tiertier fairy story!

My photo
Queen's Lake, Kuala Lumpur, Malaysia
Hye.. Assalammualaikum! First and foremost, THANK YOU SO MUCH for viewing my super CRAPILICIOUS blog!! I'm just a normal chick who loves talk too much. Dance and sings is my life as i loves entertain! Leave a positive comments could be a strength for me to keep writing! :) LOVES! Follow me on twitter : @ChocTierway

Saturday, August 22, 2009

Tanpa Kekasihku (Chapter 7)

Seperti yang aku jangkakan..

Memang tidak mengecewakan..

Tepat pukul 8 tepat kereta Yusof menanti aku diluar.Namun aku pula yang masih terus menyapu blusher yang dari tadi ditanganku.. Aku memberi isyarat menunggu kepada Yusof melalui tingkap dibilikku..Ternyata Yusof nampak sangat-sangat segak malam ni..Tak seperti biasa..
Aku menjadi tidak sabar untuk keluar..Sesudah itu aku letakkan sedikit lip gloss kebibirku menampakkan ia lebih merah dan menawan.Aku turun tangga dengan lajunya..

“Mama,Qiuna pegi dulu..” Sempat aku jerit-jerit anak kepada mamaku yang sibuk berada didapur..
“Papa….” Pipi ayahku kucium dibelah kanan..
“Jangan balik lambat…awak tu anak dara…”
“ok bos..” Aku memberi tabik ala-ala askar kearah ayahku dan segera aku menyarung kasut tumit tinggi 3 inci berwarna biru muda kekakiku..

Segera aku mendekati Yusof yang dari tadi bersandar ditepi keretanya..Entah kenapa tiba-tiba aku berasa sangat segan..Aku tersengih sendiri..Yusof memang kacak malam itu..

“Hye…” Aku cuba untuk tdak berasa kekok didepan Yusof..Entah apa yang aku segankan sedangkan bukannya sehari dua mengenali Yusof..
“You look so pretty..”Yusof melemparkan pujian beserta senyuman yang sangat manis..
“Thanx..” Aku bertambah segan..merepek betul…

Segera Yusof buka pintu kereta dan melamar aku memasuki keretanya..Aku ikutkan saja permintaannya dan memasuki kereta itu..
“Kita nak makan kat mana..??”Aku cuba bertanya..
“Hurm…your favourite place…??” Yusof senyum..
“Great…Rindu nak makan steak…” Aku excited…seakan-akan aku tahu bahawaYusof mahu memberikan kejutan kepadaku..
“Sayang nampak nice pakai dress nie…cantik sgt…”Yusof terus memuji..walaupun matanya kadang-kadang meliar memandang seluruh tubuhku.Entah mengapa aku asyik terus tersengih.

Yusof memang sweet…

Jantungku terus berdegup kencang…Aku tahu yang Yusof memang ada kejutan untukku..Aku sangat excited ketika ini..Ikutkan hati mahu saja aku bertanya terus kepada Yusof tujuannya membawaku keluar..Namun pada masa yang sama hatiku terasa seperti tak sedap…Mungkin aku terlalu memikirkan..Wajah Yusof yang sedang kusyuk membawa kereta memang menawan..sangat gagah..Tapi Yusof terus membisu didalam kereta..mungkin dia memikirkan tentang kejutan untuk aku…Hatiku terus bergoncang..Rasanya restoran itu sudah hampir..Aku diam kan dan turutkan saja apa yang berlaku tapi yang penting aku memang tak sabar-sabar.

Teknik Yusof membawa kereta memang cekap..Yusof ‘parking’ kereta dengan baik sekali..Yusof keluar dari kereta dan mengarahkan aku untuk tidak bergerak kerana dia yang kan membuka pintu kereta untukku..Aku tidak biasa dengan semua ini kerana selalunya aku yang akan membuka pintu kereta sendiri tapi malam itu Yusof tersangat-sangat romantik..Aku ikutkan saja kemahuannya..Sesudah pintu kereta dibuka,aku pun dengan elegannya keluar dari kereta dan Yusof menghulurkan tangannya untuk mencapaiku..Sakit kakiku pagi tadi sudah suram kerana mama urut dengan baik sekali..Kami pun terus menuju ke restaurant yang menjadi kebiasaan kami untuk berdating..Ternyata Yusof telah menempah tempat duduk kami awal-awal lagi..Kami ditempatkan ditempat duduk betul-betul bersebelahan dengan kolam ikan..Suasana ketika itu sangat romantic dengan lilin yang ternyala dimeja kami..

Seorang pelayan datang ke meja kami dan kami terus membuat tempahan..Kami order makanan favourite kami seperti biasa..Yusof terus menatap mataku dan memandang wajahku.Aku cuba untuk berlagak normal tapi tak mampu..

“You look so beautiful sayang….”Yusof terus memuji aku..
“Really..??”aku tersipu-sipu malu..
“Betuah lelaki yang akan memperisterikan you suatu hari nanti….” Yusof terus memberikan pendapat yang aku rasa cukup manis dengan senyumannya..
“Well….I hope the lucky guy is you….” Aku pula tersengih.Seperti tidak percaya aku yang menyatakannya…
“I love you sayang…” Yusof terus memegang tanganku dan senyum..Tapi seperti ada yang tak kena disebalik ucapan cinta Yusof itu..Mungkin aku yang keterlaluan berfikir.
“I love you too,Bie…”aku membalas kembali kata cinta Yusof itu..

Tak sampai 10 minit,waiter pun datang membawa makanan kami dan kami menikmati makanan itu.Aku terus menikmati hidangan itu kerana aku memang lapar.Kami sering memandang antara satu sama lain..

Diam tak diam makanan kami pun telah habis kami telan..Satu persatu disuap kemulut.. Kemudian kami dihidangkan pula dengan dessert ice cream..Ice cream itu pula yang kami nikmati..setiap sudu aku nikmati dengan penuh nikmat..Kami jugak berborak tentang kelas, dan macam-macam lagi.Seakan-akan tiada lagi esok untuk kami.Kami nikmati malam itu dengan sepenuhnya..Malam itu cukup indah dan membahagiakan..Setiap saat bersama Yusof aku nikmati dengan penuh teliti..Untuk make sure yang aku tak mahu terlepas walaupun sedetik waktu dengan Yusof..Bagiku,memori bersama Yusof akan sentiasa dihatiku..Ikhlas dari hati,aku memang mahu Muhd Yusof B. Haji Talib menjadi lelaki yang akan menghabiskan seluruh hidupnya bersama aku..I love you Yusof..I do..

Qiuna sayang…Bie memang sayangkan Qiuna..Adanya Qiuna didalam hidup Bie seakan-akan membakar setiap memori pahit dan hitam dalam dunia Bie..Qiuna la satu-satunya wanita yang Bie cinta,sayang dan kasihkan. Qiuna,you’re my everything.. Kadang-kadang Bie rasa seperti Bie tak layak mendapatkan cinta Qiuna..Qiuna terlalu sempurna untuk Bie..

Sesudah kami menghabiskan makan malam,Yusof menyelesaikan bil dan seperti yang dijanjikan Yusof akan terus menghantar aku pulang..Aku seperti tak sanggup pula menuju ke kereta kerana tidak mahu malam yang indah ini berakhir.Aku dihantar terus oleh Yusof sehingga kedepan pintu rumah..Sempat Yusof mengucup dahiku..

Yusof sememangnya seorang yg bertanggungjawab..Dia pastikan aku selamat masuk kerumah sebelum dia mula bergerak pulang..Aku teruskan saja melangkah kebilik.Ternyata mama dan papa sudah enak dibuai mimpi masing-masing..Aku cuba menaiki anak tangga dengan perlahan agar tidak mengejutkan dua orang tua aku itu..Sesudah sampai kebilik,aku berada diawangan sebentar.Mungkin masih ternyiang-ngiang lagi ditelinga tentang pujian Yusof berulangkali kepada aku semasa makan malam tadi..

Aku pun terus mencapai telefon bimbitku dan mula menaip..

Aku [Thanx for tonight hubby……I love you]

Yusof tidak reply..Mungkin masih memandu..aku duduk diatas katil sebentar..Aku tunggu lagi..Kali ini sudah 10 minit aku menunggu..Aku masuk saja kebilik air dahulu kerana tak tahan nak buang air dari tadi dan terus menukar pakaian.Setelah aku keluar,mesej yang aku hantar tadi masih lagi tidak berbalas..Aku andaikan Yusof masih sedang memandu..Tapi dah dekat 20 minit..Tak mungkin Yusof tak sampai rumah lagi. atau mesej aku tadi mungkin tak penting sangat untuk dibalas..

Tak mungkin.

Selalunya walaupun mesej “Good Night” pun akan dibalas Yusof tak sampai seminit..Aku cuba mendail telefonnya..kali ini telefonnya off..

Habis bateri kot hp dia….

Aku rasa bateri phone die habis la..That’s why dia tak send mesej….jam pun sudah menunjukkan pukul 11 malam..aku pun sudah kepenatan..rasanya dah 4 kali aku menguap nie…esok pula ada discussion..Baik tidur…

Good Nite Yusof…….i love you….

Mataku terus terlelap…

Bersambung..

No comments:

Post a Comment

pleasure!