tiertier fairy story!

My photo
Queen's Lake, Kuala Lumpur, Malaysia
Hye.. Assalammualaikum! First and foremost, THANK YOU SO MUCH for viewing my super CRAPILICIOUS blog!! I'm just a normal chick who loves talk too much. Dance and sings is my life as i loves entertain! Leave a positive comments could be a strength for me to keep writing! :) LOVES! Follow me on twitter : @ChocTierway

Saturday, August 22, 2009

Tanpa Kekasihku (Chapter 13)

Banyak penyertaan telah dihantar kepada Kelab Remaja.Penyertaannya cukup menggalakkan.Hampir 1000 karya akan dinilai oleh juri Profesional.Karya yang terpilih akan dibaca dihadapan semua penonton pada hari Majlis Graduasi Pelajar Senior.Semua orang agak yakin dengan karya masing-masing.Ada juga yang terlalu yakin dengan karyanya.

Dewan Besar pada ketika ini sedang dipenuhi dengan semua pelajar.Aku pula sedang menanti Nikki yang dari tadi masih didalam tandas.

“Woi..lame betul kau..”
“Sakit perut la..huhu..”
“Asal..??nervous?”
“Yela..aku harap sgt karya aku menang,Qiuna..”
“Semoga berjaya..”

Perjalanan menuju kedewan besar itu membuatkan aku terserempak dengan Kyra dan Andy yang sedang juga menuju kearah Dewan Besar.Aku cuba berlagak normal seakan tiada apa yang berlaku..

“Hye Kyra..Andy..” Aku cuba menjadi baik..
Kyra telah saja melalui aku dan tidak menghiraukan teguran aku itu.Aku mula tersentap dengan tindakan Kyra itu..
“Hye Qiuna..” teguran Andy itu aku hadapi dengan cemerlang sekali..
“Qiuna,aku cari seat untuk kita dulu keh..?” Nikki mencari alasan meninggalkan kami..
“Hye Andy..” Aku berlagak normal..
“Awak sehat..?”
“Sihat je..”
“Good luck yer..dengan karya awak…”
“You too..”
“Karya yang I cipta is for you..”
Aku terkejut dengan ayat itu.Mata Andy aku pandang dalam-dalam.Aku cuba untuk menenangkan diriku.
“Kenapa?” Aku ingin mendapatkan kepastian.
“I love you Qiuna..I love you so much..”
“Andy,jom la ambil seat..dah nak start ni..” Aku mematikan perbualan itu secara tergantung.Kedudukan tempat duduk kami agak jauh daripada tempat duduk Kyra dan Andy.Aku teruskan saja percubaan untuk focus dimajlis itu.Sekali sekali aku terpadang Andy yang masih giat menenung wajahku.

Majlis telahpun dimulakan dengan beberapa persembahan dan beberapa anugerah yang lain-lain sudahpun disampaikan.Aku perasan Miss Fiona dijemput naik keatas pentas untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan Penulisan Liriklagu itu.Aku menghala pendengaran tepat kearah Miss Fiona.Suaranya cukup jelas dan kelihatan semua pelajar mendengar dengan teliti dengan harapan nama mereka akan disebut sebagai pemenang.Tapi bagi aku,menang bukan segalanya tetapi isi hati yang aku sampaikan menerusi karya aku itu.

“Hye everybody.Selama 2 bulan program ini berjalan,pelbagai karya telah saya terima.Saya terkejut dengan galakan dan supports yang pelajar berikan didalam pertandingan ini.Saya tidak menyangka ramai penulis berbakat didalam Dewan Besar ini.Pelbagai karya telah saya baca dan nilai bersama pensyarah-pensyarah yang lain.”

Semua pelajar sudah tidak sabar menanti keputusannya..
“Pemenang tempat ketiga bagi pertandingan ini adalah,dijemput Nur Nasrullah B.Hasyim naik keatas pentas….”

“Oh my god..babe,aku menang……..YA ALLAH…”keputusan itu cukup buat Nikki terkejut dan terasa seperti nak pengsan.Nikki menaiki pentas dengan pantas dan bertenaga. Bibirnya tak mampu berhenti tersenyum..

“Pemenang tempat kedua adalah,dijemput Andrian Farhan B. Khaeril..” Keputusan itu buat ramai terdiam.Aku turut terkejut dengan keputusan itu.Tidak aku sangka keputusan itu. Andy naik keatas pentas dengan cukup macho.Semua gadis tak henti-henti menjerit dan melaung nama Andy.Tak cukup dengan gadis-gadis,pelajar-pelajar semester satu turut menjerit-jerit nama Andy.Aku masih lagi menunggu untuk nama pemenang dimahkotakan.

“Ok..pemenang bagi pertandingan Penulisan Liriklagu dimenangi oleh,tak lain tak bukan, saya yang memilih karyanya,lansung tiada unsur-unsur kasihan ataupun sebarang rasuah,saya memilih karya ini sebagai pemenang.Pemenangnya adalah Ishaqiuna Bt. Haqiem.”

Terkejutnya aku ketika itu hanya tuhan saja yang tahu.Aku lansung tidak mengagak dengan keputusan itu.Aku bangun dengan perlahan.Aku lansung tak dapt mendengar apa-apa melainkan bunyi tepuk tangan dan jeritan-jeritan orang melaungkan namaku berulang kali.Aku naiki tangga,masih lagi tidak percaya dengan keputusan itu,dan menerima trofi pemberian Miss Fiona.Tepukan itu masih lagi tidak berhenti sehinggala aku mencapai mikrofon dan diminta memberi ucapan.Aku masih lagi tidak percaya dengan keputusan itu. Aku perasan Nikki turut teruja dan tidak berhenti senyum sehingga nampak seluruh giginya. Sesekali aku terlihat Andy turut tersenyum sambil memberikan tepukan kearahku. Aku balas saja senyuman itu.Entah apa lagi patut aku buat.

“Selamat petang semua..tiada apa saya nak ckp melainkan terima kasih dengan hadiah ini. Saya tahu ramai yang menginginkan kedudukan dimna saya bewrdiri sekarang.Sebenarnya, karya terbaik adalah daripada emosi dan perasaan yang anda semua letak didalam pembikinan karya ini.Anda semua adalah yang terbaik apabila anda berjaya mencipta satu karya.Pengalaman banyak membantu mencipta karya ini..”

Pagi begitu gelap..
Hujan tak juga reda..
Ku harus menyaksikan cintaku terenggut tak terselamatkan..

Inginku ulang hari
Inginku perbaiki..
Kau sangat kurindukan..
Beraninya kau pergi dan tak kembali..

Dimana letak syurga itu..
Biarku gantikan tempatmu denganku..
Adakah tanda syurga itu..
Biarku temukan untuk bersamamu..

Kubiarkan senyumku menari diudara..
Biar semua tahu..
Kematian tak mengakhiri…
Cinta..

Emosi aku cukup tidak stabil.Aku terus saja meninggalkan pentas menuju ketandas.Aku tak dapat menahan emosiku dan airmataku terus mengalir.Aku cuba bertenang dan mengesat airmataku.Aku keluar dari tandas dengan harapan semua orang tidak akan perasan dengan tangisan aku.Malangnya,tangisan aku menarik perhatian semua orang.Andy masih menunggu aku diluar toilet.Aku cuba untuk mengelak Andy namun dia tetap perasan aku keluar dari toilet itu..

“Qiuna..you ok..??” Andy memberikan aku tisu..
“Ok..sudahlah Andy..kita tak patut ada apa-apa..”
“Qiuna,I nak you pegang puisi I ni,baca…” Andy menyerahkan aku seakan-akan sepucuk surat dan meminta kau membacanya.Pada mulanya aku menolak,namun aku kuatkan semangat untuk membacanya..

Saatku lihat matamu..
Aku nampak sebabnya kenapa..
Nyawaku bernilai ribuan langit..

Kaulah cinta paling mudah aku kenali..
Dan juga yang paling suci..
Aku janji untuk tidak biar kau keseorangan..

Qiuna,
Punca aku mampu terbang..
Dan kerana kaulah..
Aku tak perlu bimbang..
Qiuna,
Punca nadiku berdegup..
Punca aku terus hidup..
Punca aku teruskan setiap nafas..

Airmataku lahir lagi dari anak mataku.Entah kenapa aku rasa terharu dengan puisi itu.Aku tak mampu memandang wajah Andy.Aku hanya mampu pandang kebumi dan menjatuhkan setiap airmtaku.
Andy tiba-tiba melutut dihadapanku dan mula memegang tanganku.

“Qiuna please..saya tak sanggup meneruskan hari-hari saya tanpa awak…” Andy seakan-akan memujuk..
“Andy,jangan buat saya macam ini..saya sayangkan awak..tapi sekadar sayang…tak lebih dari itu..”
“Izinkan saya mencintai awak…” Airmata Andy mula menitik.Itu kali pertama aku melihat Andy menangis.Sayu hatiku melihat wajahnya.Tapi aku tak mampu menintai dia.
“Tidak Andy..Maaf..cinta saya belum bersedia untuk awak..”
“Saya takkan henti mencintai awak sehingga awak terima saya dalam hidup awak..”
“Andy,awak baik..tak silap saya menyayangi awak..Awak perkara baik berlaku kepada saya..Saya sayang awak..Sayang sangat…tapi,sekadar sayang..saya tak mampu menerima cinta awak..”
“Saya tahu suatu hari nanti akan terbuka juga hati awak untuk menerima saya..”
“Apabila hari itu menjelma,saya akan pastikan awaklah lelaki yang akan menghabiskan setiap saat didalam hidup saya berbaloi..”
“Menghampakan awak adalah sama seperti menghampakan diri saya sendiri…”
“Saya sayang awak…”
“Saya cinta awak…”

No comments:

Post a Comment

pleasure!