tiertier fairy story!

My photo
Queen's Lake, Kuala Lumpur, Malaysia
Hye.. Assalammualaikum! First and foremost, THANK YOU SO MUCH for viewing my super CRAPILICIOUS blog!! I'm just a normal chick who loves talk too much. Dance and sings is my life as i loves entertain! Leave a positive comments could be a strength for me to keep writing! :) LOVES! Follow me on twitter : @ChocTierway

Saturday, August 22, 2009

Tanpa Kekasihku (Chapter 5)

“Qiuna,Qiuna,diorang panggil you pergi dewan kuliah 5 sekejap..” Seorang gadis memanggil aku dari belakang.Aku ikutkan saja arahan itu tanpa banyak bersuara.Aku masuk kedalam dewan kuliah dengan rasa ragu-ragu.Entah kenapa agaknya.Aku teruskan saja langkah dengan buku-buku didakap kedada.Sejurus aku tolak saja pintu, riuh satu dewan bersuara.

Happy birthday to you..
Happy birthday to you..
Happy birthday to Qiuna..
Happy birthday to you…

Ditiupnya oleh aku lilin yang dicucuh diatas kek coklat itu.

Satu dewan bertepuk tangan.Semua orang sibuk memeluk dan ‘wish’ kepada aku.Aku sendiri terlupa dengan birthday aku sendiri.Agak banyak hadiah yang aku terima.Sungguh aku rasa terharu dengan surprise party ini. Yusof muncul dihadapan aku dan memberikan aku satu kotak berwarna merah.Sebesar tapak tangan.

Aku buka dengan perlahan dan seutas gelang tangan menanti untuk dipasang ketangan ku.Sungguh airmata aku bergenang.Segera Yusof ambil gelang tangan itu dan pasang ke pergelangan tanganku.Satu dewan bertepuk tangan.Aku hanya mampu tersengih.Segera aku potong sedikit dari kek itu dan aku suap kemulut Yusof.

“Happy birthday sayang.Semoga panjang umur..” Yusof masih memegang pinggangku.
“Thank you sayang for the party.Orang betul-betul lupa birthday orang..”
“Anything for you dear.I love you..” Andy memberikan kucupan tepat kedahi.Aku senyum saja.
“Love you too sayang.”
“Sayang,today last day Bie kat KL.Esok Bie dgn Abang Jeff nak pergi Singapore.Daddy nak jumpa.”
“Alar..nak ikut..” Aku memujuk.
“Kelas?” Yusof bertanya.
“Ada…” Aku tersengih.
“Takya mengada.Bie pergi seminggu je.Nanti Bie mesej dia keh..”
“Ok sayang.I’m gonna miss you..”
“Balik nanti Bie bawak pergi dinner keh..”
“Ok..I love you…”

Malam itu aku masih teringat-ingat parti tadi.Aku belek-belek gelang tangan yang Yusof hadiahkan.Kadang-kadang tersengih-sengih aku sendiri.Hadiah-hadiah yang aku dapat cukup banyak dan aku cuba buka satu persatu.Masih ada 2 hadiah aku belum buka.Aku buka dulu hadiah yang berbungkuskan plastic merah jambu.Aku baca kad yang terlekat diluar kotak.Oh,dari Isaac dengan nota bertulis “Nok,happy Birthday.Euu..da tua!”
Aku tergelak sendiri.
Segera aku buka,bingkai gambar rupanya.Segera aku capai gamba aku dan Yusof yang berada didalam laci dan segera aku pasang ke bingkai itu.Comel hasilnya.

Aku capai hadiah yang terakhir.Besar tapi agak ringan.Tiada nota ataupun nama si penghantar.Aku buka dan ‘Bear’ yang sangat comel berwarna coklat.Aku peluk bear itu. Comel!

Siapa penghantarnya agaknya..

Aku seperti ditiup angin mengantok.Segera aku tolak semua kotak-kotak hadiah kekaki katil dan sampah sarap aku biarkan saja ketepi.Cuma bear itu saja yang aku tinggalkan diatas katil.Segera aku tutp lampu meja dan aku peluk bear itu sehingga aku terlelap.

Nikki [Qiuna,aku tak boleh ambil kau la pagi ni.Kereta aku masuk workshop]

Mesej yang aku terima selepas aku bersiap nak ke kuliah itu buat aku kecewa sedikit.

Aku [Ok2..c u kat sane]

Macamana ni?nak ponteng kelas ke naik bas?Call Yusof la..

Beep!Beep!

“Hello sayang” Yusof jawab..
“Bie kat mana? Nikki tak dapat hantar la.”
“Sayang,Bi on the way pegi Singapore ni.Nak pergi jumpe Papa.Da cakap semalam kan?” Yusof menerangkan.Aku saja yang terlupa.Yusof balik Singapore seminggu.
“Owh ye..Ok la..Pandu baik-baik ok dear?”
“Habis tu pergi macamana ni? Suruh Papa hantar..”
“Naik cab kot.Papa dah pergi keje pagi-pagi lagi..”
“Alar..Bie risau la.Bie patah balik hantar sayang la..”
“Eh..tak payah-tak payah.Takpe-takpe..orang naik cab..”
“Betul ni??jalan baik-baik.Da sampai mesej Bi.”
“ok..”

Telefon dimatikan.


Nampaknya pagi ini aku betul-betul berjalan kaki ke bas stop.Puas aku tahan taxi tapi satu pun tak berhenti.Aku teruskan saja menahan dengan harapan ada yang kasihankan aku pagi ni.Kelas lagi sepuluh minit ni.Alamak!

Pinn!Pinn!

Bunyi hon kereta itu memeranjatkan aku yang sibuk mengelamun.Aku tolehkan saja muka dan cuba mengenal pasti pemilik kereta sports putih itu.Aku perhatikan dalam-dalam.

Yer.Betul.Mamat ni..

“Hey...Jom..” Andy memberikan senyuman..
“Takpa..Saya tahan taxi..”Aku cuba menolak.
“ Takyah la sombong-sombong.Saya takkan nak buat apa-apa kat awak punya.Janji sampai depan kelas saya hantar awak.”
“Memang la.Dah kelas kita sama.” Aku tersengih.Harus ke aku ikut dia?
“Come on.” Andy memujuk lagi.
“It’s ok..” Aku tegas menolak lagi.
“Hurm..ok…” Segera ditutup pintu kereta dan Andy menuju kearah aku. Aku terkejut pada mulanya.Apa yang dilakukan lelaki ini.
“Awak buat apa ni? Pergi la…kelas lagi 10 minit tau tak..”
“Nak tunggu awak.Saya tunggu sampai awak dapat taxi.” Andy memberikan senyuman nakal.
“Ya rabbi.” Aku mula nak mengalah.
“Tahan la..mana ada taxi..” Andy memerli aku pula.
“Fine! Fine! Jom…let’s go..” Aku kalah dengan pujukan itu.Ternyata Andy sememangnya gembira dengan kekalahan aku.Aku ikutkan saja naik kedalam kereta.
“Kan senang kalau dari tadi awak setuju..” Andy memulakan perbualan.
“Tak biasa naik kereta orang yang saya tak kenal..”
“Apa lak tak kenal.Saya tau nama awak.Awak tau nama saya..” Andy bergurau.
“Awak memang macam ni ek..?bawak masuk gadis-gadis yang awak tak kenal masuk dalam kereta,tumpangkan diorang..” Aku pula memerli.
“Not all actually.Yang saya interested je..” Andy tenung muka aku.
“No offense.Saya dah ada teman lelaki.I love him” Aku berterus teras.
“I don’t care.Kalau saya nak,saya nak la..” Andy mula tegas dengan pendiriannya.Aku diamkan saja.
“Memang selalu naik taxi ker?” Andy menanya lagi.
“Awak ni memang banyak tanya kan..” Aku tersengih.
“Tak nak jawab takpe..” Andy pula tersengih.
“La..merajuk pula dah..takdalah,selalunya pergi dengan Nikki.Yang semalam ber’I You I You’ dengan awak tu..”
“Owh..then hari ni?”
“Kereta dia masuk workshop.So,I have to go by myself.”
“Boyfriend you..?”
“Banyak tanya ek………Girlfriend you mana?” Aku pula bertanya.
“Eh,orang tanya dia,dia tanya kita balik pula.Girlfriend saya yang mana satu?” Andy tergelak.Aku pula yang tersengih.
“Kyra” Aku terangkan.
“Owh..MC hari ni.tak sihat katanya!” Andy explain.Aku malas nak bertanya lebih banyak. Kami terus saja menuju ke Kolej.

Perjalanan itu sangat kekok bagi aku.Aku terus saja memandang keluar tingkap.Perjalanan itu seakan lama pula apabila menaiki kereta ini.Mungkin tak biasa.

“Thanks for the ride.” Aku melemparkan senyuman.
“eyh..pegi dengan saya sekali lah.”
“Hurm..ok!”

Walaupun agak kekok aku teruskan saja menuju kekelas dengan Andy.

Ternyata apabila masuk kedewan kuliah,semua mata terus memerhatikan aku yang masuk sekali dengan Andy.Jelas kelihatan kuliah sudahpun bermula.Kami yang terlambat. Kami mengambil tempat duduk kebiasaan.
“Balik saya hantar.I don’t care..” Bisikan Andy itu cukup buat aku terdiam sebentar.

Bersambung..

No comments:

Post a Comment

pleasure!