tiertier fairy story!

My photo
Queen's Lake, Kuala Lumpur, Malaysia
Hye.. Assalammualaikum! First and foremost, THANK YOU SO MUCH for viewing my super CRAPILICIOUS blog!! I'm just a normal chick who loves talk too much. Dance and sings is my life as i loves entertain! Leave a positive comments could be a strength for me to keep writing! :) LOVES! Follow me on twitter : @ChocTierway

Saturday, August 22, 2009

Tanpa Kekasihku (Chapter 12)

“Qiuna,Nikki dgn Isaac kat bawah nie ha..” Pekikan mama itu aku dengar dengan jelas. Lalu aku nyahut dengan manja..
“Kejap!Kejap!..”

“Nikki dengan Isaac duduk dulu keh..?? Makcik buatkan air..Berdua jer ke..??” Puan Aminah menjemput kedua-dua kawan baik Qiuna itu untuk duduk.
“Berdua jer cik..Tak yah susah-susah la Mak Cik…fresh oren jer..” Nikki tersengih..
“Takya layan dia nie makcik..bg fresh epal jer…” Tergelak kedua-dua manusia itu.Puan Aminah pun turut tergelak dengan gelagat Nikki dan Isaac itu.
“Kamu sarapan sini jer yer..Mak Cik da masakkan Mee Goreng..Dah tau kamu semua nak datang..” Puan Aminah menambah offer.
“Okeh jer…” Nikki ketawa..

“Hoi..korang buli mak aku ye…” Qiuna yang menuruni anak tangga menegur gelagat teman-temannya itu..segera dia menuju kedapur dan membantu ibunya yang sedang menyediakan sarapan..
“kita nak bergerak pukul berapa ni..?” Isaac menyampuk..
“Kejap lah..lepas sarapan terus gerak…”Nikki menjawab..
“Guys…makan..” Qiuna ajak..
“Nanti kat Muzium kena bahagi kumpulan ker..?” Isaac tanya lagi..
“Kau ingat aku ni kaunter pertanyaan ke..??Jom makan…”

Perbualan itu terhenti disitu.Mereka menikmati makanan yang dimasak oleh Mama. Ternyata mereka memang sukakan masakan ibu kerana dua kali mereka menambah. Sesudah selesai kamipun gerak menuju ke Universiti.Perjalanan itu cukup menghiburkan kerana kami bertiga sangat happening.Aku cukup gembira.Kadang kala aku teringatkan kata-kata Kyra semalam.

Ketika kami sampai,bas kami sudahpun tiba tetapi semua pelajar masih lagi belum sampai.Ada yang masih lagi sedang menikmati sarapan mereka.Kami duduk dibangku dan masih menunggu waktu untuk menolak.Dari sini aku perasan Andy sedang duduk dibangku bersama Kyra.Andy cukup kacak hari ini dengan cermin mata hitamnya. Aku yang dari tadi perhatikan dia berjaya ditangkap oleh Nikki..

“Kau usha mamat tuh ekk..??” Nikki memberikan senyuman menyampahnya.
“Excuse me?Motif nak pandang dia.? Taklah..!”
“Nok aku tahu la..kau boleh tipu orang tapi aku da jadik kawan baik kau bertahun ok..”
“Fine..ok..so what aku pandang dia..”
“Qiuna,tak payah sembunyikan perasaan kau.Life must go on.If you think Andy is for you,go get him…Kau suka Andy?” Nikki mula serius..
Aku hanya diam..Tak pandangpun wajah Nikki.Aku lansung tidak menjawab pertanyaan itu.Dari sini aku perasan semua pelajar sudah mula masuk kedalam bas.Aku cuba mengelak pertanyaan Nikki itu dan mengajak mereka masuk kedalam bas.kadang-kadang aku teringat ayat Nikki tadi.

“Ok semua..tolong masuk cepat..we’re about to move now!..” Kasihan pula aku melihat Miss Fiona handle pelajar-pelajar semua seorang diri.Miss Fiona sememangnya seorang yang tekun.
“Qiuna,can you help me to call the rest..??” Aku yang baru sahaja mahu menjejakkan kaki memasuki bas terus diminta pertolongan dari Miss Fiona.Akupun tanpa memikir panjang terus mematikan langkahku dan terus menuju ke kafe.Aku perasan Andy dan Kyra masih lagi duduk disana.Entah apa yang ditunggu mereka.Aku terus saja menyuruh pelajar-pelajar lain yang masih menikmati breakfast untuk menyudahkan makanan mereka dengan cepat.Aku tanpa segan silu terus menuju kearah Andy dan Kyra.Menggeletar juga kaki aku ketika menuju kearah mereka.

“Hurm..guys,we’re about to go now..” Aku memberanikan diri menyuarakan pesanan Miss Fiona tadi.
Segera kedua-dua makhluk tuhan itu bangun didepan aku sambil memegang erat tangan masing-masing.Lalu ketika melalui aku, ”we’re getting engaged!” Ayat yang termuntah dari mulut Kyra itu buat aku tersentap dan terdiam.

“hope to see you on our engagement day..” Ayat itu ditambah lagi oleh Kyra.Hatiku seakan-akan ditoreh dengan pisau dan ditabur garam dan cili padi.Sesungguhnya aku memang kecil hati dengan situasi itu.

“Congratulations…” Itu sahaja perkataan yang mampu terkeluar dari mulutku.

Kenapa aku ni?Kenapa aku macam ni?

Fikiran aku bercelaru.Cemburupun ada.Adakah aku menyesal kerana menolak cinta Andy?
Andy yang dari tadi masih terdiam disebelah kyra terus saja mendiamkan diri.Aku tenung saja wajah Andy dalam-dalam.Walaupun Andy bercermin mata,tapi aku perasan matanya memandang tepat kearah anak mataku dengan pandangan yang kecewa bercampur sedih.Aku masih lagi tidak dapat menerima hakikat bahawa Andy akan selama-lamanya menjadi milik Kyra.

Kenapa aku nak sedih sedang aku sendiri yang menolak cinta Andy? Aku bodoh atau aku ego? Perasaan siapa yang aku cuba tipu ni?Perasaan aku sendiri?

Lalu mereka pun menuju ke bas.sememangnya petemuan kami bertiga seakan-akan dirancang.Seperti mereka sengaja menunggu aku untuk memberitahu tentang perkara itu.Tak semena-mena airmataku jatuh kepipi.

Tangisan apakah ini? Kecewa atau sedih? Kau ni bodoh la Qiuna..Andy milik orang.

Sememangnya lawatan ke Muzium itu cukup tidak menggembirakan aku dan buat aku hilang mood.Fikiran aku bercelaru dan tidak focus.Lawatan ini sepatutnya menjadi sesuatu yang seronok sebab banyak activiti kegemaran aku,tapi ianya tidak menjadi seperti yang aku harapkan.Walaupun aku melakukan semuanya dan kadang-kala aku tersenyum,tapi didalam hatiku,sememangnya sedang bercelaru.Aku lansung tidak menghayati keseronokan itu.Buat masa ini aku hanya mahu terperuk dibilik sambil dengar radio dan layan diri sendiri.Dari tadi aku sememangnya tak senang duduk lebih-lebih lagi apabila asyik terlihat Kyra dan Andy.Aku masih lagi duduk diam dibangku.Tunggu mereka menghabiskan aktiviti yang dari tadi sedang berlansung.Aku cuba menyorokkan perasaan kecewa aku agar tidak Nikki dan Isaac perasan.

“Qiuna,napa duduk sorang-sorang kat sini? Tak enjoy?” tiba-tiba Miss Fiona menegur aku dari belakang.Ternyata memang aku terkejut dengan teguran aku.
“Eh..takda la..” Aku jawab selamba.
“I know..muka you menunjukkan kan memang you ada kat sini,tapi fikiran you kat tempat lain.”
“I just don’t want to talk about it..” Aku cuba mengelak..
“Ok..hurm,so you miss him?” Pertanyaan Miss Fiona cukup buat aku tersentap.Siapa yang dimaksudkan oleh Miss Fionapun aku tak tahu.Takut nanti salah jawab malu pula.
“Siapa?” Aku mendapatkan kepastian.
“Who else?Yusof la..or you already got someone else?” Pertanyaan itu buat aku bertambah tak selesa.Perbincangan ini tak seharusnya ada diantara seorang pelajar dan pensyarahnya.Tapi aku rasa Miss Fiona agak baik orangnya.Jadi tak salah untuk aku berkongsi.Mungkin Miss Fiona seorang yang boleh diajak berbual..
“Nak kata rindu,Miss..Mestila..I keep thinking about him every single second.Miss tahu tak,the day dia meninggal dunia tu,kitorang baru saja habis kitorang punya romantic dinner..” Airmataku bergenang lagi apabila berborak tentang Yusof.Buat aku teringat detik-detik lalu..
“You have to be strong Qiuna.You are intelligent,smart and attractive girl.Masa depan you jauh lagi.Tuhan sayangkan dia.You kena redha dan terima semua ini..” Miss Fiona sememangnya seorang yang pakar apabila tiba hal-hal seperti ini.Aku cukup selesa berborak dengan Miss Fiona.
“You know what? Actually,ketiadaan Yusof buat I sunyi..You know the feeling right?”
“Ya..” Jawapan Miss Fiona itu walaupun singkat tapi cukup bermakna..rambut aku diusap manja oleh Miss Fiona.
“Kehilangan Yusof buat I jadi bodoh..I meletakkan perasaan saya pada seseorang yang bukan hak saya.”
“Tak salah untuk awak bercinta Qiuna.Sampai bila you have to be alone?”
“But,I masih cintakan Yusof..”
“It shows that you belum ready untuk membiarkan seseorang mencintai you..”
“Saya sudah mula sayangkan dia..”
“Sayang dan Cinta berbeza Qiuna..Awak kena faham.Sayang tak semestinya perlu bercinta.Kan?Maybe terlalu awal untuk awak ubah perasaan sayang itu kepada cinta”
“Kenapa awal sangat Yusof tinggalkan saya Miss?Tak kesian ker tuhan dengan saya?”
“You sedih buat Yusof sengsara lagi tau tak? You sedekahkan banyak-banyak Al-Fatihah kat dia.Moga-moga roh dia ditempatkan dengan orang-orang yang beriman..”
“Thanks Miss..” Badan Miss Fiona yang kurus itu aku peluk perlahan-lahan.Perbincangan ini cukup buat aku kurang rasa tertekan.Miss Fiona sememangnya seorang yang sangat membantu.Aku cukup suka dengan caranya memberikan nasihat.Sangat professional dan berpengalaman.

“Anyway,next week last submission untuk Lyrics Contest tuh tau..You dah hantar karya you,Qiuna?” Miss ingatkan aku kembali.Airmata kami yang dari tadi sudah setitik mengalir kami sapu habis dari pipi.
“Dah..this Thursday I send kat table you keh..?”
“Ok..tak sabar nak tengok lirik you.Mesti emotional kan?” Miss Fiona ketawa kecil.

Semua orang masih seronok meneruskan aktiviti.Mood aku sudah kembali selepas berborak bersama Miss Fiona.Tiada gunanya aku memikirkan tentang lelaki lain selain Yusof.Aku nekad,Yusof la lelaki terakhir yang akan membahagiakan aku dan mencintai aku.Betul kata Miss Fiona,terlalu awal untuk aku menempatkan seseorang lelaki sama taraf dengan Yusof.Kedudukan Yusof terlalu tinggi untuk orang lain capai.Aku cintakan Yusof,dan selamanya mencintaimu.

Bersambung..

No comments:

Post a Comment

pleasure!