tiertier fairy story!

My photo
Queen's Lake, Kuala Lumpur, Malaysia
Hye.. Assalammualaikum! First and foremost, THANK YOU SO MUCH for viewing my super CRAPILICIOUS blog!! I'm just a normal chick who loves talk too much. Dance and sings is my life as i loves entertain! Leave a positive comments could be a strength for me to keep writing! :) LOVES! Follow me on twitter : @ChocTierway

Saturday, August 22, 2009

Tanpa Kekasihku (Chapter 6)

“Ok class…Don’t forget tomorrow’s discussion keh….2 petang kat sini..” Prof Azim remind kembali perjanjiannya dengan semua student tentang perbincangan yang akan diadakannya esok..semua pelajar diwajibkan hadir..Aku pula dah janji nak pergi tengok wayang dengan Yusof.Rindu seminggu tak jumpa.

Semua org sudah mula mengemaskan barang masing-masing..Begitu juga aku..Aku mula memasukkan buku kedalam beg sandangku itu dan mula memasukkan benda-benda yang lain..Aku masih terfikir lagi bagaimana nak menerangkan kepada Yusof tentang pembatalan janji kami esok.Aku mengeluarkan telefon bimbit dan bangkit dari tempat duduk namun masih tak bergerak kerana tak mahu berasak-asak keluar..

Qiuna [hubby kat mane..??]

Mesej itu dihantar tepat kepada teman lelakinya itu..tak smpai 2 minit,mesej aku itupun dibalas..

Yusof [Kat kafe arr…tggu sayang…Rindu gila!]

Senyuman aku terukir dengan sendirinya..Seperti biasa,mesej-mesej Yusof tidak pernah mengecewakan.Seperti setiap ayat disusun dengan rapi tanpa ada mahu walau sebutir kesalahan..

Aku terus menuruni anak tangga..Heels yang aku pakai hari ni cukup menyeksakan kerana agak tinggi dan aku tak biasa sebab ianya masih baru…Aku terus menuruni tangga dengan berhati-hati…Ada 8 lagi anak tangga..Aku teruskan saja satu-satu anak tangga itu dengan harapan tak tersadung dan memalukan diri sendiri..inilah masalahnya kalau selalu ambil tempat duduk yang belakang-belakang..

Tiba-tiba perkara yang aku benar-benar tak nak berlaku,berlaku juga..Aku tewas dengan high heels 4 inci ini pada anak tangga yang ke 3..Kakiku tak mampu mengawal diri sendiri dan aku tersadung..

Tiba-tiba belum sempat 30 darjah aku terjatuh,seseorang yang kuat lengannya menarik lenganku dan aku tertarik terus kedakapannya..Aku agak malu namun aku tak sempat memerhatikan siapakah yang berjaya menyelamatkan aku itu..Buku-buku yang aku dakap didada dari tadi terus bersepah ke lantai..

Aku masih lagi dalam dakapannya.

Trauma!

Malu!

Lengannya masih dibahu dan dipinggangku..Yang kelakarnya kami masih berkongsi anak tangga keempat..Muat pula tu..Lenganku pula seakan-akan memeluk pinggangnya tapi aku taknak mengaku…Mungkin hanya memegang saja tanpa ada perasaan..Dengan beraninya aku mendongakkan kepala dan alangkah terkejutnya aku..

“thanx…”segera aku berterima kasih..dan aku tolak badannya yang sasa itu ketepi sedikit..
“it’s ok…are you ok..??” Andy tersenyum..tangannya msih memegang bahuku.
“I’m ok…thank you….”
“Let’s go Andy…it’s quite late…I’m starving..” suara Kyra itu mematahkan keadaan roamntik yang baru nak berapi..Segera ditariknya lengan lelaki itu oleh Kyra..sempat pula Kyra menjeling aku..Buku-buku yang bertaburan dilantai telah pun siap dikutip Nikki yang dari tadi memerhatikan saja drama..
Aku perasan Andy melemparkan senyumannya itu pada aku..

“Wah….meletop Qiuna” Isaac ingin mengusik…
“Kau jangan cerita bukan-bukan dengan Yusof tau..Mampus aku nanti…” Aku terpaksa menjelaskan keadaan..
“ok…aku memang la tak!takot diorang yang lain-lain tu yang sibuk….”
“Sakit siot kaki aku….” Aku mula merasakan sakit pada sendi kaki ku..terpelecok mungkin..
“Motif nak pakai heels…?? Gatal betul….”
“Ala…akupun nak feeling women juga..saje jer nak try…..”
“Sakit ker..??Kau boleh jalan tak ni?? Mesej Yusof suruh datang sini.Aku tak larat nak dukung kau…”
“Tak payah lah…Aku mampu berjalan lagi la…..” Aku cuba menerangkan situasi kepada kawan-kawan ku itu..Aku tau mereka memang ambil berat tentang diriku..

Kami meneruskan perjalanan menuju ke kafe..Yusof masih menanti aku disana..Aku cuba untuk berjalan dengan elok untuk memastikan Yusof tak perasan dengan apa yang terjadi dikelas tadi..Aku teruskan saja walaupun pada zahirnya aku tau yang aku jalan berjengket sedikit..Tak seperti biasa..

Dari hujung aku memang dah nampak Yusof sedang bermain dengan telefon bimbitnya.. Game lagi la tuh…Nikki yang dari tadi memapah aku,aku suruh lepaskan tanganku..Aku tarik nafas seminit dan terus berjalan kearah Yusof.

Confident!

Tapi seperti biasa,I’m such a bad actress…

“Sayang,apasal nie..??jatuh kat mana…???” Yusof terus memegang tanganku dan membiarkan aku duduk…
“Kenapa ni..?? Isaac??Nikki..??” Yusof teruskan pertanyaan..Bertubi-tubi.Seperti tidak sabar..

“Hurm…Bie…tadi nak cepat jumpe Bi,orang lari la…tiba-tiba orang tak perasan ada kulit pisang kat tangga pastu orang tepijak…jatuh la!” Aku sememangnya tak pandai menipu..
“kulit pisang..??” Yusof pandang aku dengan penuh sinis…
“ye weh…kepala sampai dulu plak tuh….”Nikki menambah..Namun kalau nk diikutkan hati,mahu saja mereka ketawa terbahak-bahak dengan gelagat Nikki..
“Kepala otak kau…”Aku tergelak…..
”hurm…terpelecok siket je…” Aku explain lagik jauh..
“Ok tak nie..??nak bie picit..??” Yusof cuba mengoffer…aku tahu dia memang tak sanggup walaupun lihat aku digigit semut..
“ok…takpe!takpe! orang ok….sakit siket je..” Aku menerangkan keadaanku..

Aku pun mulalah mencari poin untuk cancelkan date kitorang esok sebab discussion tu..

“Hurm..Bie,esok tak boleh tengok wayang larr…..kelas kitorang ada discussion pukul 3…so….”
Aku cuba terangkan dengan harapan Yusof akan faham…

“Yeke..??takpe la..Bie paham….Tapi malam ni punya dinner jadi kan..??” Yusof ingatkan kembali perjanjian kami yang lagi satu..
“Ok ok..tapi bie kena angkat org jela..kaki sakit ni..”Aku memberikan senyuman memikat..
“For you dear,I’m willing to do anything…..” Yusof pula memberi senyuman yang sentiasa buat aku cair…

Aku ketawa anak kecil..aku perasan Nikki dan Isaac seakan-akan mahu termuntah kerana melihat kami yang sedang bermesra…

“Eh…Abang Isaac…Abang willing to do anything untuk adik Nikki…??” Nikki cuba untuk bahan kami berdua…Nikki mengajuk Yusof..kami hanya mampu tersengih…
“Mesti la sayang…”Isaac pula ikutkan saja kepala Nikki..

Mereka sempat ketawakan kami..Penuh dengan suara kami berempat saja didalam kafe itu..bergema suara Nikki yang nyaring tuh..Aku pula dipapah Yusof untuk menuju ke kereta..sempat aku melambaikan tangan tanda “selamat tinggal dan jumpe esok” kepada Nikki yang keretanya tidak jauh dari kereta milik Yusof…

Sementara didalam kereta..

“Sayang da makan..??” Yusof menanya kepada aku dengan nada seorang suami yang begitu kasihkan isterinya..
“Sudah hubbyku….Bie..??” giliran aku pula bertanya kepada yusof dengan nada seorang isteri yang begitu kasihkan suaminya..
Berada dengan Yusof adalah saat-saat yang sangat membahagiakan..
“Lupa tadi nak suruh makan kat kafe…”
“Takpa…orang nak balik terus..Kaki berdenyut nie….Malam nanti nak ambil orang pukul berapa..??”
“Bie ambil sayang pukul 8 okeh?”

Aku tak membalas dan hanya memberikan senyuman menawan kepada Yusof…Sempat dia mengusap kepalaku dengan belaian kasih sayang.Cukup romantic.

Kereta pun sampai dihadapan rumahku…Dikucupnya dahiku oleh Yusof dan aku tak perlukan seorang untuk bukakan pintu kereta untukku seakan-akan seorang puteri…Aku keluar dari kereta dan menghadiahkan Yusof dengan seukir senyuman..

“Jumpa malam nanti ye sayang…” Yusof sempat mengingatkan aku…Sempat pula aku melambaikan tangan dan flying kiss kearahnya…


Bersambung..

No comments:

Post a Comment

pleasure!