni kau tanggung aku la..??" Isaac tersengih..
"KO INGAT KO CHANTIK.???" Nikki mengembangkan hidung........
Semua ketawa terbahak-bahak.Hanya suara mereka kedengaran direstoran itu.Isaac sedar mata aku ketika itu sedang merah,tapi mungkin tak berani nak bertanya lebih-lebih,takut aku tersinggung agaknya.

Qiuna nie apa ke hal......mata merah bagai.....pandai coverline....

Issac tertanya didalam hati sendiri....

Beep!Beep
!
Tiba-tiba hp aku berbunyi.Menandakan satu mesej telah singgah ke inbox telefon bimbitku.

Yusof [sayang,u kat mane..??]

Lamunan aku dihentikan dengan mesej yang baru diterima..
"Alamak,Yuyu hantar mesej la....."Aku bimbang kerana Yusof agak tidak suka jika aku keluar merayap tanpa pengetahuannya.
"Hurm...cakap je la kat Mcd dengan aku dengan Isaac.."Nikki memberi cadangan..
"Kau ni macam baru kenal laki aku semalam jerk.Mesti membebel punya..."Aku mula risau..
"Biar aku explain.Nak??" Isaac pula member cadangan...
"Hurm...yer nok,cakap jer la kat rumah dah...." Nikki menambah.
"Takot dia telepon rumah."Aku bingung.
"Hurm...takyah balas,nanti just cakap kau tertidur kat bilik...." Cubaan menipu bertambah.
"Masalahnya kalau dia telefon rumah nanti mama aku yang jawab,cakap aku tak balik rumah lagi.."
"Aduih.Itulah orang bercinta.Nak keluar lambat sikit pun susah...." Isaac menundukkan muka.

Beep!Beep!
Hp aku berbunyi lagi...kali ni panggilan pula...

"Adoi.......................”aku bertambah bingung dan panik.Kepala yang tidak gatal digaru berkali-kali.

Beep!Beep!

Mesej seterusnya masuk ke ruang inbox telefon bimbitnya.Rasa takut makin memenuhi hatinya. Memberanikan diri,dibuka juga mesej itu dengan perlahan dan dengan harapan teman lelakinya itu tidak naik angin..

Yusof [Asal tak jawab nie..??Sayang kat ner...???]

"Nak jawab apa ni weh...??????" Aku dah buntu..
"takya jawab..........hurm.."Isaac memberi cadangan lagi..

Beep!Beep!

Yusof [Sayang marah Bie pasal tak hantar balik ker...??sayang,sorry!]

"Aduih,dia ni ingat aku marah la plak...susah!"aku dah tak boleh duduk diam.Kalau ada mesin masa Doraemon mahu saja aku terus kebilik.
"Hurm.......hah....!!!" Tiba-tiba Nikki mendapat cadangan...
"WHAT..???" mataku terbeliak..
"Hurm.....kau telefon mama kau sekarang..Planning dengan dia cakap kalau Yusof telefon cakap kau kat rumah.Tengah mandi ker..apa ker..."
"Ok!Cantik...kejap,kejap!...."aku ikutkan saja cadangan itu kerana terlalu panik..

Belum sempat aku hendak menekan butang ditelefon bimbitku,tiba-tiba panggilan dari rumah pula menjelma ditelefon bimbitnya....

"alaamk....."rumah" telepon arr...."
"Hah...bagus la tuh.....takya bazir kredit....planning dgn mama ko skarang...
"orait2....."

segera ditekan butang angkat..

"Hello....?????" aku menjawab dengan nada yg sangat manje......
"Qiuna,Qiuna kat maner nie...??" Suara mama agak tegang sedikit...tetapi tidak kelihatan marah ataupun geram...
"Qiuna kat luar mama....makan dgn kawan skejap....kenapa mama??" Aku cuba explain...
"Qiuna,Yusof kat rumah nie....Mama igt Qiuna keluar dgn Yusof....Diew kat luar tuh....."
"Astaghfirullah..................................................................."Aku mula panik....
"Mama nk ckp ape nie..??" Mamaku pula naik buntu…akulah punca segala-galanya…..
"Aduh!aduh....hurm.....erm......Mama!Mama! Mama ckp dgn diew Qiuna kuar dgn papa keh....ikot papa gi beli barang ker....????"
"Qiuna nie gilew ker..??Mama da ckp da dgn Yusof yg Qiuna tak balik dari kolej agik.......diew risau tuh...cube Qiuna telepon die......Qiuna dgn Nasrullah ker nie...???"
"A'ah....dgn Nikki.....eh!eh!Nasrullah......ok la..nnt org telepon Yusof...bye!bye!"
"eh!eh!kamu nie balik kol bapew nie...???" Puan Aminah ingin mendapatkan kepastian..
"jakgi eh..........kejap jer..."Aku cuba sehabis baik cuba sehabis baik memujuk ibuku itu..
"klo balik lmbat tepon taw...bye!!!!" Mama memberi amaran (dengan nada baik la…semestinya…)
"yes mam.."
Segera ditekan butang letak..telefon dimatikan...Ditenungnya telefon bimbit itu berkali2 dan akhirnya aku mengambil keputusan untuk berterus terang dengan Yusof..segera aku dail nombor Yusof yang tertera ditelefon bimbitnya itu..

Beep!Beep!

tak sampai 3 kali deringan,telefon dijawab..
"Alow syg......???" Yusof menjawab panggilan itu dengan nada yang agak cemas...
"Bie..??tepon balik.....xde kredit...."
"ok!ok!"

Beep!Beep!
"Haluuuuuuu................................"aku menjawab panggilan itu seperti tiada apa2 yang berlaku dengan sura menggoda dan manja...yang confirm akan buat Yusof cair meleleh.........pasti!
"Sayang kat maner nie....???bie risau tau tak...??Bie dtg umah td mama ckp syg tak balik lagi......sayang pegi mane nie..??" Yusof mula membebel memanaskan telinga Qiuna..
"Bieee................sorry!i kluar makan dgn Nikki n Isaac...."
"Hah.......kan senang bagitau Bie mcm tuh....bukan bie nk marah syg kuar makan pon...."
"Serius..........??" Aku agak tekejut kerana sebelum ini Yusof agak keberatan membenarkan aku keluar dengan kawan2ku..
"Yer syg......makan kat ner tuh...??"
"Kat Times Square....McD.."
"Ok......so nk bie pick up ker balik sndiri...??"
"Jap2...tanyer Nikki......."Nok,aku balik dgn laki aku eh....""
"hurm.....syg balik dgn bie la.." tak sampai hati pula Yusof membiarkan teman wanitanya itu seorang diri.....
"da smpai mesej eh....org turun...."
"ok....."

Telefon dimatikan.Kelegaan dihati aku tuhan saja yang tahu...

Kenapa sayang tak mahu terus terang jer dgn bie..?? bie bukan lama da kat sini...

bersambung..